AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Automotif » Servis Kereta Alza 40,000 km di Perodua Bangi

Servis Kereta Alza 40,000 km di Perodua Bangi

06/06/2014 Anarm 4 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Alhamdulillah, dah servis kereta Alza aku kali yang ke-enam pagi tadi. Servis 40,000 km.

Servis kereta masih dibuat di tempat yang sama iaitu di Frontline Motor Sdn Bhd, Pusat Servis Perodua di Bandar Baru Bangi. Servis diorang memang terbaik sebab tu aku tak pilih pusat servis lain dah.

Pergi sana pagi tadi tengok pusat servis tu sedang buat renovation di bahagian kaunter depan dan ruang menunggu. Ruang untuk pelanggan menunggu dipindahkan ke tingkat atas.

Lebih selesa berbanding sebelum ni. Tapi sebelum ni pun dah cukup selesa.

Frontline Motor pusat servis Perodua di Bandar Baru Bangi

Frontline Motor Sdn. Bhd. – Pusat servis Perodua di Bandar Baru Bangi

Servis untuk 40,000 km (walaupun dah terlajak sampai 45,000 km) tadi jumlah duit kena bayar RM241.90. Buat major service katanya.

Tapi harga macam lebih kurang je dengan servis sebelum-sebelum ni.

Masa daftar dia ada tunjuk senarai barang-barang yang perlu diganti atau diservis. Masa tu dia tunjuk total kena bayar RM277.50. Lain pulak harga dia.

Nasib baik yang betul-betul kena bayar lebih murah daripada jumlah yang dia tunjuk.

Ruang menunggu di Frontline Motor pusat servis Perodua Bangi

Pakcik ni datang tukar radio kereta dia

Servis seterusnya nanti kena tunggu meter Perodua Alza aku cecah 55,000 km. Dah jauh rupanya Cik Alza bawa aku ke sana ke mari.

  • Servis ke-1 : RM193.30
  • Servis ke-2 : RM100.60
  • Servis ke-3 : RM163.30
  • Servis ke-4 : RM163.70
  • Servis ke-5 : RM231.40
  • Servis ke-6 : RM241.90

Banyak juga rupanya dah keluar duit untuk servis Cik Alza. Jumlah semua RM1,094.20. Kos servis pun macam ada peningkatan setiap kali hantar servis.

Servis ke-tujuh dan yang seterusnya mungkin kena bayar lebih mahal kot. Siap sedia duit jela.

Panduan Lengkap Jaga Kereta

Bagi mereka yang nak beli kereta, selain bayaran bulanan, kos servis kereta pun kena kira juga, termasuk renew cukai jalan dan insurans.

Itu belum kira duit minyak, duit kereta rosak, duit touch n go dan duit-duit lain lagi.

Lari bajet aku bulan ni.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Servis Kereta Alza 30,000 km
  • Servis Kereta di Perodua Service Centre Bangi
  • Servis Kereta Kali Kedua Lebih Murah
  • Tayar Kereta Merekah Bila-Bila Masa Boleh Meletup, Pecah
  • Servis Perodua Alza 170,000KM di Bengkel Kereta Magnetise

Kategori : Automotif Keyword : frontline motor sdn bhd, harga servis perodua alza, perodua, perodua alza, pusat servis perodua bangi

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Santapan 29 Malam – Buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort
Next article:
Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s

4 Comments

  1. Hazman Fadzil says

    12/06/2014 at 5:14 PM

    Tempat ruang menunggu yang selesa dan ada free WIFI memang happy je kan sementara nak settle servis kan….

    Reply
  2. yusri says

    08/06/2014 at 11:46 PM

    Minyak jimat tak naik cik alza ni?

    Reply
  3. akubiomed says

    06/06/2014 at 10:27 PM

    Antara sebab kereta yang digunakan untuk family car dan weekend car. Selalu ke mana-mana dengan motorsikal didalam hujan dan panas.

    Reply
    • yusri says

      09/06/2014 at 2:04 PM

      Kalau pergi keje memang bagus bawa moto bagi mengelakkan jem.

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy