Setelah parlimen dibubarkan, sekarang ni hanya menanti masa untuk mengundi je. Tarikh mengundi tak tahu lagi bila. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 10 April (Rabu) untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.
Aku salah seorang pengundi kali pertama yang akan mengundi nanti. Tadi aku semak status daftar pemilih melalui laman web SPR. Slow bebenor loading web dia. Walaupun aku dah tau lokasi mengundi kat mana, saje je nak check nama lagi sekali.
Siapa yang belum semak nama dan lokasi mengundi boleh buat semakan melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – http://daftarj.spr.gov.my.
Mengundi Adalah Satu Tanggungjawab
Aku dah tak ingat bila aku daftar untuk mengundi. Dah bertahun-tahun kot tapi baru sekarang timbul rasa nak mengundi untuk laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Tanggungjawab mengundi demi agama, bangsa dan negara. Dengan undi kita inilah yang akan menentukan masa depan negara.
Jumlah Kerusi Parlimen dan DUN yang akan dipertanding pada PRU-13
Untuk mengundi nanti aku kena balik kampung halaman di Perak sebab tempat mengundi kat sana. Isteri tercinta pulak tempat dia mengundi kat Kelantan. Tak tahu lagi dia sempat balik atau tak. Kalau tak sempat, dia follow aku balik Perak jela. Susah jugak bila laki bini mengundi kat tempat yang berbeza. Nak kena tukar tempat kot nanti senang sikit.
Tips Untuk Pengundi Kali Pertama
Sebagai pengundi kali pertama aku tak tahu cara-cara untuk mengundi. Dari semalam dok google mencari cara untuk mengundi. Terjumpa entri yang Noktah Hitam tulis – “6 Tips Untuk Pengundi Kali Pertama“. Bagus juga tips yang dia bagi. Pengundi kali pertama yang lain pun boleh rujuk entri tu sebagai panduan dan persiapan mengundi Pilihan Raya Umum ke-13.
Mesti satu pengalaman yang menarik bila dapat mengundi buat kali pertama. Tak sabor pulak rasanya nak mengundi. Tak perlu bagitau kot undi parti mana. Undi adalah rahsia.
Jangan lupa bawa kad pengenalan masa nak mengundi nanti. Selamat mengundi.
Masa depan negara ada di tangan rakyat
Semoga demokrasi selalu dapat terwujud :)
Daftar undi bg yg blm daftar!!! Msh sempat x?!
Dah tak sempat dah nak mendaftar.. Kalau daftar sekarang pun rasanya next pilihan raya baru dapat mengundi..
Alhamdulilah semakin mudah menyenak status, online sahaja
Thanks for the back link.
Tahun ni dia perkenalkan dakwat kekal. harap2 sehari 2 tanggal lah. Susah nak basuh berak nanti.
Apa-apa pon semoga mudah perjalan pergi-balik kg.
yeah…
hak mengundi hak kami…
kena laksana kn tggungjawab nie…
kali pertama fyna mengundi… berdebar je rasanya.
aku pun kali ni kali pertama
Ternyata sebentar lagi ada pengundi PRU 13 tanggal 10 nanti
tak silap dah 3 kali aku mengundi,… undilah .. jalankan tanggungjawab..
Kali ni memang nak pergi mengundi.. Tanggungjawab kena buat betul2..
sama kes mcm aku ler bro, aku kat melaka wife kat kelantan.
nampaknya balik pangkah kat melaka jeler, tidaklah aku hendak berdepan dengan risiko terkocoh2 balik kelantan hanya untuk memangkah sahaja.
utamakan keselamatan diri dan keluarga dulu.
aku bakal mengundi buat kali ke-2
Aku pun tak tau lagi camne.. Wife cakap kalau banyak masa dia boleh balik mengundi kat Kelantan, balik sekali ngan abang dia.. Aku balik Perak.. Kalau tak sempat, kitorang balik Perak jela dekat sikit..
Selamat mengundilah buat yang layak, jangan sia-siakan peluang ini 5 tahun sekali je :biggrin:
Pilihan raya lepas aku tak sempat nak mengundi.. In shaa Allah kali ni akan mengundi..
dah macam-macam surat aku dapat dari pakcik najib nih..
selamat mengundi nanti bro…;)
Samalah… aku pon akan mengundi kali pertama!
Selamat melaksanakan tanggungjawab mengundi..
Hanif Menhad pun 1st time mengundi ni… balik mengundi di Muar je… kerja di labis, :smile: segamat.
Wah balik Perak untuk mengundi. Ada parti yang bertanding beri duit minyak untuk balik mengundi. :-)
Ha’ah.. Aku mengundi kat Perak.. Dengar cerita memang ada duit minyak untuk yg balik mengundi kat Perak.. Untunglah balik kampung takyah keluar duit minyak.. Hehe..
H h,saya belum boleh mengundi lagi.
Belum cukup umur eh? Dah boleh nanti kena la daftar untuk mengundi..