Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum semua. Di kesempatan ini aku nak ucapkan “Selamat Hari Raya Aidiladha” kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Pada hari yang mulia ini, marilah sama² kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T dengan beribadah dan berdoa kepada-Nya.. Kita panjatkan juga doa kepada mereka² yang berada di Tanah Suci mengerjakan rukun Islam yang ke-5.

Di samping itu, marilah kita bermaaf-maafan sesama kita andai ada salah silap yang telah dilakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Dengan ini semoga hidup kita lebih diberkati demi kesejahteraan dan kejayaan kita dalam menempuh hidup di dunia yang penuh cabaran dan dugaan ini..


Raya tahun ni aku rasa bosan sikit. Ni cerita aku time raya haji tahun ni.

AKU : Bosan.. Lepak opis ah!

Kunci pintu rumah.. Turun tangga..

AKU : Aiseh.. Ujan la pulak.. (Apahal seat motor aku ni terbukak?)

Raya pon hujan. Tapi tak lebat. Tak jadi g opis. Perut lak terasa lapar yang amat. Ingat nak tahan, makan malam karang je, jimat duit. Tapi tak tertahan lak, terus gerak meredah hujan renyai², cari kedai makan.

AKU : Cis.. Kedai sume tutup.. Raya haji pon nak raya sakan..

Pergi cari kedai makan lain. Naik motor, redah hujan lagi. Jumpa la 1 kedai mamak yang bukak. Sampai sana dah basah kuyup.

AKU : (Ni apahal sume tengok aku ni? Tak penah tengok orang basah ke?)
AKU : Ane.. Kasi teh tarik 1. Makan mau nasi campur. Apa lauk ada?
ANE : Kari ayam ada, ayam madu ada, bangun kasi tengok sendiri.
AKU : Tak mau tengok. Kasi nasik sama ayam madu. Tambah 1 ais kosong.
ANE : Wokei..

Lepas melantak aku balik umah, tido. Malam pegi umah awek aku lak, lebih kurang pukul 9 malam. Dia demam. Cian dia.

AKU LAGI : Tak baik lagi ke demam? Jom gi klinik.
AWEK AKU : Bukak ke klinik ari ni? Takpe la. Esok baik la ni.
AKU LAGI : Kalau esok tak baik lagi kita gi klinik ek?
AWEK AKU : ….
AKU LAGI : Mane sate? Semalam cakap buat sate.
AWEK AKU : Nah..
AKU LAGI : Banyaknye. Dah makan blom?
AWEK AKU : Makan sikit. Tak selera. Mulut rasa pahit. Rasa macam nak muntah.
AKU LAGI : Tak lapar ke? Rasa nak makan pape tak? Abg tolong belikan.
AWEK AKU : 7E bukak kan? Tolong beli biskut kering. Nak cicah air teh.
AKU LAGI : Ok.. Boleh makan ke? Kang rasa pahit lagi.
AWEK AKU : Boleh..

Lebih kurang pukul 11 aku balik rumah. Lepak tengok tv kejap. Takde cite best. Bosan.

Masuk bilik, kemas² katil sikit² pastu baring², ambik mood nak tido sambil² SMS awek aku.

SMS AKU : Tgh watpe? Dh nk tdo blom?
AWEK AKU : Tgh baring2 nak tido.
SMS AKU : Dh ngantok ek?
AWEK AKU : Sikit2. Dh dk dlm glap ni. Pasni t’tdo a.
SMS AKU : Oo.. Jom a tdo.

(Cakap sorang²) : Esok dah start keje. Malasnyee.
(Cakap sorang²) : ……
(Cakap sorang²) : Design profile tak siap lagi. Adeh. Sakit otak.

Camtu la aku raya haji tahun ni. Bosan gila babi.

One comment

  1. selamat hari raya bro… duit raya jangan lupa bank in key… at least 1 rat… c ya…

    @anarm: raya haji kene bg duit raya gak ke? setahu aku raya puasa je org sakan bg duit raya.. raya haji org bg daging..

Leave a Comment