Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati

Terima mesej di Facebook daripada kakak aku – “Anam, paman nusi dah meninggal” (paman tu pakcik dalam bahasa jawa). Terkejut aku baca apa yang kakak aku tulis. Terkedu sekejap. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un. Pakcik aku kemalangan hari tu dan koma di hospital.

Bila dapat tahu pakcik aku dah meninggal dunia, dalam hati ni macam-macam perasaan datang. Tak tahu nak cakap macam mana. Rasa sedih tu dah tentulah.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kita yang masih hidup ni kenalah sentiasa ingat kematian itu pasti akan datang bila-bila masa. Cuma kita tak tahu tarikh dan waktunya kerana Allah rahsiakan saat kematian kita untuk tengok sejauh mana kita laksanakan amalan yang telah ditetapkan dan meninggalkan larangan-laranganNya.

Sentiasa Mengingati Mati

Manusia yang hatinya sentiasa mengingati mati pasti akan laksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur dan bertanggungjawab, bersungguh-sungguh serta ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati

Sebelum tiba masa kita pulak untuk pergi, persiapkanlah diri dengan perbanyakkan amalan dan ibadah sebagai bekalan untuk dibawa bertemu Allah. Gunakanlah umur yang masih ada ni dengan sebaik-baiknya. Hari kiamat pun dah semakin hampir…

Hanya doa mampu dipanjatkan semoga arwah pakcik ditempatkan bersama golongan yang beriman dan semoga rohnya aman di sana. Al-fatihah…

19 Comments

  1. innalillahiwainnailaihi raajiuun … kematian orang pergi dahulu ni jadi pengajaran berharga buat kita yang masih hidup…

  2. memang betul..semua yang hidup pasti akan menemui kematian..cuma masa kita tak tahu..terima kasih atas perkongsian..

  3. terima kasih kerana saling mengingatkan.. sesungguhnya mati itu pasti.. semoga kita semua dah bersiap sedia dengan bekalan untuk dibawa ke sana nanti..

    takziah atas kematian pakcik tu.. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertakwa.. al-fatihah..

  4. Innalillahi wa inna ilaihi rooji`uun..moga kita semua akan menemui pengakhiran yg baik2 nanti..

  5. …takziah utk pak cik anam
    moga di tempat kan di kalangan orang yang beriman
    al fatihah
    … bermanfaat atas entri td dan membuat kan se sama insaf
    se sama kita

  6. Dunia yang kita diami sekarang mempunyai dua pintu.
    pintu masuk ke dunia-rahim ibu

    Pintu keluar dari dunia – liang lahad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *