Selamat Tahun Baru 2019

Selamat Tahun Baru 2019 diucapkan kepada semua sahabat dan semua pengunjung blog ini. Maaf, lama tak update blog sebab terlampau sibuk dengan urusan kerja sampai tak sempat nak tulis entri baru. Tak jumpa masa yang sesuai untuk menulis.

Ditambah pula dengan takda idea nak tulis tentang apa. Kena writer’s block agaknya.

Sejak bekerja sendiri ni terpaksa lebihkan tumpuan pada kerja utama (bisnes) sebagai sumber pendapatan.

Blog ni pun sebahagian daripada sumber pendapatan aku, cuma hasilnya tak seberapa. Blog cikai je kan. Orang tak pandang pun.. Huhu.

Selamat Tahun Baru 2019

Azam tahun baru 2019 ni aku ingat nak tambah satu lagi bisnes sebagai sumber pendapatan. Rasa macam tak cukup pula dengan bisnes yang tengah buat sekarang ni. Nak tambahkan lagi pendapatan sedia ada.

Selain tu, aku nak usaha untuk update blog dengan lebih kerap lagi. InsyaAllah. Kalau takda halangan.

Harap-harap dapat kembali blogging macam beberapa tahun yang lalu. Masa tu memang rajin update blog. Sentiasa ada je idea untuk menulis.

Semoga Tahun Baru 2019 ini memberi sinar baru, keberkatan, dan menjanjikan lebih banyak kejayaan serta kebahagiaan buat kita semua.

SELAMAT TAHUN BARU 2019!

8 Comments

  1. Selamat tahun baru… Rasanya masih belum terlambat kan.. huhu

  2. Selamat tahun baru bro. Semoga tercapai semua hajat dan impian tahun ni inshaAllah.

  3. Masih belum terlambat ucap tahun baru.

    Terus semangat menulis bro.

    Mungkin perlu bercuti, dan berjalan tempat orang.

    Mungkin dapat ilham baru. ?

  4. Selamat meneruskan azam..
    inshallah boleh tercapai semua tu

  5. Selamat tahun baru 2019 bro anarm.

  6. Selamat tahun baru bro.. Semoga tahun 2019 ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya

Leave a Comment