Seluar Pelikat dari HEYdotMY

Sekarang ni trend orang pakai seluar yang diubahsuai daripada kain pelikat menjadi seluar pelikat. Seluar Pelikat yang aku nak ceritakan kat sini adalah produk yang dijual oleh HEYdotMY.

Jahitannya kemas dan kualitinya memang terbaik. Sangat selesa dipakai kat rumah, pakai pergi jalan-jalan, bersantai, lepak dengan kawan atau untuk pergi solat di surau / masjid pun boleh.

Seluar pelikat produk jualan HEYdotMY

Aku baru dapat seluar pelikat ni hari Jumaat lepas. Pantas betul pihak HEYdotMY poskan ke alamat rumah aku.

Menurut tauke HEYdotMY iaitu Ejam Othman yang merupakan seorang blogger juga, penghantaran seluar pelikat ni dibuat setiap hari. Kalau nak barang sampai dengan cepat kena buat bayaran sebelum jam 2 petang.

Seluar pelikat yang aku terima ni dibungkus dengan rapi dan dihantar menggunakan kurier PosLaju. Ada disertakan sekali tag saiz dan nombor siri seluar pelikat.

Tag saiz dan kod seluar pelikat

Seluar Pelikat

Saiz Seluar Pelikat HEYdotMY

Saiz seluar pelikat HEYdotMY ni ikut saiz pinggang. HEYdotMY ada bagi ukuran inci untuk pinggang. Senang pembeli nak pilih sebelum order saiz yang sesuai.

  • S = 26-30 inci
  • M = 29-33 inci
  • L = 32-36 inci
  • XL = 35-40 inci
  • XXL = 38-45 inci

Seluar pelikat ni mempunyai 2 poket di bahagian belakang. Bro Ejam cakap poket tu akan datang mungkin ditambah lagi supaya pemakai dapat gunakan untuk simpan barang seperti kunci kereta, kunci rumah, beg duit dan sebagainya.

Bahagian pinggang seluar pelikat menggunakan getah dan juga tali. Jadi, takkan timbul masalah terlondeh macam pakai kain pelikat.

Aku kalau pakai kain pelikat selalu jugak terlondeh. Haha.

Untuk keselamatan tambahan, gunakan tali yang ada tu ikat dengan kemas di pinggang supaya tak terlondeh bila ada banyak barang dalam poket. Kalau ada orang datang tarik seluar pun takde masalah.

Tali dan getah pada seluar pelikat
Tali dan getah pada bahagian pinggang seluar pelikat

Siapa berminat untuk miliki seluar pelikat ni boleh hubungi pihak HEYdotMY untuk urusan pembelian. Gambar-gambar produk seluar pelikat boleh tengok dengan melayari laman instagram rasmi mereka @heydotmy.

Buat masa ni segala bentuk promosi dan info produk keluaran HEYdotMY dibuat melalui akaun Instagram tersebut. Kalau nak tahu info terkini kenalah follow Instagram HEYdotMY.

Seluar pelikat HEYdotMY selesa dipakai

Rasa macam bertambah kacak bila pakai seluar pelikat. Shakiddo dan Eizil pun dah mula pakai seluar pelikat ni.

Mungkinkah seluar pelikat ni akan jadi seluar rasmi yang dipakai semasa event Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014? Kita tengok nanti macam mana.

27 Comments

  1. bentuk dia sama macam seluar baju melayu je ke..? kenapa tak sama mcm yang aflin shauki pakai tu ..?

  2. Baguslah idea jadi seluar rasmi tu. Aku ada gak .. tapiiiii …. pendek la .. hahahaa… tak leh pakai gi #SBB2014 … bahaya …

    Tapi trend ni dah lama ada dah, sejak 2010 lagi ada … kat Ganu ramai dah dok pakai tatkala tu.

  3. Nampak bergaya korang pakai seluar pelikat ni … nak bergaya lagi pakai sekali dengan baju melayu pelikat baru menawan bro …

  4. masa aku pegi muzium kat kuala terengganu terjumpa seluar pelikat design ni…rupanya orang2 dulu dah pakai dulu ….cuma aku lupa nak snap gambar jer masa tu…

  5. Awal-awal dulu aku kelakar jugak tgk orang pakai seluar pelikat. Sekarang rasa agak cool!

    Ada tak orang pakai ni pi mandi kolam? Mesti kelakar gila.

  6. terima kasih kerana suka dan selesa dengan seluar pelikat tersebut.
    semoga lepas ini lebih ramai orang akan suka dan minat nak pakai “kain pelikat” mudah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *