Selamat Bercuti Tahun Baru Cina 2013

Tadi baru selesai buat persiapan nak balik rumah mertua. Cuti Tahun Baru Cina ada 4 hari sempat la nak balik kampung di Kelantan.

Lagipun kat kampung ada buat majlis sikit nanti. Abang ipar dan kakak ipar dapat baby baru. Dapat baby kembar DUA, lelaki dan perempuan. Bestnya dapat baby kembar.

Persiapan balik kampung cuti Tahun Baru Cina

Aku dan wife plan nak bertolak pukul 4:00 pagi nanti. Solat Subuh boleh berhenti kejap kat mana-mana tempat yang ada surau. Harap-harap jalan tak jem. Kalau jem pun jangan la jem yang melampau sangat.

Semoga perjalanan kami dilindungi dan dipelihara daripada sebarang perkara yang tak diingini. Aminn..

Kain seluar baju semua dah packing masuk dalam satu beg. Kitorang biasa balik kampung bawa kain seluar baju cukup-cukup je. Malas nak bawa banyak-banyak sangat. Penat nak angkat beg.

Kalau pakaian tak cukup, kat kampung nanti kain baju yang mana rasa dah kotor tu boleh terus basuh dan pakai balik.

Sementara menunggu pukul 4:00 pagi, nak setelkan dulu mana-mana kerja yang belum siap. Dah siap buat kerja baru best sikit nak bercuti. Kerja-kerja yang selanjutnya boleh sambung sikit-sikit semasa di kampung bila ada masa terluang.

Selamat Bercuti Tahun Baru Cina 2013. Siapa dah dalam perjalanan pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya.

Kalau tengah drive tu rasa mengantuk, berhenti dulu berehat atau tidur sekejap. Jangan bahayakan diri sendiri memandu dalam keadaan mengantuk. Mungkin juga boleh bahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Bagi yang baru nak bertolak pulang ke kampung, jangan lupa baca doa sebelum mulakan perjalanan.

11 Comments

  1. Tinggal menghitung beberapa hari lagi akan tahun baru Cina 2014
    Selamat tahun baru Cina 2014 buat yang ngerayakannya

  2. Hari ini saya mulakan perjalanan menghala ke selatan. Tiba di Nilai dan Seremban sudah menjangkakan kesesakkan. Mana kala menghala ke utara bermula dari Rawang sudah nampak kenderaan berduyun-duyun.

  3. selamat tahun baru cina dan selamat bercutui kepada bro .. :)
    Nak balik kampung, pandu dgn cermat ya :)

  4. jarang dengar ibu dapat kembar laki dan perempuan…
    selamat bercuti dan balik kampung…. semoga selamat pergi dan balik ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *