AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Agama » Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 2012

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 2012

19/07/2012 Anarm 19 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Petang tadi dah tengok anak bulan. Alhamdulillah, nampaknya umat Islam akan mula berpuasa pada hari Sabtu, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 Hijrah setelah diumumkan sebentar tadi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Kepada semua pembaca blog Anarm.net dan juga semua rakan blogger yang lain diucapkan selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 2012.

Semoga setiap amalan dan ibadah kita dalam bulan puasa kali ni diterima oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala yang banyak dan berlipat kali ganda.

ibadah di bulan puasa ramadhan 2012

Niat Berpuasa di Bulan Ramadhan

Dalam apa jua perkara yang kita buat semuanya mesti dimulakan dengan niat. Berpuasa pun sama jugak kena mulakan dengan niat. Ada sesetengah orang dia lebih senang berniat puasa untuk sebulan terus dalam bulan Ramadhan ni. Ada juga yang berniat puasa setiap hari.

niat puasa esok hari dalam bulan ramadhan 2012

niat puasa sebulan dalam bulan ramadhan 2012

Puasa dalam bulan Ramadhan pada zaman yang serba canggih ni banyak cabaran dan dugaannya. Lebih-lebih lagi dengan adanya social media di internet seperti Twitter, Facebook dan lain-lain.

Orang zaman sekarang menggunakan social media tanpa memikirkan dosa dan pahala. Rasanya lebih ramai yang buat dosa melalui social media seperti menyebarkan berita atau gambar-gambar yang tak sepatutnya, menyebarkan fitnah, membuka aib orang lain, mengumpat beramai-ramai secara online (ada jugak), mencarut di Twitter dan Facebook, dan sebagainya.

Berhati-hatilah menggunakan social media dalam bulan Ramadhan bulan yang mulia ni.

Kadang-kadang, semua benda berkaitan social media boleh juga membuatkan kita lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap agama dan pencipta kita iaitu Allah SWT. Ada yang puasa tapi tak solat sebab terlalu asyik bermain internet. Memang tak dapat apa-apa faedah.

amalan dalam bulan ramadhan

Oleh itu, tempoh sebulan dalam bulan Ramadhan 2012 ni seelok-eloknya kita tinggalkan la sekejap atau kurangkan sikit aktiviti online untuk lakukan amalan-amalan lain yang boleh memberikan kita pahala dan mendapat keredhaan Allah SWT seperti membaca al-Quran, berzikir, solat tarawih, qiamullail atau sebagainya.

Nak main internet boleh, tapi jangan sampai buat perkara yang akan mengurangkan pahala puasa atau merosakkan puasa. Paham-paham sajalah. Macam-macam benda ‘maksiat’ ada kat internet.

p.s. Dalam bulan puasa ni mesti banyak yang akan post gambar makanan kat Facebook, kat Twitter. Cobaan!

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 2012
Sabtu, 21 Julai 2012 (1 Ramadhan 1433 Hijrah)

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Puasa tapi TAK SOLAT
  • 10 Perkara Rosakkan Puasa Ramadhan

Kategori : Agama Keyword : amalan bulan puasa, baca al-quran, bulan puasa 2012, leka main internet, maksiat di bulan puasa, pahala berlipat kali ganda, perkara merosakkan puasa, puasa tapi tak solat, ramadan tahun 2012, ramadhan 2012

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
P1 Sponsor Tiket Tayangan Perdana Batman The Dark Knight Rises
Next article:
10 Perkara Rosakkan Puasa Ramadhan

19 Comments

  1. Panas Giler (djchef) says

    17/08/2012 at 11:23 PM

    selamat menjalani ibadah puasa dan selamat hari raya

    Reply
  2. wazy says

    27/07/2012 at 3:06 PM

    Selamat berpuasa bro

    Reply
  3. Hafizul says

    27/07/2012 at 12:48 PM

    Tak terlambat lagi nk ucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa petang nanti..hehe

    Reply
  4. MahyuddinMAA says

    25/07/2012 at 1:43 AM

    Moga Ramadhan Kali Ini Penuh Makna…ala ala Man Bai he he

    Peringatan Tuan saya tujukan untuk diri saya sendiri .

    Terima Kasih

    Reply
  5. Lizz says

    24/07/2012 at 1:30 PM

    duit raya aku jangan lupa siapkan tau.hahahahahah!!!

    Reply
  6. puanbee says

    23/07/2012 at 8:35 PM

    Selamat berpuasa ye anarm ..

    Reply
  7. Hafizul says

    23/07/2012 at 9:25 AM

    Tak terlambat lagi kan untuk aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa..hehe

    Reply
  8. Amir Said says

    22/07/2012 at 8:30 AM

    Selamat berpuasa bro. :biggrin:

    Reply
  9. daddydee says

    21/07/2012 at 11:07 PM

    selamat berpuasa tuan…

    Reply
  10. eddie says

    21/07/2012 at 10:38 AM

    selamat berpuasa kepada semua…pandai2 la jaga puasa nyer..jangan puasa tahan lapar dan minum jer…yang lain2 tak puasa tak jadi jugak…xde makanaya

    Reply
  11. ProfHariz says

    21/07/2012 at 2:13 AM

    Salam Ramadhan Anarm

    Semoga rahmat Allah yang sentiasa berada di sisi hidup kita, dan semoga Ramadhan kali ini terbaik pernah kita lalui.

    Reply
  12. Jebeng Otai™ says

    21/07/2012 at 1:55 AM

    selamat berpuasa bro..mmg slalu diorg akan post mknan..xpon dpt emel makanan..hehe

    Reply
  13. sensasi2020 says

    21/07/2012 at 12:33 AM

    Ramadan disambut penuh keikhlasan,
    Berpuasalah kita sekalian manusia,
    Puasa wajib ke atas umat Islam keseluruhan,
    Semoga puasa yg dijalankan Allah akan terima. :blink:

    Ramadan di sambut selama sebulan,
    Solat Terawih jangan dilupa,
    Banyak ganjaran yang Allah janjikan,
    Boleh dibuat selagi terdaya, :whistle:

    Penuhi berpuasa dengan amalan mulia,
    Lengkapkan puasa dengan perkara yg baik saja,
    Supaya puasa kita disempurna,
    Sebagai bekalan di akhir di sana. :w00t:

    Banyakkan amalan membaca Al-Quran,
    Begitu juga dengan qiamullail kita,
    Apa yg dibuat sentiasa menjadi kewajipan,
    Barulah Ramadan ini lebih baik drpd sebelumnya. :biggrin:

    *SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK.
    Maaf jika ada kesilapan disepanjang komen diberi. :smile:

    Reply
  14. onlajer says

    20/07/2012 at 5:39 PM

    Selamat menunaikan ibadah puasa untuk anda sekeluarga

    Reply
  15. auc dot com says

    20/07/2012 at 8:23 AM

    Selamat berpuasa…
    moga puasa tahun ni lebih sempurna dari tahun sebelumnya :)

    Reply
  16. sweetkurma says

    20/07/2012 at 8:14 AM

    selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat beramal

    Reply
  17. deen says

    20/07/2012 at 3:24 AM

    semoga di bulan yg mulia ini kita mampu melakukan ibadah puasa dengan sempurna…
    amin

    Reply
  18. akubiomed says

    20/07/2012 at 12:32 AM

    Selamat menunaikan ibadah berpuasa yang bakal bermula pada hari Sabtu ini. :-)

    Reply
  19. Denaihati says

    19/07/2012 at 11:58 PM

    Selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan 2012 juga.

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy