Selamat Hari Guru, Cikgu

Adehh.. Aku terlewat nak ucap Selamat Hari Guru kepada guru-guru atau cikgu-cikgu kat bumi ni. Sempat lagi kot ucap ni.

Tema Hari Guru untuk tahun 2009 ni, “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA“.

selamat-hari-guru

Imbas Kembali

Masa umur aku 6 tahun, aku mula kenal apa itu cikgu. Time tu aku bersekolah di tadika. Yang mengajar aku dan kawan-kawan time tu, kitorang panggil die ustazah. Aku lupa pulak nama dia. Ustazah aku tu 2 orang.

Balik je rumah aku cakap kat mak aku, aku takut dengan ustazah tu. Mak aku tanya, “kenapa?“. Aku dengan selamba badak menjawab, “Bulu kening ustazah tu bersambung. Nampak garang“. Mak aku gelak je.

Bila aku ingat-ingat balik, ustazah yang kening bersambung tu la yang paling baik, yang paling banyak ajar aku, yang selalu puji aku sebab tulisan jawi aku lawa. Jangan jeles.

Lepas tamat kat tadika, aku masuk darjah 1 kat Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1. Kat situ aku belajar sampai darjah 3 je.

Darjah 4 aku tukar ke Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 sebab abah aku kena transfer tempat kerja. Masa darjah 4 ni la rekod aku teramatlah cemerlang. Nombor 1 atau 2 atau 3 memang dalam tangan aku la. Hahahaha.. Riak jap. Hehe..

Time darjah 4 ni aku fight dengan member aku. Kalau dia nombor 1, aku mesti nombor 2 atau 3. Kalau aku dapat nombor 1, dia pulak yang ganti tempat aku kat nombor 2 atau 3.

Ni semua jasa cikgu-cikgu yang dah banyak mengajar, yang dah banyak curahkan ilmu yang diorang ada untuk anak-anak murid. Terima kasih cikgu.

Bila masuk sekolah menengah, aku dah jadi hantu sikit dah. Buat perangai, ponteng sekolah la, bertumbuk la, macam-macam. Cikgu kaunseling dah penat mengadap muka aku kat bilik dia. Hahaha..

Walaupun dah banyak kaunseling yang aku dapat, perangai tetap tak berubah. Tapi, memang apa yang cikgu kaunseling tu cakap aku ingat lagi dalam kepala hotak aku ni. Cuma aku ni je yang degil.

Walau apapun, terima kasih cikgu kaunseling sebab dah banyak bagi nasihat yang berguna sampai saya dah jadi ‘manusia’ sekarang ni.

Puisi ‘Guru Oh Guru’

Cakap pasal guru ni buat aku teringat 1 puisi karya Usman Awang. Puisi bertajuk “Guru Oh Guru“.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakill seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang, 1979

Lagu Tema Hari Guru 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

15 Comments

    • @MeLL, aku xde nk ingat ari2.. kadang2 terlintas kt otak ni baru la jd ingat.. sbb bende dah lepas kn, dah x jmpe dh sume warga pendidik aku dulu.. tp rindu gak la zaman sekolah dulu2.. :sad:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *