Menaiki tangga setiap hari merupakan satu senaman yang menyihatkan tubuh badan serta melancarkan perjalanan darah. Hampir 2 bulan aku buat senaman tangga turun naik tingkat 9 setiap hari.
Senaman yang aku terpaksa buat sebab lif rumah aku tak berfungsi sampai ke hari ini. Penat giler kot hari-hari kena turun naik tangga!
Ingatkan balik dari kampung lepas cuti hari raya lif dah berfungsi macam biasa. Rupanya masih sama macam tu jugak.
Terpaksa fikir banyak kali setiap kali nak beli barang. Tak boleh beli barang banyak-banyak macam biasa takut tak larat nak angkat bawa naik tangga.
Kesian tengok jiran-jiran terutamanya yang dah berusia, yang tengah sarat mengandung, bawa anak kecil terpaksa panjat tangga setiap hari.
Aku yang ‘sado’ tinggal di tingkat 9 pun dah tak cukup nafas, bayangkan la yang duduk di tingkat paling atas macam mana dia punya penat kena panjat tangga.
Turun tangga ok lagi. Nak naik tu memang azab.
Peniaga bawah rumah tu pun aku tak tahu macam mana diorang angkat barang-barang nak berniaga. Sebelum ni biasa tengok diorang bawa masuk lif dengan troli.
Tak pasti sama ada lif memang rosak atau pihak pengurusan sengaja hentikan operasi lif sebab ada penduduk tak bayar duit maintenance bulanan.
Hari tu terserempak dengan orang TV3 kat tangga bawa kamera besar. Malam tu rakan blogger Ejam Othman tag aku di Facebook dengan gambar berita kat TV3.
Berita tentang penduduk kawasan perumahan aku tak bayar duit maintenance. Diorang sengaja biarkan lif tak berfungsi sebab nak paksa penduduk bayar kot.
Dekat butang lif aku tengok dah kemik-kemik macam ada orang hentak benda tu. Pintu lif pun macam ada yang terkopak.
Mesti orang tu dah habis sabar sebab lif dah lama sangat tak berfungsi. Tak pasal-pasal lif jadi mangsa kemarahan.
Aku setakat ni Alhamdulillah masih mampu bersabar lagi walaupun macam nak hilang nyawa sebab terlampau penat hari-hari turun naik tangga tingkat 9.
Kalau ada kes orang sakit atau yang melibatkan nyawa tak tahu macam mana. Nak tunggu orang ambulan naik tangga, mati dulu orang sakit tu kat dalam rumah.
Harap-harap setel cepat la masalah lif kat kawasan rumah aku ni. Nak pindah ke rumah lain, kewangan tak mengizinkan lagi.
Lagipun susah nak dapat rumah sewa murah di KL macam rumah aku menginap sekarang. Dapat harga special. Huhu.
Terpaksa sabar dan hadap jela masalah lif ni. Ada duit lebih nanti pindah rumah lain. Nak beli rumah pun harga boleh tahan jugak sekarang ni, kan?
Nasib baik ada tangga kalau tak gimana nak naik tu heee
mesti sehat kalau senam tangga setiap hari heeee
Memang stress kalau lif rosak. Tambah plak kalau kematian atau kecemasan ibu nak bersalin.
apa khabar bro..lif dah ok?heheh..kawasan apartment memang selalu jadi macam ni.
nak guna lif pun kena bayar yuran eh?
Macam mana bulan Oktober ni bro? Still kena naik tangga? Naya gitu
Kena buat solat istikharah untuk kehidupan yang lebih baik
Ada hikmahnya perkara ni. Biar bersangka baik kita sama2 insan… Insha Allah akan diberikan yang lebih baik.
Kalau hampir dua bulan tu dah macam aniaya pula dah tu
memang masalah le gitu nampaknya
Patutnya pihak pengurusan buatlah sesuatu kepada mereka yang tak bayar je, ni semua orang, termasuk yang bayar pun kena, dah kira aniaya ni.
Senaman paling mudah..
tp kalau dah tinggi sgt, semput jugak
memang parah kalau yang kat tingkat atas sekali. lenguh nak naik…
kesian kalau ada org tua terpaksa naik tangga ni..
Bagus bolehlah bakar lemak berkalori-kalori kalau sesiapa amalkan ni
huh,,,simpati saya dengan keadaan yg berlaku…
terasa kesusahannya…dah la saya tgh pregnant..mmg kalau saya berada di tmpt tuan..huhuh.mmg ngis laa saya..
turun naik umh 2 tgkt ni pun tak larat sgt.apatah lg nak mendaki ke tingkat 9..huhuhu..
moga sumenya dpt selesai dgn segera,.,,,
pergh x sanggup kalo 3 tingkat dan keatas
Cepatlah semua kembali asal. Kesian Orang-orang tua dan Ibu Mengandung.
Ingatkan senaman turun naik tangga tu sebab nak kurangkan berat badan tetapi lif rosak rupanya..sedih la kalau lama sangat benda ni berlaku..melibatkan ramai orang
cuba edit lorong tu dengan momok ke..memang mantap
Ingt dulu naik tingkat 5 pun dah azab..ini tingkat 9 memang mintak nyawa lah.
dari segi kesihatan ok, tapi dari segi keselesaan memang kenalah lakukan tindakan untuk perbaiki lif.
so..
siapa yang tak bayar tu..sila la bayar ye.
kesian sikit kat makacik-makcik dan isteri orang tu..
Senaman guna tangga bagus untuk kardio.
Yup.. Betul tu.. Tapi azab jugak la hari2 kena naik tangga.. Kaki pun dah sakit2..
Ok la tu naik tangga…hehe boleh kuruskan badan..
Macam sama je.. Badan tak kurus2 jugak.. Hehe..
Aku tiap2x hari naik tangga umah kt tngkt 7. Tggu lif lambat. Hahahha
Tu diaa.. Tingkat 7 pun boleh tahan penat jugak kalau naik tangga hari2..
Power.. Power..