Servis Kereta Alza 40,000 km di Perodua Bangi

Alhamdulillah, dah servis kereta Alza aku kali yang ke-enam pagi tadi. Servis 40,000 km.

Servis kereta masih dibuat di tempat yang sama iaitu di Frontline Motor Sdn Bhd, Pusat Servis Perodua di Bandar Baru Bangi. Servis diorang memang terbaik sebab tu aku tak pilih pusat servis lain dah.

Pergi sana pagi tadi tengok pusat servis tu sedang buat renovation di bahagian kaunter depan dan ruang menunggu. Ruang untuk pelanggan menunggu dipindahkan ke tingkat atas.

Lebih selesa berbanding sebelum ni. Tapi sebelum ni pun dah cukup selesa.

Frontline Motor pusat servis Perodua di Bandar Baru Bangi
Frontline Motor Sdn. Bhd. – Pusat servis Perodua di Bandar Baru Bangi

Servis untuk 40,000 km (walaupun dah terlajak sampai 45,000 km) tadi jumlah duit kena bayar RM241.90. Buat major service katanya.

Tapi harga macam lebih kurang je dengan servis sebelum-sebelum ni.

Masa daftar dia ada tunjuk senarai barang-barang yang perlu diganti atau diservis. Masa tu dia tunjuk total kena bayar RM277.50. Lain pulak harga dia.

Nasib baik yang betul-betul kena bayar lebih murah daripada jumlah yang dia tunjuk.

Ruang menunggu di Frontline Motor pusat servis Perodua Bangi
Pakcik ni datang tukar radio kereta dia

Servis seterusnya nanti kena tunggu meter Perodua Alza aku cecah 55,000 km. Dah jauh rupanya Cik Alza bawa aku ke sana ke mari.

  • Servis ke-1 : RM193.30
  • Servis ke-2 : RM100.60
  • Servis ke-3 : RM163.30
  • Servis ke-4 : RM163.70
  • Servis ke-5 : RM231.40
  • Servis ke-6 : RM241.90

Banyak juga rupanya dah keluar duit untuk servis Cik Alza. Jumlah semua RM1,094.20. Kos servis pun macam ada peningkatan setiap kali hantar servis.

Servis ke-tujuh dan yang seterusnya mungkin kena bayar lebih mahal kot. Siap sedia duit jela.

Panduan Lengkap Jaga Kereta

Bagi mereka yang nak beli kereta, selain bayaran bulanan, kos servis kereta pun kena kira juga, termasuk renew cukai jalan dan insurans.

Itu belum kira duit minyak, duit kereta rosak, duit touch n go dan duit-duit lain lagi.

Lari bajet aku bulan ni.

4 Comments

  1. Tempat ruang menunggu yang selesa dan ada free WIFI memang happy je kan sementara nak settle servis kan….

  2. Minyak jimat tak naik cik alza ni?

  3. Antara sebab kereta yang digunakan untuk family car dan weekend car. Selalu ke mana-mana dengan motorsikal didalam hujan dan panas.

Leave a Reply