Selamat Hari Bapa, Happy Father’s Day 2011

Sambutan Hari Bapa 2011Masih teringat lagi hari pertama aku bersekolah. Sekolah tadika. Pagi-pagi lagi abah aku dah kejutkan aku untuk bersiap pergi sekolah. Abah aku mandikan aku. Lepas mandi, dia pakaikan aku pakaian seragam sekolah tadika.

Muka disapu bedak. Rambut disisir rapi, belah tepi. Hehe.. Lepas tu sarapan pagi sama-sama dengan abah aku, dengan emak aku, abang aku dan kakak aku.

Lepas sarapan, abah aku hantar aku pergi sekolah naik motor. Macam tu lah tiap-tiap hari berlaku dalam hidup aku sampai lah aku berani sikit pergi sekolah sendiri.

Abah aku baik. Tapi adakalanya bila dia dah naik marah, memang semua adik-beradik aku jadi takut. Lebih-lebih lagi aku. Dah banyak kali aku ‘makan penampar’ abah aku. Hanger baju pun dah banyak ‘singgah’ atas belakang badan, gara-gara aku terlampau nakal dan degil.

Abah aku memang tegas mendidik anak-anak dia. Mula-mula dia didik dengan lemah lembut. Bila didikan tu tak menjadi, dia akan membebel dan marah-marah (untuk tujuan mengajar).

Kalau tak dengar kata jugak, barulah didikan jenis ‘keras’ sikit akan diberi kat anak-anak dia. Anak perempuan pun takkan lepas kalau dah degil sangat. Sama rata je didikan yang abah aku bagi untuk anak-anak dia.

Antara 6 orang anak-anak abah dan emak, aku rasa akulah yang paling banyak terima didikan jenis ‘keras’ tu. Sampai satu tahap aku rasa macam aku ni dianaktirikan. Serius, dulu aku pernah benci abah aku. Huhu..

Tapi bila dah besar panjang, fikiran pun dah semakin matang, baru aku faham kenapa aku terima ‘didikan’ macam tu. Semuanya untuk membentuk aku jadi seorang yang berguna. Salah sikit je, penampar naik kat pipi. Pedih siot. Lepas kena tampar, memang takut dah nak ulang kesalahan, kedegilan dan sebagainya tu.

Tapi kadang-kadang ada juga yang terbuat. TER.. bukan sengaja nak buat ye. Hehe..

Selamat Hari Bapa 2011Hari ni, anak-anak abah dan emak semua dah besar panjang. 3 orang kakak aku dah pun berkahwin dan ada keluarga sendiri. Tinggal lagi 3 orang HERO yang masih terkontang-kanting mencari arah tuju dalam hidup.

Semua didikan yang diterima dari abah dan emak aku sewaktu dulu dijadikan panduan dalam menempuh cabaran hidup di dunia ni.

Terima kasih abah atas segala didikan yang telah abah bagi kepada anak-anakmu yang degil ni. Selamat Hari Bapa diucapkan.

Untuk emak, walaupun Hari Ibu dah lepas dah, anakmu ini ingin mengucapkan terima kasih sebab melahirkan kami dan curahkan kasih sayang yang tak berbelah bagi.

Terima kasih juga di atas segala susah payah membesarkan kami sehingga kami menjadi diri kami seperti sekarang ni. Jasa besar abah dan emak akan sentiasa kami kenang hingga ke akhir hayat.

Akhir sekali, jutaan rasa syukur kepada Allah kerana telah kurniakan kami Abah dan Emak yang terbaik dalam dunia! Sayang sangat-sangat kat abah dan emak aku.

19 Comments

  1. selamat hari bapa juga buat Arnam…aku pun sayang bapa aku..berbuat baik lah sementara mereka masih hidup…nanti kut2 menyesal kalo kita derhaka ibubapa kita bila mereka telah tiada…

    • @Nine, ha ah.. jangan derhaka terhadap kedua org tua.. kadang2 kita rasa mcm takde buat penderhakaan tapi dalam tak sedar mungkin kita ada buat.. tak perasan.. so, minta maaf jela walaupun kita rasa takde buat silap.. bermaaf-maafan tu kan amalan yg mulia.. :D

  2. Bila dah jadi bapa, kita pulak akan buat macam tu kat anak-anak. Tentu ada sebab kalau abah kita buat hukuman kat kita,

    • @afzal laidin, memang bersebab pon.. tapi kita bila dah ada anak, cara kita mendidik anak2 kita tu mungkin tak sama macam yg kita dapat dari ayah kita.. munkin lain sikit atau mungkin tak sama langsung.. asalkan didikan tu memberi manfaat untuk anak kita dah la.. cara didikan tu terpulang.. tak gitu?

  3. Ada baik nya bapa kita mengenakan hukuman keras ,aku dulu masa kecik-kecik selalu jugak kena,bila dah besar ni,kita tahu la semua tu adalah demi untuk menjadikan kita sebagai orang yang berguna satu hari nanti
    Selamat hari Bapa

    • @wazy, betul tu.. tapi dah besar panjang sekarang ni dah tak kena dah.. paling teruk pon kena marah je.. sebab tido melampau, tengahari takpon petang baru bangun.. dah malam dok main twitter, facebook, update blog je sampai ke pagi.. hahaha..

  4. Memori dulu-dulu memang susah nak dilupakan kan?
    Selamat hari bapa kepada bro anarm. :)

    • @akubiomed, aku pernah rasa macam tak adil.. org lain tak pernah kena tangan dengan bapa diorang.. tapi aku selalu kena tangan.. padahal nakal aku dengan budak2 lain tu sama je.. tapi, rupanya… lain bapa, lain cara mengajar.. dan aku faham kenapa ajaran macam tu yg aku terima dr abah aku.. ajaran yg sampai sekarang buat aku ingat.. ingat sampai bila2.. memang berterima kasih sangat2 la kat abah aku sebab bagi ajaran macam tu dulu.. kalo tak, aku tak jadi ‘orang’ la kot sekarang ni.. huhu.. yeahh.. hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *