Servis Perodua Alza 170,000KM di Bengkel Kereta Magnetise

Kereta Perodua Alza aku dah cecah mileage 170,000KM. Tengok mileage sticker yang ditampal kat cermin, dah cukup masa untuk kereta diservis.

Macam biasa, setiap kali nak servis kereta ni aku akan bawa ke Bengkel Kereta Magnetise. Bengkel kereta milik abang ipar aku di Batu Caves.

Support bisnes ahli keluarga sendiri. Tak payah pening-pening kepala nak cari bengkel lain. Lagipun dah tahu macam mana kualiti perkhidmatan dia. Memang terbaik!

Servis Perodua Alza di Bengkel Kereta Magnetise

Takda apa sangat yang nak diservis kali ni. Servis biasa je. Tukar minyak enjin dan oil filter. Lepas tu, nak check soket cucuh rokok sebab macam dah tak berfungsi. Tak boleh nak guna untuk cas telefon dalam kereta.

Bila abang ipar aku check, dia bagitau power socket tu ok je. Takda masalah pun. Mungkin charger yang rosak kot.

Check Bateri Kereta Perodua Alza

Dah ada kat bengkel tu, aku minta abang ipar aku check sekali bateri kereta. Bateri tu dah guna 3 tahun lebih. Risau juga sebab dah lama sangat.

Buatnya tiba-tiba bateri ‘kong’, nanti kereta tak boleh start pulak.

Tak silap aku, jangka hayat bateri kereta biasanya sekitar 1 ½ tahun – 2 tahun je. Kalau bateri kereta mampu bertahan lebih lama daripada tu, kira bertuah lah.

Tapi kena berjaga-jaga jugak. Standby untuk tukar bateri baru.

Bateri Amaron Perodua Alza
Bateri kereta AMARON GO NS40ZL Perodua Alza

Kereta aku guna bateri jenama AMARON yang dibeli dari Bateriku.com. Harga beli masa tu RM190 termasuk trade in bateri lama.

Alhamdulillah, bateri kereta aku masih dalam keadaan baik. Tak sangka bateri AMARON ni boleh bertahan 3 tahun lebih dan masih berfungsi dengan elok sampai ke hari ni.

Patut la dalam Facebook group “ALZA CLUB MALAYSIA” ramai yang recommend guna bateri AMARON.

Bateri AMARON ni jenis ‘Maintenance Free‘. Tak perlu nak check air ke, jaga air ke. Lebih mudah la bagi aku yang jenis malas nak hirau pasal bateri kereta.

Aku rasa nak kena pasang voltmeter dalam kereta. Senang nak pantau bateri kereta masih ok atau dah nak ‘kong’.

Ingat nak pasang voltmeter macam gambar di bawah ni. Siap dengan 2 port USB untuk cas telefon. Harga dalam RM20 je kat Shopee. Boleh pasang sendiri.

USB voltmeter Perodua Alza


Usia kereta aku dah 8 tahun. Alhamdulillah setakat ni dia takda buat hal banyak sangat. Tinggal 1 tahun lagi nak habis bayar hutang pinjaman dengan bank.

Lepas setel hutang kereta ni, ada duit lebih nanti boleh guna untuk baiki apa-apa yang patut. Atau laburkan duit lebih tu kat Wahed Invest.

Korang dah buka akaun pelaburan Wahed Invest?
 

One comment

  1. Salam.

    Terima kaseh atas email yang di
    hantar kan.
    Tertarik mendengar cerita tentang hal bateri kereta. Bateri yang boleh bertahan sehingga 3 tahun lebih.
    Berkenaan dengan pelaburan di Wahed Invest, saya ada baca
    akan isi kandugan nya, tapi saya
    tidak lah minat untuk berbuat demikian.
    Itu sahaja lah yang dapat saya tulis kan.
    Terima Kaseh.

Leave a Comment