AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Automotif » Servis Kereta Alza 30,000 km

Servis Kereta Alza 30,000 km

19/02/2014 Anarm 25 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Pagi ni masuk office lewat sikit sebab kena pergi servis kereta Alza aku untuk kali yang kelima – 30,000 km.

Sepatutnya meter 30,000 dah pergi servis tapi oleh sebab tak sempat hantar bengkel, sekarang dah terlebih 4,000 dah. Patut la kereta rasa tak berapa sedap masa ulang alik pergi kerja balik kerja.

Tak berapa elok kalau terlambat servis kereta bila dah sampai masa. Enjin kereta jadi tak tahan lama. Nanti tak pasal-pasal kena keluar duit lebih sebab banyak rosak.

Pusat Servis Perodua di Bangi

Lepas hantar isteri tercinta pergi kerja tadi aku terus ke Pusat Servis Perodua Bangi. Masa aku sampai pusat servis belum buka. Aku orang pertama datang nak servis kereta.

Harga Servis Kereta Alza

Servis kereta Alza untuk kali yang kelima ni aku kena bayar sebanyak RM231.40 sebab ada beberapa tambahan dibuat dalam servis.

Servis ke-4 sebelum ni ada yang tak buat. Jadi, aku masukkan dalam servis yang ke-5. Kalau nak jimat belanja kenalah pandai pilih apa yang kita nak servis dengan apa yang tak perlu.

Tunggu kereta Alza di servis perodua bangi

Orang cakap servis kereta kat pusat servis macam ni harga caj dia mahal berbanding servis kat kedai kereta biasa. Betul ke? Berapa agaknya perbezaan harga tu?

Panduan Lengkap Jaga Kereta

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Servis Kereta Alza 40,000 km di Perodua Bangi
  • Servis Kereta di Perodua Service Centre Bangi
  • Renew Insuran Kereta dan Cukai Jalan di Kiosk MyEG
  • Tayar Kereta Merekah Bila-Bila Masa Boleh Meletup, Pecah
  • Servis Perodua Alza 170,000KM di Bengkel Kereta Magnetise

Kategori : Automotif Keyword : alza, frontline motor, kereta alza, perodua, perodua alza, pusat servis perodua, servis alza 30000 km, servis kereta murah, servis perodua alza

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Seluar Pelikat dari HEYdotMY
Next article:
Seminar Social Media MSMW 2014

25 Comments

  1. Rina says

    11/03/2014 at 12:05 PM

    Dari servis tu semoga performa dari keretanya makin baik …

    Reply
  2. blog amir says

    01/03/2014 at 3:05 PM

    saya dah servis. habis 400 hengget. hehe

    Reply
  3. Hafiz Rahim says

    25/02/2014 at 10:10 AM

    Aku dah nak masuk 50k..habis waranti nanti aku servis sendiri je. hehehe

    Reply
  4. Denaihati says

    23/02/2014 at 7:23 PM

    labour charge ikut jam tu yang buat mahal sikit tapi biasanya memang puas hati buat kat sini. kat luar biasanya lebih murah cuma kena berhati-hati dengan spare part(ada banyak tiruan) dan minyak enjinnya(recycle).
    awal-awal ni elok buat maintenance yang terbaik supaya kereta dalam keadaan tip-top dan panjangkan hayat kereta serta masih dalam warranty.

    Reply
  5. Syahril Hafiz says

    22/02/2014 at 9:58 PM

    MyVi saya lagi 200km nak cukup 10000km, lepas tu habis la warranti. Ayah saya suggest untuk buat servis kat luar ja, tukar minyak hitam etc yang penting saja. Cas pun murah sikit dari Center. Nak lagi jimat, buat sendiri.. lagi save cost. apa sangat tukar minyak2 tu kan. haha kalau rajin la.. :D

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      22/02/2014 at 10:00 PM

      lagi satu.. *promote.. saya da jual minyak enjin kereta Full synthetic, sintetik dan biasa jugak.. Cap Xtra Power, stokis negeri kedah pak pegang. PM saya untuk dapatkan minyak ini ya :)

      Reply
  6. Firdaus Azizi says

    22/02/2014 at 11:53 AM

    Biasanya kalau servis dekat official servis center nih memang harga Labour mahal sikit (kadang2 mahal banyak)…

    Kalau warranty kereta dah habis, baik servis di luar jer

    Reply
  7. hafizmd says

    21/02/2014 at 9:30 AM

    Kalau kat perodua, ambe tak tahu…tp kat toyota, mmg ada beza..biasanya yg beza harga tang harga labour…ada lagi, tapi tak berapa nak ingat…hehe

    Reply
  8. Hazman Fadzil says

    20/02/2014 at 4:04 PM

    Hurmmm…. cuma kat kedai biasa tu takde tempat menunggu aircond dan WIFI kan…..

    Reply
  9. Farisya Anastasyia says

    20/02/2014 at 3:46 PM

    tak pernah ada pengalaman lagi untuk servis kereta.nanti dah ada kereta sendiri,baru tahu.ehhe.sekarang bwk kereta mak je.

    Reply
  10. papa mifz says

    20/02/2014 at 3:41 PM

    kadang2 den terlajak jugak servis kereta nih…hehe

    Reply
  11. titan says

    20/02/2014 at 12:33 AM

    lambat lagilah aku nak servis kereta macam ni…

    Reply
  12. Farzli says

    19/02/2014 at 2:18 PM

    lom terbiasa lagi.. takde kete.. huhu

    Reply
    • Anarm says

      19/02/2014 at 2:40 PM

      Dah ada kereta nanti dapat la merasa tiap kali pergi hantar servis..

      Reply
  13. Bro Framestone says

    19/02/2014 at 2:13 PM

    Bro last service 90k kot kena nak dekat RM500

    Ini dia suruh service untuk 100k pula he..23x tinggal 1k je lagi nie…

    Reply
  14. sweetkurma says

    19/02/2014 at 1:21 PM

    kes terlajak service ni biasa hihihi

    Reply
  15. akubiomed says

    19/02/2014 at 1:04 PM

    Biasalah tuh. :-)

    Reply
  16. reezluv says

    19/02/2014 at 11:41 AM

    yang mahalnya service/labour charge tu…kalau nak dibandingkan dengan kedai biasa..memang takde atau mungkin murah lagi..cuma kalau servis kat center ni, semua part diambil kira atau dicheck le dalam checklist yang ada..

    tapi kopak gak sekali major servis…dalam RM400++ paling kurang..aku pakai saga je…Alza entah le..:P

    Reply
    • Anarm says

      19/02/2014 at 12:37 PM

      Aku ada baca kat forum, major servis Alza pun dalam RM400 lebih kurang.. Tapi ada jugak yang kena sampai RM500 lebih.. Sah2 kena kelentong..

      Next servis dah kena buat major servis ni.. Nak kena siap sedia duit awal2..

      Reply
      • reezluv says

        19/02/2014 at 12:44 PM

        belum masuk lagi ada part lain yang kena ganti…air filter..brake lining,fuh…derita juga..hahaa

        Reply
  17. Mus says

    19/02/2014 at 10:59 AM

    kereta saya pun hampir dekat dah masa servisnya.. tinggal 300km++ jer lagi..

    Reply
    • Anarm says

      19/02/2014 at 12:27 PM

      300km sekejap je tu.. Selamat meng-servis kereta.. Jangan berlebih-lebih KM dah la.. Kesian kat kereta.. huhu..

      Reply
  18. Myra Jay says

    19/02/2014 at 10:45 AM

    Lebih banyak tu Bro smpai 4,k..
    Myra paling2 lewat pun dalam 1,k je tu pun da rasa ‘serba salah’ kat Alza..hehee

    Memang range tu servis.. Myra dah servis Alza yg 40,k baru2 ni kena dekat 4ratus (buat sekali allignmnet balancing)… huhuu

    Reply
    • Anarm says

      19/02/2014 at 12:24 PM

      Tu dia.. Dekat RM400.. Next servis 40K.. Nak kena simpan duit awal2 ni..

      Reply
      • Myra Jay says

        20/02/2014 at 10:35 AM

        Memang ‘penat’ jugaklah kena banyak tu
        RM370 tak silap, pejam mata je bayar walhal tangan terketar2 nak sua :)

        Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy