Semoga cepat sembuh

hospital kajang

Hari ni hati aku risau sangat². Semalam awek aku kena tahan kat wad sebab kena demam denggi. Hari Jumaat lepas lagi dia demam.

Dah pegi klinik, dah makan ubat, tapi demam makin teruk. Semalam kat hospital, doktor amik darah dia untuk check. Lepas tu terus kena tahan wad.

Aku risau sangat² kat dia. Semoga cepat sembuh.

Info Tentang Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.

Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu:

  1. Demam Hemoragik Denggi (DHF)
  2. dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS)

nyamuk aedes

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria.

Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku.

Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Info penuh tentang demam denggi, sila klik DI SINI.

2 Comments

  1. semoga awek ko cepat sembuh.. dan korang ada jodoh -AMIN- :D

    @anarm: huhu.. mekasih dengan doa ko tu.. aku terharu.. sungguh.. aku betol² terharu.. isk.. isk.. :nanges:

Leave a Reply