Selangkah ke Alam Perkahwinan

Tinggal 1 hari saja lagi aku akan melangkah ke alam perkahwinan. Rasa berdebar-debar betul. Semakin dekat tarikh kahwin, semakin berdebar jantung aku ni.

Kad jemputan kahwin pun dah banyak bagi pada kawan-kawan, boss dan sedara mara. Alhamdulillah. Kalau ada yang tak dapat datang ke majlis kahwin aku nanti, takpelah. Takde masalah.

Bagi yang dapat hadir nanti terima kasih banyak-banyak.

akad nikah

Sekarang aku di kampung (Teluk Intan) sedang buat persiapan akhir sebelum berangkat ke Kelantan pagi esok untuk urusan akad nikah pada 31 Ogos 2012 malam selepas waktu Isyak. InsyaAllah.

Time akad nikah nanti tak jemput ramai orang pun. Elok jugak. Takut tersasul-sasul pulak nanti nak sebut lafaz akad nikah kalau ramai sangat orang. Tapi kalau ada kawan-kawan yang rasa nak datang tengok boleh je.

Esoknya baru buat majlis makan-makan. Jemput la datang ye..

Dalam hati aku ni rasa cuak dan takut-takut sikit. Ada orang cakap tok kadi akan tanya macam-macam soalan masa nak akad nikah. Kalau dah dalam keadaan berdebar macam tu soalan mudah pun rasanya jadi susah nak jawab. Sebab tu rasa takut-takut je ni.

Bro AzmanIshak cakap kalau tok kadi nak tanya pun dia just tanya soalan basic agama Islam. Bro Zulseffort pulak bagitau nikah kat Kelantan senang, takde tanya-tanya soalan atau apa-apa yang menyusahkan pengantin. Lega sikit rasa. (Yeke?)

Tak kisahlah macam mana pun. Asalkan dapat kahwin. Harap-harap semua urusan perkahwinan aku dan bakal isteri akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Aminn..

Bum kepak kepaak kepak gebum gebuum gebum!

35 Comments

  1. Tahniah diucap buat anarm kita,
    Sudah sah menjadi suami orang,
    Kenapa tak buat entri majlis persandingan anda,
    Upload foto pengantin raja sehari supaya lebih terang.

  2. Selamat melangkah ke gedung perkahwinan dan mengalas tanggungjawab baru iaitu sebagai suami dan ketua rumah tangga. Bakal terlepas beban pak Mertua dan akan digalas oleh suami.

  3. Selamat Pengantin Baru untuk Anarm dan bakal isteri

    Semoga dipermudahkan olehNya dihari pernikahan dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

    Amin…

    *Jangan risau-risau…kawin senang je..tanggungjawab besar nak digalas tu paling susah. semoga bersedia di alam perkahwinan nanti.

  4. Salam,

    Ala rilek ler small matter aje hahahhaa, selamat pengantin baru anarm dan sue, moga bahagia hingga keakhir hayat, cepat2 sikit timang anak :biggrin:

  5. betullah tu macam bro zulseffort cakap, kat kelantan ni mudah jer, aku beberapa tahun lepas pun tak sempat nak berdebo, dah selesai dah majlis… hehehe…

  6. selamat pengantin baru bro, sory tak dapat datang.. nanti kalau nak berbulan madu, datang la Jerai Hill, resort 5 star. eh 4 kot. haha syok atas gunung jerai.. :)

    • @syahrilhafiz, terima kasih.. takpe tak dapat datang pun.. no hal.. bulan madu aku tak plan lagi.. nak naik gunung kang gayat pulak.. rasa macam nak gi pulau pun ada jugak, tapi takut tsunami.. kih3..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *