Selamat Hari Guru 2010 Kepada Semua Cikgu

16 Mei, satu tarikh di mana guru-guru diraikan sebagai mengenang jasa mereka yang telah banyak berbakti dalam mendidik, mengajar dan mencurahkan ilmu demi melahirkan insan-insan cemerlang, gemilang dan terbilang yang ada pada hari ini.

Selamat Hari Guru

Pepatah Melayu ada berkata, “Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain“, menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan yang sempurna kepada kita semua.

Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang berpangkat menteri, berjawatan besar, bergelar jutawan, doktor, peguam, jutawan internet, angkasawan dan sebagainya.

Semuanya bermula daripada seorang guru dan ilmu-ilmu yang dicurahkan sehingga kita berjaya menjadi seperti kita pada hari ini.

Isu Berkaitan Guru

Sedikit terkilan dengan isu berkaitan guru yang wujud sekarang ni. Isu guru mendera anak murid, saman ibu bapa terhadap guru, guru saman guru, guru berperangai kurang sopan, dan sebagainya.

Tak tau salah siapa, sama ada guru ataupun pihak-pihak lain yang berkaitan. Sedangkan dulu pun rasanya ada juga isu-isu yang timbul tapi takde pulak yang macam hari ni, hingga sampai ke pengetahuan pihak media, dihebah-hebohkan dan diperbesarkan.

Adakah peranan dan kepentingan guru semakin diperkecilkan? Atau sikap sesetengah pihak yang memandangkan rendah terhadap guru? Atau masalah ini sengaja ditimbulkan untuk tujuan-tujuan tertentu?

Apa pendapat korang?

Guru Mengajar Tentang Kehidupan

Di kesempatan ini, AnarmNet dan semua pelajar serta bekas pelajar ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang telah mengajar kami tentang kehidupan di dunia ni.

Dari segi agama, cara hidup, cara berfikir, cara mengira tolak tambah darab bahagi (Matematik), cara bercucuk tanam (Kemahiran Hidup), adat dan adab dalam pergaulan, berapa kuat impak bila kereta eksiden (Fizik), jumlah gunung berapi dalam dunia (Geografi), formula-formula untuk buat BOM (Kimia), dan macam-macam subjek lagi semata-mata demi pengetahuan dan kesenangan kami pada hari ini.

Jasa dan penat lelah guru-guru dan cikgu-cikgu semua amat kami hargai. Walaupun dulu ada di kalangan kami merupakan murid-murid yang degil, tak dengar kata, suka melawan.

Tapi sekarang alhamdulillah dah dapat berfikir dengan lebih rasional dan rasa berbangga dengan didikan yang telah kami terima daripada seorang insan bergelar Guru atau Cikgu.

Setiap denda yang telah kami terima dulu kami anggap semua tu untuk tujuan mengajar kami. Kami semua sayang Cikgu.

Bangun semua.. Terima Kasih, Cikgu!

OK.. Murid-murid semua boleh balik. Balik tu hati-hati ye. Jangan ada yang nak melencong tempat lain pulak. Dan jangan lupa berikan pendapat dan komen korang semua tentang guru pada hari ini. Tak kisah dari segi apa pon.

20 Comments

  1. hehe..selamat hari guru kepada semua guru yang pernah mengajarku dan melempang pipi kesayangku.. :lol:

  2. Selamat hari guru kepada guru-guru dan bakal guru…Semua tu kenangan manis…kalau dulu pahit, sekarang dah manis…hehe
    .-= Post terbaru rashid di blog beliau.. Selamat Hari Guru. Dulu Lain Sekarang Lain. =-.

  3. kadang bukan cikgu yang ganas tapi mak bapak yang lebih2..cubit sikit pon nak melenting
    .-= Post terbaru Azizuan di blog beliau.. Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita =-.

    • @Azizuan, masalah mak bapak terlalu manjakan anak.. camni la jadinya.. sikit2 melenting.. sikit2 melenting.. cikgu nak mengajar pon susah.. budak2 ni sekali sekala kena jugak bagi rotan ke sebatan ke ape2 ke, baru cepat sikit ingat apa yang cikgu ajar..

      budak2 pon 1 hal.. baru kene sikit balik umah terus report kat mak bapak.. dulu aku pon penah jugak report2 kat abah aku, tapi aku yang kena balik.. abah aku cakap padan muka, sape suruh degil.. haha.. :lol:

  4. xsempat nak post entri untuk cikgu2..huhu
    Selamat Hari Guru pada semua cikgu yang baca entri ni:)

  5. ehh..dah terlambat ker??xpe ah..nk wish gak..selamat hari guru buat semua guru sek rendah,dan menengah..kepada cikgu B(square)…hepi tichers days…ahahahaha

  6. Selamat hari guru kepada semua guru :D
    .-= Post terbaru zuls di blog beliau.. Lalang – Halim Yazid =-.

  7. samat hr guru anarm..heheh
    .-= Post terbaru eiyda di blog beliau.. eiyDa: Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2 di Dunia!! =-.

  8. Aku dari tadi cuba ingat lagu guru macam mana
    Ala yang setiap kali hari guru mereka nyanyi. huhu
    sengan suara cover2 sedap hihi nak buat ala2 opera gitu kah3
    .-= Post terbaru Nizam6281 di blog beliau.. YOUTH10 FESTIVAL(MALAYSIA LARGEST YOUTH FESTIVAL) 2010 =-.

  9. SELAMAT HARI GURU!!

  10. Guru, jasa engkau tidaklah akan kita lupakan. Engkau adalah wira kami… :cwy:

  11. selamat hari guru utk sume dan termasuk utk diri aku sendiri..hikhik

  12. bestnyer dapat menyambut hari guru kan hehe :0
    .-= Post terbaru KNizam di blog beliau.. Facebook In Real Life! Hahahaha :) =-.

    • @KNizam, aku dah tak sambut dah hari guru.. sebab dah berada di alam pekerjaan.. cuma boleh tumpang gembira je dengan sambutan ni.. tu pon tengok dalam TV je.. hehe.. sambil2 tu dok ingat balik kenangan2 zaman sekolah.. memori berharga yg tak mungkin dilupakan.. :cheerful:

  13. Sekali kena rotan, mesti ingat sampai bila2.. Ingat lagi mase tu letak wallet tebal2 kt blkg, nk elak sakit kena rotan..

    Tak buat salah ape pun, lambat masuk kelas 5 minit, sikit je..heheh :whistle:
    .-= Post terbaru acaPAWN7 di blog beliau.. Selamat Hari Guru 2010 =-.

    • @acaPAWN7, tu nak diajar supaya menepati masa.. huhu.. kalo dah masuk alam pekerjaan, datang keje lewat 5 minit pon bleh kene buang keje.. ngeri siot.. kalo kene buang keje, nanti nak makan ape duit tadek? makan pasir? pasir bukan bleh wat masak lemak cili api pon.. hak3..

      aku penah kene rotan sampai butang kat poket belakang seluar tercabut.. ko bayang la kuat camne cikgu tu sebat aku.. zuuppp!! adehh.. :cwy: huhu..

  14. memang teringat akan jasa2 guru kita dahulu..
    sama2 kita doakan mereka
    .-= Post terbaru Syafrizal di blog beliau.. Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

    • @Syafrizal, teringat dulu asyik kene denda je ngan cikgu.. hehe.. memang rasa nak marah je.. tp sekarang ni rasa macam bende tu pengalaman manis plak.. rindu sangat2 dengan zaman sekolah.. huhu..

Leave a Comment