Servis Kereta di Perodua Service Centre Bangi

Siang tadi dalam pukul 12 tengahari aku pergi servis kereta Perodua Alza aku kat Frontline Motor Sdn Bhd, Pusat Servis Perodua di Bangi (Authorized Dealer). Takda buat appointment pun.

First time aku pergi servis kereta, rasa macam jakun je.

Masa jumpa Service Advisor, dia terangkan serba sikit kos servis serta benda-benda yang akan diservis.

Lepas tu, kunci kereta berpindah tangan dan aku jadi penunggu kat waiting room. Bosan giler menunggu sambil tengok cerita kartun yang tak best.

Perodua Service Centre Bangi

Aku pun pergi lepak sekejap kat luar sambil hirup ‘udara tak segar’. Kemudian, ada sorang brader datang join lepas tu membebel sebab kereta dia daripada pagi tak siap servis lagi.

Bila dia ‘hentak’ sikit baru la pomen Perodua tu servis kereta dia.

Ruang menunggu pusat servis kereta Perodua Bangi
Beberapa orang sedang tunggu kereta masing-masing yang sedang diservis

Servis Kereta Perodua Alza 1,300KM

Kalau ikutkan hari Selasa nanti baru aku pergi servis kereta aku. Dah buat appointment dengan Pusat Servis Kereta Perodua kat Putrajaya. Tapi bila tengok meter dah cecah 1,300 KM, jadi risau pulak.

Sepatutnya 1,000 KM dah pergi buat servis pertama.

Kereta baru beli kalau tak jaga betul-betul nanti banyak karenah pulak. So, ikut jela schedule yang disaran oleh Perodua untuk kereta tahan lebih lama.

Nanti kena call balik pusat servis Putrajaya minta batalkan booking yang aku buat untuk hari Selasa tu.

Perodua Bangi

Lama jugak aku tunggu servis kereta siang tadi. Diorang servis kereta-kereta yang buat appointment dulu. Yang walk-in tanpa appointment kena tunggu ikut giliran.

Nasib baik petang tu ada cerita hindustan, Amitabh Bachchan jadi hantu. Boleh laa buat hilang boring sambil menunggu kereta siap servis. Tapi tak sempat tengok sampai habis cerita hindustan tu sebab kereta Alza aku dah siap servis.

Untuk servis yang pertama ni aku kena bayar RM138.30 + RM55.00 (pasang alarm buzzer) = RM193.30 tunai.

Panduan Lengkap Jaga Kereta

Sejak ada kereta ni, motor RXZ aku macam dianaktirikan je. Kadang-kadang tu ada jugak la aku pergi start panaskan enjin dia takut rosak kalau terbiar lama sangat.

Nak jual, sayang pulak. Motor pertama beli bayar cash guna duit kumpul sendiri tuuu..

Update: Tadi pergi sekali lagi ke pusat servis ni komplen pasal alarm buzzer yang tak berbunyi. Diorang dah fix masalah tu. Sekarang bila lock / unlock kereta akan berbunyi. Sebelum ni bisu je. Asyik konfius dah lock ke belom.

29 Comments

  1. servis kereta ke bro, elok sangat la tu.. kereta ni macam manusia juga,pandai tua

  2. alza aku nak servis kena booking dulu…ni dah nak masuk servis ke5 tp kita boleh mintak apa yg kita xnak….nanti xderla mahal sangat…

  3. Sama mcm aku la jakun first time service keta baru..keta first keta secondhand je..hehe

  4. Boleh tahan jugak kos untuk 1st servis ye, MJ ritu masa 1st servis Alza kena tak sampai RM100

  5. mungkin kt area bndar besar kot..kt tmpt sy x yah appoinment, biasanya mmg siap cepat..hehe

    • @JebengOtai™, mungkin jugak kot.. kat tempat pergi hari tu takyah appointment pun boleh, cuma diorang akan servis yang buat appointment dulu.. kalau yg buat appointment tu ramai, terpaksa la tunggu.. pusat servis lain yang berdekatan pun sama jugak ramai

  6. biasanya say booking dulu kat produa ni..cepat jer..dalam masa sejam boleh balik..hehe..tapi kalau tak booking, jenuh la menunggu..tension tambahan pula tak ada awek yang boleh diajak berbual..hahaha

  7. awal2 ni memang kena servis betul2..

  8. biasalah tu..sabarkan ajelah. bab lambat ni memang dah perkara biasa..

  9. wow..abang ade kereta baru..bau kedai tu..hehehe..setakat ni servis center yang dah pergi proton dengan toyota je..perodua belum pernah..servis center toyota best sikit..sebab ada sediakan biskut dan air panas..

  10. Saya selalu walk in sahaja tetapi sebelum pusat servis buka sudah sampai. :-)

  11. Bro b4 balik raya haji tempoh hari.

    Cadang nak hantar service dekat Bandar Tun Razak. Sekali kena buat appoiment, kalau walk-in, petang nanti baru siap.

    So terus ke tempat biasa dekat Salak Selatan.

    Cepat pun cepat.

  12. Murah juga servis alza ni ya… lagi murah dari servis savvy, berkenaan motor tu, jangan dianaktirikan sangat bro, ada masa diperlukan juga tu… hehehe… sekali sekala belailah bawa jejalan sekitar kawasan perumahan. :D

    • @Eizil, ada orang cakap kalau servis kat kedai biasa lagi murah dari servis kat centre perodua.. tapi sebab nak elakkan warranty void kena pegi servis kat centre perodua jugak..

      baru pagi tadi aku nak belai motor, dia dah buat hal dah.. takleh start pastu ekzos keluar bunyi meletup.. kena tukar plug nampak gaya ni.. haha.. kesian motor aku..

      • @Anarm, memang betul servis kedai biasa akan lebih murah, tapi biasanya barang yang ditukar pun tidak seperti yang dijadualkan oleh pusat servis. Kalau kereta jenis lasak takper, tapi kalau macam proton savvy tu, memang aku servis kat proton jer, sebab kalau kat luar ada barang yang dia tak tukar, dan untuk jangka masa panjang, akan menyebabkan ada kerosakan yang lebih teruk.

        So aku lebih rela bayar lebih sket kat pusat servis, tapi dia tukar semua barang-barang yang dah dijadualkan, daripada jimat sket, tapi akan datang ada kerosakan yang lebih besar dan mahal.

        Semua terpulang kepada jenis kereta sebenarnya, ada baik ada buruk juga servis kat luar ni.

  13. belanja kereta besar, tapi sekali saja ikut jadual, lepas tu sedia duit minyak jer..
    kereta kalau pandai jaga mentenen akan jimat duit baik pulih..
    sementara dlm waranty ikut jer jadual, bila dh tamat nnt kau buat kat bengkel luar bleh dpt harga jauh lg murah.

    • @ejam, tu la.. dgr orang cakap buat kat bengkel luar lagi murah.. tapi sebab takut warranty void terpaksa la servis kat bengkel perodua jugak.. jadi apa2 kang takleh claim warranty plak..

      lepas dah buat 1st servis ni rasa sedap je bawak kereta..

  14. same la kesah dengan kereta proton dengan motor aku.. dianaktirikan.. sedey gak la. cuma motor tu kerap jugak lain.

Leave a Comment