Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB

Kemaskini : Promosi Unifi Mobile kini menawarkan sebanyak 1 kad SIM sahaja untuk setiap ID, selain data percuma diterhadkan kepada 2GB.


Kawan-kawan asyik bercerita tentang Simkad Unifi Mobile PERCUMA Data 20GB yang ditawarkan oleh TM. Macam menarik. Aku pun nak cuba juga.

Dah la simkad bagi percuma, dapat lagi data percuma. Nombor pun boleh pilih dari senarai nombor yang dia bagi. Banyak juga nombor cantik.

Aku baru ambil di TMpoint beberapa hari lepas. Sekarang tengah guna. Speed internet dia setakat ni boleh tahan. Laju jugak la. Streaming video pun ok.

Korang dah ambil ke simkad Unifi Mobile?

Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 20GB

Sebelum boleh ambil simkad Unifi Mobile percuma ni, kena apply dulu melalui aplikasi ‘mobile@unifi‘. Download dan install aplikasi mobile@unifi ke dalam smartphone. Lepas dah install, buka aplikasi tu dan tekan “I want to get a SIM“.

Kemudian isi semua maklumat yang diperlukan, pilih nombor, dan akhir sekali pilih cara untuk dapatkan simkad tu. Sama ada pergi ambil sendiri di cawangan TMpoint terpilih atau hantar melalui pos.

Aplikasi Mobile Unifi

Kalau nak diorang poskan simkad tu, kena bayar RM10.60 caj penghantaran. Kalau pergi ambil sendiri di TMpoint, tak perlu bayar. Pilih je cawangan TMpoint yang terdekat dan senang untuk pergi ambil simkad tu.

1 Juta Simkad Unifi Mobile Percuma Untuk Semua

Pihak TM memperuntukkan 1 juta simkad Unifi Mobile percuma kepada sesiapa yang berminat nak cuba Unifi Mobile. Tawaran berakhir pada 30 April 2018 atau bergantung pada stok simkad yang ada.

Bila promosi dah tamat, nak dapatkan simkad Unifi Mobile kena beli dengan harga asal iaitu RM10. Sebelum habis stok yang percuma ni, lebih baik ambil cepat.

Simkad Unifi Mobile PERCUMA Data 2GB

5 Sebab Kenapa Mesti Dapatkan Simkad Unifi Mobile

1. Simkad Percuma

Simkad Unifi Mobile ni diberi percuma. Tak perlu bayar apa-apa. Apply je melalui aplikasi mobile@unifi lepas tu pergi ambil di TMpoint yang kita pilih.

2. Percuma Data 2GB

Simkad percuma dan dapat data percuma. Setiap simkad Unifi Mobile yang kita daftar akan dapat :

  • Data 2GB (LTE sahaja)
  • Data 50MB (3G / LTE)
  • 10 Minit Masa Berbual (ke semua rangkaian)
  • 10 SMS (ke semua rangkaian)

Unifi Mobile Data Percuma 20GB

3. Data Tak Tamat Tempoh

Simkad Unifi Mobile ni takda tarikh luput. Cuma kena pastikan akaun sentiasa aktif untuk guna data.

Macam mana nak kekal aktif? Setiap 90 hari kena reload, atau beli mana-mana addon, atau buat penggunaan yang berbayar.

4. Banyak Pilihan Nombor Cantik

Serius! Memang cantik nombor-nombor yang TM bagi untuk Unifi Mobile ni. Sampai rambang mata dibuatnya nak pilih nombor.

5. Satu (1) Simkad Untuk Setiap Orang

Setiap orang boleh apply 1 simkad Unifi Mobile percuma.

Aku dah ambil 3 simkad. Saja nak test guna tengok ok ke tidak Unifi Mobile ni. Kalau tak ok, nombor cantik tu kita MNP tukar ke telco ONEXOX. Hehe..

Kekurangan Simkad Unifi Mobile

Walaupun simkad Unifi Mobile ni percuma, tapi tak semua orang sesuai untuk guna. Kenapa? Biasa la.. Setiap benda mesti ada juga kekurangan dia.

Ada beberapa ciri yang korang kena tahu sebelum daftar Unifi Mobile.

Hanya support smartphone LTE – Band 5 (850MHz)

Kalau smartphone korang tak support LTE, tak sesuai guna Unifi Mobile ni. Simkad dah 4G LTE tapi kalau kemampuan smartphone setakat 3G je, memang tak dapat nak guna sepenuhnya data Unifi Mobile.

Data Unifi Mobile ada pembahagian. Contoh: RM50 untuk Data 8GB (4GB LTE Only + 4GB 3G/LTE).

Data yang ‘LTE Only’ tu tak boleh guna di smartphone yang tak support 4G. Membazir je beli data 4G tapi tak boleh guna. Jadi, sila upgrade dulu phone korang ye. Beli phone yang support LTE Band 5 (850MHz).

Coverage / Liputan Rangkaian

Ini perkara paling penting bila nak pilih simkad. Kalau tak silap aku, coverage 4G LTE dalam Malaysia ni masih belum meluas. Tak banyak kawasan yang support 4G.

Kalau ada pun di bandar-bandar besar je. Itupun macam tak berapa ok lagi. Kalau luar bandar rasanya langsung tak ada. Bila berada di luar kawasan liputan 4G, Unifi Mobile akan guna rangkaian 3G/2G Celcom.

Harga pelan data Unifi Mobile mahal

Pada pendapat aku, harga dia agak mahal. RM50 untuk data 8GB. Lebih baik guna pelan data ONEXOX Season Pass, RM50 boleh dapat 10GB – 12GB. Tak habis guna, data ‘carry forward‘ ke bulan-bulan seterusnya.

Harga Add-on Unifi Mobile
Harga Add-on Unifi Mobile

Kalau korang nak pergi ambil simkad Unifi Mobile di TMpoint, jangan lupa bawa Kad Pengenalan (IC) dan Order Number yang dihantar ke email / SMS. Diorang akan scan IC kita dan padankan dengan Order Number simkad yang kita dah pilih melalui aplikasi mobile@unifi.

Cepat dapatkan simkad Unifi Mobile percuma! Tawaran terhad berakhir pada 30 April 2018 atau bergantung pada stok simkad yang masih ada.

6 Comments

  1. Salam tuan.saya pengguna celcom postpaid..skg ni saya nak tukar pada no prepaid.dan nak kekalkan no lama.mcm mane cara tuan?

  2. salam tuan nk tnya..saya pengguna celcom postpaid..jd saya nak tukar pada no prepaid dan kekalkan no lama.boleh ker?

    • Tak pasti. Rasanya ada lagi. Tapi tengok kat web unifi mobile, offer dah tak macam sebelum ni. Data dapat 2GB je dan cuma boleh daftar 1 nombor setiap seorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *