AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H / 2011M

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H / 2011M

05/11/2011 Anarm 12 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha atau Selamat Hari Raya Haji atau Selamat Hari Raya Qurban buat semua pengunjung dan pembaca blog ni.

Tak lupa juga ayahanda dan bonda di kampung (maaf! tak balik raya tahun ni), kakak-kakak aku, abang aku kat kampung, adik aku kat kampung jugak, bakal isteri aku (hehe), dan…. Senang cerita, selamat hari rayalah untuk semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H / 2011M

Saat Gembira Hari Raya Aidiladha

Setiap kali Hari Raya Aidiladha menjelma, aku sering terbayang saat-saat gembira masa zaman kecik-kecik dulu sambut Hari Raya Haji di Kelantan.

Kat Kelantan sambutan hari raya ni memang cukup meriah. Tak macam kat kampung aku (Chenderong Balai, Perak) dan kat Bandar Baru Bangi ni.

Aku tak balik kampung raya tahun ni. Terpaksa la aku sambut raya kat rumah je sorang-sorang. Bulan depan baru balik sebab ada ‘perkara penting’ nak kena buat mesyuarat dengan mak abah aku.

Ibadah Qurban

Qurban! Siapa buat qurban tahun ni? Baguslah. Semoga dengan melaksanakan ibadah qurban tu akan memberikan kita manfaat dalam hidup.

Tak kiralah qurban dengan masjid mana pun, dengan orang surau ke, qurban di Kemboja ke, atau mana-manalah. Asalkan niat kita buat qurban tu adalah kerana Allah SWT.

Dalam kepala otak ni asyik terbayang daging lembu je. Harap-harap ada la jiran yang baik hati bagi sikit daging lembu kat aku.

Bagi yang siap masak la jangan bagi yang mentah. Orang bujang macam aku ni mana reti masak. Hari tu goreng keropok pun hangus. Haha.

Bagi mereka yang melaksanakan ibadah Haji pada tahun ni, semoga semua jemaah haji dapat mengerjakan ibadah Haji dengan sempurna, mendapat haji yang mabrur, haji yang diterima oleh Allah SWT, segala amal ibadah yang dilakukan diberkati oleh-Nya, dan akan pulang ke kampung halaman dengan selamat dan sihat walafiat.

InsyaAllah.

Selamat Hari Raya Aidiladha
1432H / 2011M

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Salam Aidiladha 2019

Kategori : Santai Keyword : amal ibadah kerana Allah, balik kampung halaman, haji yang mabrur, Hari Raya Aidiladha 2011, ibadah qurban di kemboja, jemaah haji malaysia, Lembu Korban, masak daging lembu korban, sambutan hari raya haji di Kelantan

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Wordless Wednesday #9 – Kereta Inovasi Proton
Next article:
KuaiZip – Klon kepada Perisian WinRAR

12 Comments

  1. Pacifista says

    08/11/2011 at 9:38 PM

    selamat hari raya aidil adha jugak bro :D

    Reply
  2. levelsatu says

    06/11/2011 at 6:26 PM

    selamat hari raya aidiladha.. :blush:

    Reply
  3. Zainol Rashid says

    06/11/2011 at 10:57 AM

    Selamat Hari Raya Korban Bro…

    Reply
  4. shaharil says

    06/11/2011 at 12:00 AM

    Salam Aidiladha 1432 Hijrah. Selamat beraya di kampung halaman.

    Reply
    • Anarm says

      06/11/2011 at 11:36 AM

      @shaharil, semoga gembira berhari raya di kampung halaman.. aku sambut raya sorang2 je kat rumah bujang.. tak balik kampung.. :cwy:

      Reply
  5. ahmad kamil says

    05/11/2011 at 11:28 PM

    Selamat menyambut HAri Raya geng. :lol:

    Reply
  6. ..ein.. says

    05/11/2011 at 10:37 PM

    selamat hari raya en.anarm……hik3…sian dia sambut raya sorang2 ye…..xpe3….tahun depan berdua…insyaallah….semoga perkara penting tu berjalan dengan lancar ye….

    Reply
    • Anarm says

      06/11/2011 at 11:34 AM

      @..ein.., insyaallah tahun depan berdua.. hehe.. harap semua berjalan dengan lancar.. bulan depan start proceed segala perancangan.. :happy:

      Reply
  7. PENTULIS says

    05/11/2011 at 9:46 PM

    selamat hari raya haji bro..

    Reply
    • Anarm says

      06/11/2011 at 11:32 AM

      @PENTULIS, yeahh.. selamat hari raya haji.. mintak maap zahir dan batin, orait..

      Reply
  8. akubiomed says

    05/11/2011 at 8:23 PM

    Selamat menyambut Hari Raya Qurban. Saya balik kampung beraya dengan adik-adik ipar sahaja.

    Reply
    • Anarm says

      06/11/2011 at 11:30 AM

      @akubiomed, untunglah.. aku beraya sorang2 kat rumah bujang.. T__T

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy