Seminar Social Media MSMW 2014

Hari ni aku bersama team Denaihati Network dan beberapa orang rakan blogger hadiri Seminar Social Media MSMW 2014 yang diadakan di Pyramid 3, Sunway Pyramid Convention Centre.

Seminar ni berlangsung selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Februari 2014 bermula jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang.

Seminar social media MSMW 2014

Malaysia Social Media Week (MSMW 2014)

Ini merupakan kali ketiga aku datang menimba ilmu di event Malaysia Social Media Week anjuran Social Media Chambers (SMC). Sebelum ni pernah join Seminar MSMW 2012 dan Seminar MSMW 2013.

Memang banyak dapat belajar ilmu tentang dunia social media dan juga blogging.

Tengok agenda seminar MSMW 2014 pada hari pertama ni ada 5 sesi yang akan membincangkan tentang kepentingan dan keberkesanan menggunakan social media Facebook, Twitter, YouTube, Pinterest, LinkedIn untuk tujuan bisnes, penjenamaan, pemasaran dan lain-lain lagi.

Hari kedua pulak ada lagi 5 sesi dengan topik yang sangat menarik juga.

Malaysia Social Media Week 2014

Rasa bertuah dan beruntung sangat dapat join lagi seminar MSMW pada tahun ni. Tak sabar nak dengar perkongsian ilmu daripada speaker MSMW yang hebat seperti Asha Phillips, Scott Eddy, Dr. Serkan Toto, Pradeep Chopra dan ramai lagi.

Tak rugi kita korban sedikit wang dan masa untuk mengubah masa depan kerjaya kita menjadi seorang blogger yang lebih berjaya. Semuga kita akan menjadi blogger profesional yang memberi manafaat kepada dunia.” – Denaihati

Lepas tamat Seminar MSMW 2014 InsyaAllah aku akan cuba kongsikan serba sedikit ilmu yang dapat.

Jangan lupa follow hashtag #MSMW2014 di social media untuk ikuti live update seminar MSMW 2014 ni.

34 Comments

  1. Bestnya dapat banyak ilmu kat sana.

    Nanti kongsi2kan lah ilmu tu kat kami yang tak dapat turut serta ni ya..:)

  2. “Tak rugi kita korban sedikit wang dan masa untuk mengubah masa depan kerjaya kita menjadi seorang blogger yang lebih berjaya. Semuga kita akan menjadi blogger profesional yang memberi manafaat kepada dunia.” In shaa Allah.. Doakan saya…

    • Boleh, takde masalah.. Kita pun kena sentiasa amalkan berdoa untuk orang lain (tanpa pengetahuan orang tu).. InsyaAllah, orang lain pun akan doakan untuk kita juga.. Bukan saja tu, malaikat pun akan doakan untuk kita supaya kita dapat seperti apa yang kita doakan untuk orang lain..

      InsyaAllah.. Amiinn..

  3. Selamat menimba ilmu di MSMW 2014… Nanti jangan lupa kongsikan pengalaman yang ditimba buat tatapan pengunjung blog ini.. ;)

    • Memang meriah.. InsyaAllah nanti share kat blog.. Boleh follow hashtag #MSMW2014 kat Twitter atau Facebook, boleh baca live update dari peserta2 seminar ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *