Servis Kereta Alza 30,000 km

Pagi ni masuk office lewat sikit sebab kena pergi servis kereta Alza aku untuk kali yang kelima – 30,000 km.

Sepatutnya meter 30,000 dah pergi servis tapi oleh sebab tak sempat hantar bengkel, sekarang dah terlebih 4,000 dah. Patut la kereta rasa tak berapa sedap masa ulang alik pergi kerja balik kerja.

Tak berapa elok kalau terlambat servis kereta bila dah sampai masa. Enjin kereta jadi tak tahan lama. Nanti tak pasal-pasal kena keluar duit lebih sebab banyak rosak.

Pusat Servis Perodua di Bangi

Lepas hantar isteri tercinta pergi kerja tadi aku terus ke Pusat Servis Perodua Bangi. Masa aku sampai pusat servis belum buka. Aku orang pertama datang nak servis kereta.

Harga Servis Kereta Alza

Servis kereta Alza untuk kali yang kelima ni aku kena bayar sebanyak RM231.40 sebab ada beberapa tambahan dibuat dalam servis.

Servis ke-4 sebelum ni ada yang tak buat. Jadi, aku masukkan dalam servis yang ke-5. Kalau nak jimat belanja kenalah pandai pilih apa yang kita nak servis dengan apa yang tak perlu.

Tunggu kereta Alza di servis perodua bangi

Orang cakap servis kereta kat pusat servis macam ni harga caj dia mahal berbanding servis kat kedai kereta biasa. Betul ke? Berapa agaknya perbezaan harga tu?

Panduan Lengkap Jaga Kereta

26 Comments

  1. Baru ni… Husband mmg suka g produa servis… Btw Aku and knal dgn pomen SBB dia Bantu Aku Ritu… gear lock pecah…aku g merata kdai… semua BG rm100… budak pomen ni dia cakp kat Aku brg RM 10 pasang upah 10 je… Aku bayr rm20….Suami aku servis je 400 katanya tukar water pump 500….ni kat produa….
    Aku kol budak pomen ni servis kereta semua tukar mintak semua…rm150…. Harga tukar sekli water pump 150.. dgn Aku semua 300…. Takpe la… beza 600….sekian

  2. labour charge ikut jam tu yang buat mahal sikit tapi biasanya memang puas hati buat kat sini. kat luar biasanya lebih murah cuma kena berhati-hati dengan spare part(ada banyak tiruan) dan minyak enjinnya(recycle).
    awal-awal ni elok buat maintenance yang terbaik supaya kereta dalam keadaan tip-top dan panjangkan hayat kereta serta masih dalam warranty.

  3. MyVi saya lagi 200km nak cukup 10000km, lepas tu habis la warranti. Ayah saya suggest untuk buat servis kat luar ja, tukar minyak hitam etc yang penting saja. Cas pun murah sikit dari Center. Nak lagi jimat, buat sendiri.. lagi save cost. apa sangat tukar minyak2 tu kan. haha kalau rajin la.. :D

    • lagi satu.. *promote.. saya da jual minyak enjin kereta Full synthetic, sintetik dan biasa jugak.. Cap Xtra Power, stokis negeri kedah pak pegang. PM saya untuk dapatkan minyak ini ya :)

  4. Biasanya kalau servis dekat official servis center nih memang harga Labour mahal sikit (kadang2 mahal banyak)…

    Kalau warranty kereta dah habis, baik servis di luar jer

  5. Kalau kat perodua, ambe tak tahu…tp kat toyota, mmg ada beza..biasanya yg beza harga tang harga labour…ada lagi, tapi tak berapa nak ingat…hehe

  6. yang mahalnya service/labour charge tu…kalau nak dibandingkan dengan kedai biasa..memang takde atau mungkin murah lagi..cuma kalau servis kat center ni, semua part diambil kira atau dicheck le dalam checklist yang ada..

    tapi kopak gak sekali major servis…dalam RM400++ paling kurang..aku pakai saga je…Alza entah le..:P

    • Aku ada baca kat forum, major servis Alza pun dalam RM400 lebih kurang.. Tapi ada jugak yang kena sampai RM500 lebih.. Sah2 kena kelentong..

      Next servis dah kena buat major servis ni.. Nak kena siap sedia duit awal2..

  7. Lebih banyak tu Bro smpai 4,k..
    Myra paling2 lewat pun dalam 1,k je tu pun da rasa ‘serba salah’ kat Alza..hehee

    Memang range tu servis.. Myra dah servis Alza yg 40,k baru2 ni kena dekat 4ratus (buat sekali allignmnet balancing)… huhuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *