Semua Channel Astro Percuma

Hari ni hari ketiga aku terima siaran semua channel Astro percuma. Aku ada bagitau kat Facebook dan Twitter hari tu tapi pengguna Astro yang lain cakap diorang tak dapat pun siaran percuma. Yang tu aku tak tahu kenapa.

Tapi aku memang dapat tengok semua channel Astro walaupun aku hanya langgan pakej Astro yang paling murah.

Astro Percuma

Ceritanya 2 hari lepas aku nak tengok kartun Detective Conan kat channel 611 (Astro Ceria) tapi entah macam mana tersalah tekan channel 411 (HBO). Aku dengan isteri aku pun rasa macam pelik bila tengok movie yang ditayang kat HBO time tu sebab kitorang mana ada langgan channel HBO.

Lepas tu aku try tukar channel lain yang takde termasuk dalam pakej kitorang langgan. Tapi… Semua channel boleh tengok! Bertambah pelik dibuatnya.

Malam tu, sakan aku layan movie dengan isteri tercinta. Channel yang HD pun boleh tengok. Best giler. Tapi cuma channel Astro First dan Astro Best je tak boleh tengok.

Aku takde terima apa-apa call pun dari pihak Astro dan cakap ‘YES’ sepertimana bro Azman Ishak bagitau. Mana la tau terupgrade pakej tanpa disedari. Tapi rasanya takde.

Nak kata tak bayar bil, bulan-bulan aku bayar bil sepenuhnya dan on time. Tapi, kalau tak bayar bil takkan dapat tengok semua chanel Astro percuma kot?

Bila fikir-fikir rasa risau jugak kalau tiba-tiba bil bertambah. Tunggu jela keluar bil baru tengok jumlah kena bayar bertambah atau tidak. Sambil-sambil tu layan dulu semua channel Astro yang diberi percuma.

Nak sambung tengok cerita Hellboy kat HBO. Layann!!

UPDATE: Siaran semua Channel Astro Percuma dah tamat dah. Maybe Astro bagi preview percuma dulu kat aku. Sebabnya ada terima call dari pihak Astro hari tu dia offer harga baik punye untuk upgrade boleh tengok semua channel.

Tapi aku tolak dengan penuh adab sopan bila memikirkan ada komitmen lain lagi yang perlu gunakan duit. Takkan nak perabih duit bayar bil Astro je kot.

Tak lama lepas habis bercakap dengan orang Astro tu, isteri aku pun whatsapp bagitau Astro dah tak boleh tengok channel free. Ohh.. Dah tak boleh tengok drama Korea.

47 Comments

  1. Kadang2 tak semena-mena boleh tgk semua siaran astro free. Mungkin astro ni buat promotion kot suh subscribe channel dia org.

  2. Salam, haha saje wa gugel psal dpt full sume chnel astrok including HD chnel, ade pon gak yg senasib ng wa (nasib baik heh) wa dpt full chnel tu dlm 1 bulan penuh (bulan nov 2012). mmg tergezut gak cbb wa cume amik chnel basic jek. wa xde col astrok pon, wa cuma standby tggu bil dlu, klu caj tetibe naik, bru wa nk kecoh. tp yg sayangnye mase dpt free chnel tu wa x beli TV HD lg – pkai TV 14inch jek kui2. siaran HD pon nmpk comey & kenit jek. skang bru la dh rembat LED TV besar. tp daku x sempat nk menikmati chnel2 free tu ng TV baru nih, ceh! dh dpt free mnyk cekadak lak. tp daku mmg x kn la upgrade beli chnel2 nih sume. amik astrok pon cbb line umah x clear,couch potatooo pon ngak jgak dong..

  3. rezeki tuh…kena ambik kesempatan sepenuhnya…hehe jangan bil keluar nanti naik lak bil sudah…huhu

    • @papa mifz, bil masih di tahap yang sama.. Alhamdulillah takde kenaikan harga bil..

      tapi siaran Astro percuma dah takde dah.. mungkin hari tu hanya preview percuma sebelum terima call dari Astro dan ditawar untuk upgrade pakej dengan harga special..

  4. kira ok lah tu dapat tengok semua….
    kat rumah akak ni ada dua piring astro satu atas dan satu bawah, dua2 ambil full-package tapi akak yang tukar bayo jarang :wink: sgt tengok, yang enjoyyyyy sakkan adalah 3 lelaki dalam rumah ini…. rezeki dema ler

    • @syaifuddin alias, ok la tu takde astro.. jimat belanja.. aku kena pasang astro sebab jiran kiri kanan atas bawah semua pakai astro.. signal tv jadi tak clear.. nak tak nak kena pasang astro jugak baru la sedap sikit nak tengok tv.. duit poket je tak sedap sebab kena bayar astro bulan2.. huuu..

  5. Setahu saya tidak ada saluran percuma diberikan kecuali tawaran dekoder ke 2 dengan yuran langganan tambah RM50. Rasanya elok maklum kepada pihak Astro.

    • @pakeri, ada tanya orang kerja astro.. dia cakap kadang2 astro memang ada bagi free pada user yang dia pilih random.. tak tau betul ke tak.. jangan bil aku melambung bulan depan dah laa..

    • @hudahijab, skybox? 1st time dengar.. nampak macam best je lepas google pasal skybox tadi..

      sekarang ni takde guna skybox apa2 pun.. pelik jugak langgan pakej paling murah tapi dapat tengok semua channel..

      • @Anarm, akak tgh survey nak pasang skybox. yg penting kene maintain astro. amik minima punya pakej, kene ada unifi, and kalau tak silap akak ada byk pakej package yg skybox offer. ada tu yg offer first 6 months dgn decoder n installation RM500. Lepas tu tiap2 tahun bayar rm350.00. ada jugak yg offer installation, decoder and first 6 months rm400.00. pastu yearly bayar rm400.00 gak.

        menarik kan.. boleh tgk semua astro channel and seminggu sekali boleh tgk astro first..

  6. adalah tu kot sempena apa2. sempena tarikh cantik kot hehe. sebelum ni pun dah 2 kali dapat channel percuma. hari ni tak check lagi sebab astro kat rumah lain.

  7. hahahaa… hayokkk… habis la hang bulan ni. pengsan la membayornye. ingat tadek rekod ke semua tu. lulz~. apa kata cuba check kat online bill dan semak status pakej langganan kat website astro. kalau tadek rekod, so pakai la sampai lencun. hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *