Pagi tadi aku walk-in pergi Pusat Servis Perodua (Frontline Motor) di Bangi untuk servis kereta kali kedua. Pukul 8:30 pagi aku dah sampai situ lepas hantar isteri tercinta pergi kerja.
Pusat servis pulak buka pukul 9:00 pagi. Terpaksa la tunggu sekejap.
Servis kali pertama dulu pun buat kat tempat yang sama sebab paling dekat dengan rumah. Service dan layanan diorang kira ok jugak. Tempat pun selesa.
Servis Kereta Kali Kedua, Meter Dah Terlebih
Meter dah cecah 6,200km lebih masa aku hantar servis tadi. Hari tu jalan jauh dari Bangi balik ke rumah mertua di Kelantan. Lepas tu pusing pergi Perak balik rumah mak abah aku. Kemudian balik ke Bangi semula.
Nasib baik tak terlebih sampai 7,000km kata Service Advisor kat Frontline Motor tu. Kalau tak, tak boleh buat apa.
Untuk servis kali kedua kereta aku tadi harga perlu bayar RM100.60, murah sikit berbanding harga servis pertama dulu.
Servis pertama dulu kena bayar RM138.30. Mungkin servis kali kedua ni tak banyak benda yang perlu diservis atau ditukar sebab tu bayar murah sikit.
Kereta siap servis dalam tempoh lebih kurang 40 minit je berbanding 5 jam semasa servis yang pertama dulu gara-gara pergi lewat tanpa buat appointment.
Lain kali kalau walk-in kena datang awal baru cepat sikit diorang servis kereta.
Kereta dah servis. Memandu rasa lebih sedap dan lancar.
daripada gambar kat atas tu, memang semua pusat servis produa sama kan..pusat servis tempat saya ni pun susunan dia macam tu..hehe..tp tak ramai orang..dtg pukul 3 ptg pun kul 5 dah boleh siap kalau major servis..
best service dekat produa..tapi kalau tak booking, jenuh menunggu ler..seronok kan naik kereta baru..kena jaga enjin selalu la bro..hehe
alhamdulillah boleh la lebihan duit tu buat beli barang yang lain atau simpan di ASB kan bro…?
@TiranaAduka, betul tu.. tapi tak sempat nak simpan di ASB, duit dah habis beli barang lain.. hehe..
kak jie pun selalu walk in…dtg sepuluh minit sebelum dia buka, jadi pelanggan no 1
kejap je siap
@Kujie, ha’ah.. datang awal cepat je diorang siapkan.. pergi servis hari tu jadi pelanggan no.2 sebab ada yang datang lagi awal..
Kebetulan semalam saya baru hantar kereta untuk servis. Setahu servis kereta ada 2 jenis iaitu minor dan major. Kalau minor murah dan major siapkan duit. :-)
@akubiomed, yeah.. aku pergi servis semalam dia buat minor servis la kalau macam tu.. kereta baru beberapa bulan tak perlu major servis lagi kot..
Wow servis sampai 5 jam? Elok sikit la daripada servis kat Nissan Servis Center kat Greenwood tu. Kalau hantar pukul 9 pagi, pukul 3 belum tentu boleh siap. Tengahari rehat pulak tu. Apapun, hantarlah servis ikut masa ditetapkan untuk mengelakkan sebarang masalah.
@Cikgu Hairul, 5 jam menunggu sebab diorang servis kereta orang yg buat appointment dulu.. yg walk-in memang diorang layan kemudian..
tp skrg dah tau dah tricks diorang.. kalau walk-in, datang je pagi2 mesti siap dulu sebab yg buat appointment biasa datang dekat2 tengahari..
memang sangat penting servis ikut masa yang ditetapkan. baru kereta takde masalah dan boleh tahan lama skit..
Nape servis alza lagi murah dr myvi….
@miszgarfien, yeke? servis myvi kena berapa ratus?
rasanya pada jumlah bayaran tertentu akan dapat penselbox atau beg utk notebook
@Ladfe Amir, takde dapat plak pensel box @ beg notebook.. sesetengah tempat je kot bagi benda tu