Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 2012

Petang tadi dah tengok anak bulan. Alhamdulillah, nampaknya umat Islam akan mula berpuasa pada hari Sabtu, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 Hijrah setelah diumumkan sebentar tadi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Kepada semua pembaca blog Anarm.net dan juga semua rakan blogger yang lain diucapkan selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 2012.

Semoga setiap amalan dan ibadah kita dalam bulan puasa kali ni diterima oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala yang banyak dan berlipat kali ganda.

ibadah di bulan puasa ramadhan 2012

Niat Berpuasa di Bulan Ramadhan

Dalam apa jua perkara yang kita buat semuanya mesti dimulakan dengan niat. Berpuasa pun sama jugak kena mulakan dengan niat. Ada sesetengah orang dia lebih senang berniat puasa untuk sebulan terus dalam bulan Ramadhan ni. Ada juga yang berniat puasa setiap hari.

niat puasa esok hari dalam bulan ramadhan 2012

niat puasa sebulan dalam bulan ramadhan 2012

Puasa dalam bulan Ramadhan pada zaman yang serba canggih ni banyak cabaran dan dugaannya. Lebih-lebih lagi dengan adanya social media di internet seperti Twitter, Facebook dan lain-lain.

Orang zaman sekarang menggunakan social media tanpa memikirkan dosa dan pahala. Rasanya lebih ramai yang buat dosa melalui social media seperti menyebarkan berita atau gambar-gambar yang tak sepatutnya, menyebarkan fitnah, membuka aib orang lain, mengumpat beramai-ramai secara online (ada jugak), mencarut di Twitter dan Facebook, dan sebagainya.

Berhati-hatilah menggunakan social media dalam bulan Ramadhan bulan yang mulia ni.

Kadang-kadang, semua benda berkaitan social media boleh juga membuatkan kita lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap agama dan pencipta kita iaitu Allah SWT. Ada yang puasa tapi tak solat sebab terlalu asyik bermain internet. Memang tak dapat apa-apa faedah.

amalan dalam bulan ramadhan

Oleh itu, tempoh sebulan dalam bulan Ramadhan 2012 ni seelok-eloknya kita tinggalkan la sekejap atau kurangkan sikit aktiviti online untuk lakukan amalan-amalan lain yang boleh memberikan kita pahala dan mendapat keredhaan Allah SWT seperti membaca al-Quran, berzikir, solat tarawih, qiamullail atau sebagainya.

Nak main internet boleh, tapi jangan sampai buat perkara yang akan mengurangkan pahala puasa atau merosakkan puasa. Paham-paham sajalah. Macam-macam benda ‘maksiat’ ada kat internet.

p.s. Dalam bulan puasa ni mesti banyak yang akan post gambar makanan kat Facebook, kat Twitter. Cobaan!

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 2012
Sabtu, 21 Julai 2012 (1 Ramadhan 1433 Hijrah)

19 Comments

  1. Moga Ramadhan Kali Ini Penuh Makna…ala ala Man Bai he he

    Peringatan Tuan saya tujukan untuk diri saya sendiri .

    Terima Kasih

  2. selamat berpuasa kepada semua…pandai2 la jaga puasa nyer..jangan puasa tahan lapar dan minum jer…yang lain2 tak puasa tak jadi jugak…xde makanaya

  3. Ramadan disambut penuh keikhlasan,
    Berpuasalah kita sekalian manusia,
    Puasa wajib ke atas umat Islam keseluruhan,
    Semoga puasa yg dijalankan Allah akan terima. :blink:

    Ramadan di sambut selama sebulan,
    Solat Terawih jangan dilupa,
    Banyak ganjaran yang Allah janjikan,
    Boleh dibuat selagi terdaya, :whistle:

    Penuhi berpuasa dengan amalan mulia,
    Lengkapkan puasa dengan perkara yg baik saja,
    Supaya puasa kita disempurna,
    Sebagai bekalan di akhir di sana. :w00t:

    Banyakkan amalan membaca Al-Quran,
    Begitu juga dengan qiamullail kita,
    Apa yg dibuat sentiasa menjadi kewajipan,
    Barulah Ramadan ini lebih baik drpd sebelumnya. :biggrin:

    *SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK.
    Maaf jika ada kesilapan disepanjang komen diberi. :smile:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *