Pembentangan Bajet 2015 yang dijadual dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak petang nanti pastinya ditunggu-tunggu oleh kita semua. Bajet 2015 akan dibentangkan di Parlimen pada hari ini, 10 Oktober 2014, hari Jumaat bermula jam 4:00 petang.
Pembentangan Bajet 2015 dibuat setelah beberapa bulan tempoh penyediaan dan pengumpulan maklumbalas daripada rakyat Malaysia. Pastinya banyak isu bermain dalam fikiran rakyat Malaysia sekarang.
Bajet 2015 akan menjadi bajet “pro-rakyat”. Isu-isu seperti peningkatan kos sara hidup, hartanah-perumahan, kehidupan bandar, peluang pekerjaan, pendidikan dan pelbagai lagi adalah antara intipati Pembentangan Bajet 2015.
Apa agaknya yang bakal ditawarkan oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet 2015 petang ni? Kita tunggu dan lihat je apa yang Perdana Menteri kita nak bentangkan.
Kerajaan telah menyediakan beberapa platform bagi memastikan Pembentangan Bajet 2015 dapat diikuti oleh segenap lapisan rakyat Malaysia tak kira di mana berada. Rakyat Malaysia dapat ikuti pembentangan Bajet 2015 ini melalui saluran berikut.
Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2015
- NajibRazak.com
- Treasury.gov.my
- Saluran-saluran TV dan radio utama.
Perkembangan Terkini Bajet 2015
Sorotan Pembentangan Bajet 2014
- Twitter.com/PMOMalaysia ( Sesi Live Tweet ).
- Twitter.com/NajibRazak ( Rumusan pembentangan Bajet 2015 ).
Orang ramai boleh dapatkan Teks Ucapan Bajet 2015 dan Laporan Ekonomi 2014/2015 di Laman Rasmi Bajet 2015 sejurus selepas Dato’ Sri Najib Razak habis membentangkan ucapan Bajet 2015. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia:
- Bank Negara Malaysia
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia
- Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
DOWNLOAD TEKS UCAPAN BAJET 2015
apa boleh buat…dunia semakin maju..Malaysia pun terpaksa ikut..terima aje lah..
Xde yg menarik pun tth bajet 2015 ni..rasa macam tak membantu je..
terpaksa bersetuju je. Brim naik, barang pon naik.. cover balik kot?
okey la petrol tak kena GST..lau tak memang nazak la
bajet oh bajet :(
perlaksanaan BR1M tue macam kena dikaji semula..
nanti tolong tulis entri atau update apa yang najib bentangkan dalam bajet 2015.. aku tak sempat tengok.. ada kerja pulak kat luar.. time kasih..
Untuk surirumah tak de apa ke??kan best kalau ada..heheh
Bimbang 2 perkara pelaksanaan GST dan bonus penjawat awam.
kt twitter mesti trending punya nih..:D
kasi turun harga minyak
kasi turun harga rumah mampu milik
kasi naik BR1M.
agak-agak dapat x.
hehehe.