AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Blogging » SSL Percuma Menggunakan CloudFlare, Tukar “HTTP” kepada “HTTPS”

SSL Percuma Menggunakan CloudFlare, Tukar “HTTP” kepada “HTTPS”

24/10/2014 Anarm 32 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

SSL atau Secure Socket Layer ni sering digunakan untuk tujuan penyulitan dalam menghantar data pada pelayan web dan internet. Dengan SSL kita boleh menukar link laman web atau blog kita dari HTTP kepada HTTPS.

HTTPS ni biasa kita boleh tengok tertera di URL sesebuah laman web seperti Google.com, Facebook.com, Dropbox, Maybank2U, CimbClicks, PayPal dan lain-lain.

Ini merupakan protokol keselamatan bagi menyediakan saluran yang selamat antara dua mesin yang beroperasi melalui internet atau rangkaian dalaman.

SSL percuma 'https' menggunakan CloudFlare

Protokol HTTPS Untuk Keselamatan, SEO dan SERP

Dengan menggunakan protokol HTTPS akan memberikan lebih keselamatan bagi para pengunjung sesebuah laman web atau blog.

Oleh sebab tu pihak Google memasukkan HTTPS sebagai salah satu faktor ranking di search engine (SERP). Dengan menggunakan protokol HTTPS akan meningkatkan nilai SEO blog kita.

Penggunaan HTTPS bagus untuk SEO dan SERP. Cuma aku kurang pasti sama ada ianya betul-betul memberi kesan baik pada SEO / SERP ataupun tidak.

Ada pendapat sesetengah pihak katanya Google baru saja umumkan benda HTTPS ni, jadi ianya belum betul-betul praktikal lagi.

Tapi tak salah kalau nak cuba. Aku pun dah cuba buat di beberapa blog milik aku.

Cara Setting SSL Percuma Menggunakan CloudFlare

SSL percuma dari CloudFlare hanya boleh digunakan di domain sendiri (domain berbayar) – termasuk pengguna Blogspot yang guna domain sendiri.

Siapa nak cuba guna HTTPS secara percuma, langkah-langkah yang perlu dibuat ialah :

  • Daftar akaun CloudFlare (akaun percuma).
  • “Add website” dan tukar setting Domain Name Server (DNS) menggunakan DNS yang diberi oleh CloudFlare.
  • Pergi ke bahagian setting website yang dah didaftarkan dan pilih “CloudFlare Setting”.
  • Aktifkan SSL dengan memilih “Flexible SSL”.
     
  • Aktifkan Flexible SSL di CloudFlare

    Page rules CloudFlare SSL percuma

  • Kemudian pilih setting “Page rules” pula untuk tetapan page yang nak gunakan HTTPS.
  • Pada bahagian “Add new rule” masukkan domainanda.com kemudian klik “Always use https”. Kalau nak semua link dalam blog guna HTTPS, masukkan domainanda.com/* di bahagian Add new rule, atau boleh juga setkan untuk link halaman yang spesifik.
     
  • Page rules SSL CloudFlare

  • Kemudian cuba masuk blog dan tengok address bar ada keluar HTTPS (icon mangga kunci) ataupun tak. Kalau takde, kena tunggu sekejap dan tengok balik sampai muncul benda tu.
     
  • Contoh penggunaan HTTPS di laman web

    Contoh penggunaan HTTPS di laman web

Selamat mencuba.

UPDATE: Bagi pengguna WordPress, sila pasang plugin “CloudFlare Flexible SSL” untuk membolehkan SSL percuma dari CloudFlare ni berfungsi dengan baik.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Cara Setting Domain .MY Untuk Blogspot Menggunakan Cloudflare

Kategori : Blogging Keyword : cloudflare, dns domain, domain name server, https, ssl, ssl cloudflare, ssl percuma

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Bengkel Grafik Hero Belajar Kuasai Photoshop
Next article:
Aktifkan Kad Debit Maybank Untuk Kegunaan PayPal

32 Comments

  1. Maria Firdz says

    03/10/2016 at 10:51 PM

    kat mana nk tukar domain tu??? macam sy guna net.kl, maknanya sy kena masuk kt akaun net kl tukar ke cmne.. lepas tu.. sejauh mana cara ni selamat?

    Reply
  2. obat diabetes gula ampuh says

    10/11/2014 at 10:57 AM

    makasih sarannya

    Reply
  3. JAWATAN KOSONG TERBARU says

    02/11/2014 at 3:09 PM

    Dot com je kan…blogspot tak blh ye…

    Reply
    • Anarm says

      03/11/2014 at 10:44 AM

      Ya, untuk domain dot com.. Pengguna blogspot pun boleh, tapi hanya untuk blogspot yang guna domain berbayar sahaja (.com / .net / .my dan lain2)..

      Reply
  4. JAWATAN KOSONG TERBARU says

    02/11/2014 at 3:08 PM

    Wah tak sangka ada cara percuma utk guna perkhidmatan SSL percuma ni…dari http ke https

    Reply
  5. Afiffuddin says

    02/11/2014 at 4:17 AM

    1st time pakai https dulu masa buat aplikasi FB, sebab kena linkkan ke domain. Mulanya tak perlu https, tapi tak lama kemudian Facebook ubah term setiap aplikasi hendaklah guna platform domain HTTPS, kalau pakai juga http memang aplikasi tak akan keluar. Apalagi, kelam kabut cari cara nak tukar benda alah ni.

    Reply
  6. ishak says

    31/10/2014 at 5:17 PM

    Sebenarnya selepas setting semua tu, sila pasang plug in WordPress HTTPS (SSL) kedalam wordpress baru dapat diguna dia punya https ..tak caya cuba check kat blog saya

    Reply
    • Anarm says

      31/10/2014 at 5:25 PM

      Nice! Tapi tak force guna https ek? Kalau taip http biasa pun boleh..

      Reply
      • ishak says

        31/10/2014 at 8:49 PM

        Kejap.pembetulan…,nama plug in tu CloudFlare Flexible SSL, kalau nak guna url biasa pun boleh,tapi untuk muka depan blog saya gunakan biasa saja..dan untuk log in wp-admin saya akan gunakan url ssl,nanti saya cuba buat tutorial

        Reply
        • Afiffuddin says

          02/11/2014 at 4:18 AM

          Terbaik bro Ishak. Terima kasih atas perkongsian.

          Reply
  7. tuty mychibibox says

    28/10/2014 at 11:36 PM

    terima kasih untuk tutorial..mudah nak follow..kena set as fav articel dulu ni..

    Reply
  8. Kepala Bergetar says

    28/10/2014 at 1:55 AM

    thanks info.. baru tahu ada percuma https

    Reply
  9. Kepala Bergetar says

    28/10/2014 at 1:54 AM

    thanks info.. baru tahu bleh percuma https

    Reply
  10. titan says

    28/10/2014 at 12:46 AM

    untuk site market luar..memang guna benda ni.

    Reply
  11. ishak says

    27/10/2014 at 4:01 PM

    alway use https tu mana ada bro…tak jumpa arr

    Reply
    • Anarm says

      27/10/2014 at 6:34 PM

      “Always use https” tu ada kat setting Page rules..

      Reply
      • ishak says

        27/10/2014 at 9:58 PM

        dah berapa jam baru muncul bro…,always https tu,bro..bila on kan memang tak boleh terus ke default website cgi sys,bro punya anarm.net ni pun bila bukak guna https pun begitu jugak..terus redirect ke deafault website cgi sys

        Reply
        • Anarm says

          28/10/2014 at 12:17 AM

          Blog anarm.net ni kalau taip sendiri https tu memang pergi ke page cgi sys sebab blom buat https lagi.. huhu..

          Sepatutnya bila dah set always https tu kat Cloudflare, URL akan automatik keluar https walaupun kita taip http.. Add new rule tu jangan lupa isi domain.. Tak isi rule dia rasanya memang tak jadi..

          Reply
          • ishak says

            28/10/2014 at 8:05 AM

            oh patut lah….

            Reply
  12. ishak says

    27/10/2014 at 3:31 PM

    kenapa blog aku bila buat https ni ianya terus ke cgi sys ?

    Reply
    • Alongxp says

      03/11/2014 at 4:38 PM

      salah setting kot… pkai cpanel ke ape?

      Reply
  13. Miracle Vitamins says

    27/10/2014 at 7:59 AM

    Bagus la tips ni..kalau boleh menaikkan ranking blog saya, nak juga l atry.terima kasih!

    Reply
  14. Alongxp says

    24/10/2014 at 7:51 PM

    Oooo…. baru tau yang google memandang https sesebuah blog untuk ranking… nak kena https kan la camnih…

    Reply
    • Anarm says

      27/10/2014 at 6:31 PM

      Google baru umumkan tentang kaitan ranking dengan https.. Rasanya tak praktikal lagi.. Tapi blogger2 oversea nampak dah ramai yang tukar ke https.. Kalau nak cuba buat boleh je..

      Reply
      • Alongxp says

        03/11/2014 at 4:35 PM

        tengah menggodek lagi ni… kalau agak2 nampak dah ada tu maknanya dah berjaya la tu hehehehe

        Reply
  15. Devy Mitchel Edwin says

    24/10/2014 at 3:43 PM

    perkongsian yang tinggi nilainya…manfaatkan…

    Reply
  16. Syahril Hafiz says

    24/10/2014 at 3:30 PM

    Try monitor statistik blog bro sebelum pasang SSL Cloudflare ni dan selepas. Nak tengok jugak betul ke yang percuma ni boleh rank dengan baik :)

    Reply
  17. akubiomed says

    24/10/2014 at 11:46 AM

    Terima kasih berkongsi. Boleh nak cuba setting nanti.

    Reply
  18. KiD says

    24/10/2014 at 11:28 AM

    owh… menarik ni.. boleh nak gunakan di blog nanti.. awak boleh tolong saya nanti yea

    Reply
  19. Paeh says

    24/10/2014 at 11:23 AM

    Terima kasih atas tutorial yang engko berikan.

    Reply
    • Anarm says

      24/10/2014 at 12:06 PM

      Sama-sama bro..

      Reply
      • KiD says

        27/10/2014 at 8:12 PM

        macam nak buatkan untuk aku je.. hehehehe

        Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy