Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2013

Baru lepas tengok Anugerah Lawak Warna 2013 tadi. Boleh tahan hebat jugak anugerah yang julung kali diadakan tu. Anugerah Lawak Warna diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu / pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi.

Ada juga persembahan lawak daripada pelawak-pelawak popular tanah air. Memang terbaik! Sampai penat dibuatnya asyik dok gelak tengok diorang buat lawak, tambah-tambah lawak daripada Sepahtu dengan Rahim R2.

keputusan pemenang anugerah lawak warna 2013

Anugerah Lawak Warna menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Menerusi 20 kategori yang dipertandingkan, sebanyak 16 kategori diadili menerusi penjurian profesional manakala 4 kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS.

anugerah lawak warna 2013

Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna

ANUGERAH POPULAR UNDIAN SMS

  • ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR
    JEP SEPAHTU
     
  • ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR
    DIDIE ALIAS
     
  • SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR
    SKETSA JOHARA
     
  • VIDEO VIRAL ORIGINAL PALING POPULAR
    DRAMA SEBELUM KAHWIN (MATLUTHFI90)
anugerah lawak warna 2013
JEP SEPAHTU – ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR
anugerah lawak warna 2013
SKETSA JOHARA – SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR

ANUGERAH TERBAIK OLEH JURI PROFESIONAL

  • FILEM KOMEDI TERBAIK
    ISTANBUL AKU DATANG (GRAND BRILLIANCE)
     
  • PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)
    ZIZAN RAZAK (HANTU KAPCAI)
     
  • PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)
    LISA SURIHANI (ISTANBUL AKU DATANG)
     
  • PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)
    SABRI YUNUS (KAMPUNG SEMARAH PADI)
     
  • PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)
    JASMIN HAMID (BILA JOYAH MASUK TV)
     
  • RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)
    MAHARAJA LAWAK MEGA 2012
     
  • SIRI TV KOMEDI TERBAIK
    KELUARGA ISKANDAR (KL MOTION)
     
  • SIRI KOMEDI KANAK-KANAK TV TERBAIK
    OH! MY ENGLISH (RED COMMUNICATION)
     
  • RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)
    WARNA RAYA 2012 (ASTRO)
     
  • LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)
    ISTANBUL AKU DATANG
     
  • LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)
    7 DULANG ASAM PEDAS
     
  • SKRIP KOMEDI TV TERBAIK
    KAMPUNG SEMARAH PADI (MEGAT FAUZI SUKARNAIN)
     
  • SKRIP KOMEDI FILEM TERBAIK
    ROCK OO (MAMAT KHALID)
     
  • PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)
    AZIZI CHUNK ADNAN (7 DULANG ASAM PEDAS)
     
  • PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)
    BERNARD CHAULY (ISTANBUL AKU DATANG)
anugerah lawak warna 2013
LISA SURIHANI – PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)
anugerah lawak warna 2013
ZIZAN RAZAK – PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)

ANUGERAH KHAS JURI

  • ANUGERAH KHAS JURI – KONSEP ASAL/IDEA
    OTHMAN HAFSHAM
     
  • ANUGERAH KHAS JURI – PENCAPAIAN KOMEDI SEPANJANG ZAMAN
    ALLAHYARHAM S. SHAMSUDDIN
anugerah lawak warna 2013
PERSEMBAHAN LAWAK DARIPADA SEPAHTU DAN RAHIM R2

anugerah lawak warna 2013

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Anugerah Lawak Warna 2013. Gambar-gambar lain sekitar Anugerah Lawak Warna 2013 boleh tengok di halaman Facebook Astro Gempak.

10 Comments

Leave a Reply