Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad atau Yeo’s telah melancarkan kempen amal Ramadhan, “Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s” dengan 3 program komuniti yang berlainan iaitu Titian Kasih Seikhlas Ramadhan, Titian Selami Iman Ramadhan dan Titian Serasa Ramadhan.
3 program komuniti ni akan berlangsung sepanjang Jun dan Julai sehingga Hari Raya Aidilfitri.
Majlis pelancaran kempen amal bersiri yang berlangsung di Kelantan Delights, Subang Jaya baru-baru ni telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Majlis turut dihadiri Encik Ong Chay Seng, Ketua Pegawai Operasi Yeo’s, Ustaz Mohd Hata bin Ahmad, Pegawai Hal-Ehwal Islam (Imam 1), Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Tuan Haji Zaifulshahfuddin Zainal Abidin, Pengarah Negeri Islamic Relief Malaysia (IRM) dan 22 orang wakil daripada masjid-masjid sekitar Lembah Klang.
Titian Kasih Seikhlas Ramadhan
Program komuniti pertama iaitu “Titian Kasih Seikhlas Ramadhan” merupakan usaha bersepadu Yeo’s dan IRM bagi meningkatkan kesedaran serta meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dan golongan terpinggir.
Program komuniti ini menyediakan bantuan berupa bekalan makanan untuk menampung juadah sahur dan berbuka puasa pada bulan Ramadhan tahun ini.
Yeo’s akan menyumbang sebanyak 400 kotak bekalan makanan dan minuman berjumlah RM40,000 kepada 400 buah keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan luar bandar sebelum bermulanya Ramadhan.
Setiap kotak makanan mengandungi 20 keperluan asas seperti garam, gula, gandum, biskut beraneka, minyak masak, beras serta produk Yeo’s seperti Mi Goreng Cintan, Cintan Kari Ayam, Cintan Asli, Yeo’s Kicap Pekat, Yeo’s Kari Ayam, Yeo’s Sardin dan Susu Soya Yeo’s.
Titian Selami Iman Ramadhan
Yeo’s berbangga kerana telah berikat rapat dan menjadi sebahagian kehidupan seharian rakyat Malaysia terutamanya dengan masyarakat Muslim yang telah menjangkau lebih daripada 50 tahun.
Yeo’s akan menyumbangkan sebanyak 500,000 kotak susu soya Yeo’s dan Laici Yeo’s kepada 150 buah masjid di seluruh Malaysia.
Sumbangan ini juga bertujuan menggalakkan masyarakat Islam untuk menunai dan menjalani ibadah Ramadhan di bulan puasa.
Titian Serasa Ramadhan
Titian Serasa Ramadhan bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama, kepercayaan, budaya atau latar belakang untuk bersama merasai pengalaman sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Di samping menghargai perbezaan budaya dan amalan rakan-rakan Muslim kita serta menyemai sifat-sifat mulia seperti sifat sabar, mengawal dan mendisiplinkan diri.
Kem Ramadhan Yeo’s
Yeo’s juga menganjurkan Kem Ramadhan Yeo’s yang bakal diadakan pada 12 Julai nanti. Program terbuka kepada 500 peserta orang awam berumur 15 tahun dan ke atas.
Selebriti Fayse Goh, KeQing, Ben Ashaari dan Heliza Helmi akan bersama para peserta untuk merasai dan menjiwai erti sebenar Ramadhan dalam Kem Ramadhan Yeo’s nanti.
Program yang disediakan bukan saja memberi manfaat kepada rumah kebajikan yang terlibat, malah aktiviti lain seperti membersihkan dan menghias rumah untuk Hari Raya Aidilfitri turut diselitkan sebagai satu program komuniti.
Selain tu ada juga aktiviti-aktiviti lain yang disediakan seperti pertunjukan fesyen, pertandingan kumpulan dan sesi cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik berupa gajet berjumlah RM10,000 untuk dimenangi.
Layari laman web Yeo’s di www.yeos.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s di nombor 1300-80-2828 atau 03-77873553 untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini.
Follow Yeo’s Malaysia di semua saluran media sosial:
Hashtag: #yeosramadhan (untuk ikuti perkembangan terkini)
Marhaban yaa romadhan…
Umroh 2015
banyak program yang yeos buat sekarang..bagus-bagus.. ramadhan ini boleh rasa yeos soya cincau.
ingat yeo’s ingat cincau….bulan ramadhan dah dekat ni…..terbaik dari yeo’s
Yeos cincau memang best. Perghh!!
Nampak inisiatif yang pihak Yeos lakukan pastinya akan membantu dan menggembirakan ramai keluarga yang perlukan bantuan
Haha…bagus tul Yeos .. terbaik sbb guna Titian …. mendalam tu …
Lepas ni harap lebih banyak syarikat beso yang buat acara gini, barulah Ramadan dirasai.
bile bualan puase… teringat air soya + cincau..
perh.. layan bile minum mase buka puase
Salah satu cara yeos mempromosikan produk mereka selain daripada medium pengiklanan.
Mengalu-alu penglibatan syarikat untuk aktiviti CSR seperti ini.
Terbaiklah yeos!!!! Bagus betul buat program yang sihat macam ni.
Dapat membantu orang2 yang tidak mampu.
Bagus Yeos buat macam ni.. promosi yang berterusan.. terbaiklah!!!