Selamat Datang Tahun 2014

Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua rakan, sahabat dan kenalan serta pembaca setia blog AnarmNet. Rasa macam sekejap je masa berlalu pergi, kan?

Tahun 2013 sudah pun meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit dan manis, dan kini tahun 2014 pula menjelma dalam hidup kita semua.

Cabaran dan dugaan macam mana agaknya yang akan kita hadapi tahun ni. Rasanya masing-masing dah menanam azam tahun baru 2014. Begitu juga aku.

Semoga cabaran dan rintangan yang bakal kita tempuhi nanti takkan jadi penghalang untuk kita semua mencapai azam tersebut.

Selamat Tahun Baru 2014

Sambil menanti saat-saat akhir tahun 2013 melabuhkan tirai tadi, aku duduk di rumah je layan program Sembang Ambang 2014 bersama Ustaz Azhar Idrus. Program anjuran MMK Agama Islam dan Halal Penang ni disiarkan secara langsung melalui YouTube.

Mulanya ingat nak keluar dengan wife aku pergi jalan-jalan, tengok bunga api ke. Tapi bila fikir-fikir balik, duduk rumah jela dengar ceramah UAI lagi bagus.

Kalau keluar pun mesti jalan jem teruk sebab ramai pergi sambut countdown Tahun Baru 2014. Nak bersesak-sesak memang tak lah. Buat penat badan je.

Sembang Ambang 2014 bersama Ustaz Azhar Idrus

Banyak perkongsian ilmu dan peringatan daripada siaran langsung Ambang Tahun Baru 2014 bersama Ustaz Azhar Idrus tadi yang diadakan di Dataran MPSP Butterworth, Pulau Pinang.

Siaran secara langsung melalui YouTube dibawakan khas oleh ZonKuliah dengan kerjasama penuh Kerajaan Pulau Pinang.

Sembang Ambang 2014 bersama Ustaz Azhar Idrus

Selain Ustaz Azhar Idrus, sambutan Ambang Tahun Baru 2014 di Pulau Pinang turut membawakan nama-nama besar antaranya Kumpulan Saujana, Hafizh Syahrin (pelumba motor Grand Prix), Pierre Andre dan Syamsul Yusuf.

Jumlah audience yang hadir ke program ni lebih kurang 30,000 orang. Mantap!

Apa-apa pun, sempena tahun baru 2014 ni diharap segala apa yang kita hajati akan dimakbulkan dan segala kekurangan pada tahun lepas juga dapat kita perbaiki. Semoga kita semua akan lebih berjaya pada tahun ini. Aminn..

SELAMAT TAHUN BARU 2014.

26 Comments

  1. Selamat Tahun Baru Anarm dan Isteri, semoga tahun baru ini akan menambahkan lagi nikmat berumahtangga dan dilimpahkan rezeki lebih lagi.

    Semoga azam tahun baru nanti tercapai juga.

  2. Aku layan transformers je kat rumah. Kalu tau pasal UAI, memang wajib la aku tengok. rugi rugi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *