Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H / 2011M

Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha atau Selamat Hari Raya Haji atau Selamat Hari Raya Qurban buat semua pengunjung dan pembaca blog ni.

Tak lupa juga ayahanda dan bonda di kampung (maaf! tak balik raya tahun ni), kakak-kakak aku, abang aku kat kampung, adik aku kat kampung jugak, bakal isteri aku (hehe), dan…. Senang cerita, selamat hari rayalah untuk semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H / 2011M

Saat Gembira Hari Raya Aidiladha

Setiap kali Hari Raya Aidiladha menjelma, aku sering terbayang saat-saat gembira masa zaman kecik-kecik dulu sambut Hari Raya Haji di Kelantan.

Kat Kelantan sambutan hari raya ni memang cukup meriah. Tak macam kat kampung aku (Chenderong Balai, Perak) dan kat Bandar Baru Bangi ni.

Aku tak balik kampung raya tahun ni. Terpaksa la aku sambut raya kat rumah je sorang-sorang. Bulan depan baru balik sebab ada ‘perkara penting’ nak kena buat mesyuarat dengan mak abah aku.

Ibadah Qurban

Qurban! Siapa buat qurban tahun ni? Baguslah. Semoga dengan melaksanakan ibadah qurban tu akan memberikan kita manfaat dalam hidup.

Tak kiralah qurban dengan masjid mana pun, dengan orang surau ke, qurban di Kemboja ke, atau mana-manalah. Asalkan niat kita buat qurban tu adalah kerana Allah SWT.

Dalam kepala otak ni asyik terbayang daging lembu je. Harap-harap ada la jiran yang baik hati bagi sikit daging lembu kat aku.

Bagi yang siap masak la jangan bagi yang mentah. Orang bujang macam aku ni mana reti masak. Hari tu goreng keropok pun hangus. Haha.

Bagi mereka yang melaksanakan ibadah Haji pada tahun ni, semoga semua jemaah haji dapat mengerjakan ibadah Haji dengan sempurna, mendapat haji yang mabrur, haji yang diterima oleh Allah SWT, segala amal ibadah yang dilakukan diberkati oleh-Nya, dan akan pulang ke kampung halaman dengan selamat dan sihat walafiat.

InsyaAllah.

Selamat Hari Raya Aidiladha
1432H / 2011M

12 Comments

  1. selamat hari raya en.anarm……hik3…sian dia sambut raya sorang2 ye…..xpe3….tahun depan berdua…insyaallah….semoga perkara penting tu berjalan dengan lancar ye….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *