AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Agama » Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati

26/09/2014 Anarm 19 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Terima mesej di Facebook daripada kakak aku – “Anam, paman nusi dah meninggal” (paman tu pakcik dalam bahasa jawa). Terkejut aku baca apa yang kakak aku tulis. Terkedu sekejap. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un. Pakcik aku kemalangan hari tu dan koma di hospital.

Bila dapat tahu pakcik aku dah meninggal dunia, dalam hati ni macam-macam perasaan datang. Tak tahu nak cakap macam mana. Rasa sedih tu dah tentulah.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kita yang masih hidup ni kenalah sentiasa ingat kematian itu pasti akan datang bila-bila masa. Cuma kita tak tahu tarikh dan waktunya kerana Allah rahsiakan saat kematian kita untuk tengok sejauh mana kita laksanakan amalan yang telah ditetapkan dan meninggalkan larangan-laranganNya.

Sentiasa Mengingati Mati

Manusia yang hatinya sentiasa mengingati mati pasti akan laksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur dan bertanggungjawab, bersungguh-sungguh serta ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati

Sebelum tiba masa kita pulak untuk pergi, persiapkanlah diri dengan perbanyakkan amalan dan ibadah sebagai bekalan untuk dibawa bertemu Allah. Gunakanlah umur yang masih ada ni dengan sebaik-baiknya. Hari kiamat pun dah semakin hampir…

Hanya doa mampu dipanjatkan semoga arwah pakcik ditempatkan bersama golongan yang beriman dan semoga rohnya aman di sana. Al-fatihah…

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Agama Keyword : amalan ibadah kerana Allah, bekalan akhirat, ingat mati, mati itu pasti, mati kemalangan, setiap insan pasti akan merasai mati

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Pengalaman Buat Qurban di Kemboja
Next article:
Jualan #MyCyberSALE Diskaun Sehingga 95% daripada Lazada Malaysia

19 Comments

  1. AZENI AHMAD says

    08/01/2015 at 5:08 PM

    Perkongsian yang saling mengingati antara satu sama lain.

    Reply
  2. Safiya says

    13/10/2014 at 9:43 AM

    innalillahiwainnailaihi raajiuun … kematian orang pergi dahulu ni jadi pengajaran berharga buat kita yang masih hidup…

    Reply
  3. linie says

    12/10/2014 at 6:55 AM

    memang betul..semua yang hidup pasti akan menemui kematian..cuma masa kita tak tahu..terima kasih atas perkongsian..

    Reply
  4. Cetusan Suara says

    10/10/2014 at 6:17 PM

    terima kasih kerana saling mengingatkan.. sesungguhnya mati itu pasti.. semoga kita semua dah bersiap sedia dengan bekalan untuk dibawa ke sana nanti..

    takziah atas kematian pakcik tu.. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertakwa.. al-fatihah..

    Reply
  5. jannah ps low says

    10/10/2014 at 12:43 AM

    Mati itu pasti. Matikan lah aku dalam iman….

    Reply
  6. Ani Haryani says

    06/10/2014 at 9:20 PM

    Kematian semakin menghampiri. Allah..

    Reply
  7. Wira Merah says

    02/10/2014 at 10:35 PM

    Semoga arwah di tempatkan bersama-sama org2 yg beriman. Al-fatihah.

    Reply
  8. Bro Framestone says

    02/10/2014 at 1:54 PM

    Terima kasih atas peringatan ini…

    Reply
  9. Hani says

    02/10/2014 at 11:58 AM

    sejak akhir2 ni selalu teringat pasal mati. mulalah pk pasal anak dan suami huhuhu

    Reply
  10. aishah ahmad says

    30/09/2014 at 7:36 PM

    Betul.bila2 masa je mati akan menjengah.tak perlu tunggu sakit atau tua baru nk ingat mati.Al-fatihah utk arwah paman anarm

    Reply
  11. Nurul Fazreen Othman says

    29/09/2014 at 4:39 PM

    semoga rohnya dicucuri rahmat. Al fatihah…

    Reply
  12. Yeen says

    29/09/2014 at 10:19 AM

    Al-Fatihah.. kematian yang terdekat memang lebih mengingatkan kita insyaaAllah. Semoga bertabah :)

    Reply
  13. Manan Qayyim says

    28/09/2014 at 7:12 PM

    semoga rohnya bersama org2 yg beriman.

    Reply
  14. Oja Samid says

    28/09/2014 at 5:13 PM

    Innalillahi wa inna ilaihi rooji`uun..moga kita semua akan menemui pengakhiran yg baik2 nanti..

    Reply
  15. akubiomed says

    28/09/2014 at 4:22 PM

    Mati itu sudah pasti.

    Reply
  16. blogger lelaki says

    28/09/2014 at 2:08 PM

    salam takziah bro…mati itu pasti..cuma tarkihnya kita tak pasti…

    Reply
  17. Mohd. Noor says

    27/09/2014 at 10:56 AM

    …takziah utk pak cik anam
    moga di tempat kan di kalangan orang yang beriman
    al fatihah
    … bermanfaat atas entri td dan membuat kan se sama insaf
    se sama kita

    Reply
  18. diana says

    26/09/2014 at 5:20 PM

    Dunia yang kita diami sekarang mempunyai dua pintu.
    pintu masuk ke dunia-rahim ibu

    Pintu keluar dari dunia – liang lahad

    Reply
  19. Norfanil says

    26/09/2014 at 1:51 PM

    semoga kita sentiasa dalam keredhaan Allah..
    amin.

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy