Rasa dipanggil-panggil je untuk join Segmen Saya Mahu Ditegur anjuran blogger Eyriqazz. Segmen ni dianjurkan bagi memberi peluang kepada blogger lain untuk menegur atau mengkritik blog-blog peserta segmen.
Teguran bagus untuk kita perbaiki kelemahan dalam blog kita.
Teguran dan kritikan boleh diberi melalui ruangan komen di blog-blog rakan blogger yang turut serta dalam Segmen Saya Mahu Ditegur ni.
Ini merupakan kali pertama rasanya aku join segmen anjuran rakan blogger. Sebelum ni tak pernah join mana-mana segmen.
Untuk “Segmen Saya Mahu Ditegur” rasa macam menarik pulak sebab tu aku join. Teringin nak tahu pendapat orang lain tentang blog aku.
Segmen Untuk Memberi Teguran
Aku perlukan teguran dan kritikan daripada rakan-rakan blogger tentang blog AnarmNet ni. Teguran daripada semua mungkin boleh bantu aku tingkatkan mutu blogging dan perbaiki setiap kekurangan dan kelemahan yang ada dalam blog ini.
Kadang-kadang sebagai pemilik blog mungkin tak perasan ada sesuatu yang tak kena pada blog. Tapi semua tu dapat dilihat oleh pelawat dan pembaca.
Lagipun blog ni dibuat untuk bahan bacaan umum. Jadi, kenalah buat mereka rasa selesa datang bertandang ke sini.
Dengan adanya “Segmen Saya Mahu Ditegur” aku harap rakan-rakan semua yang membaca blog AnarmNet dapat beri teguran dan sebarang pendapat dengan penuh jujur dan ikhlas.
Boleh tegur sama ada dari segi rekabentuk theme blog ni, cara penulisan dan sebagainya.
Aku amat alu-alukan sebarang teguran positif mahupun negatif yang mampu buat blog aku ni jadi lebih mantap dalam semua aspek.
Terima kasih.
Komen saya… Blog ini kemas & simple. Kalau sidebar tu tambah apa-apa yang menarik pun OK rasanya sebab agak kosong.
bila buka blog nie banyak info menarik yang aku nak tahu….bukan citer picisan jer….tapi maklumat yang perlu kita tahu….
Saya tengok ok je…laju dan kemas. Rajin masuk cuma jarang komen..segan hehe
segan aje pun..:D
dulu masa aku masuk blog ko..buruk.ahahaha.dulu le..skang ni dah lain aku tgk..dah ok dah ni..dulu tu..lama beb..zaman WC dulu..hehehee
Tak tahu nak tegur blog anarm macam mana. Nampak everything dah perfect.
suka sebab blog anarm.net kemas dan senang dibaca. Kerap post entri yang memberi content yang bermutu
satu je..
gambar tu garang sangat..hahahaha
Dah lama follow blog ni,antara blog yang paling kemas dan cantik
blog yang kemas teratur x de benda nak komen datang blog saya tolong tegur juga ya apa yang kurang.
Emm secara keseluruhan mata kasar ni nampak dah ok..sungguh menarik kemas dan paling best loading laju..pakai BB line merapu meraban sekali boleh jugak masuk blog ni..haha
salam perkenalan daripada saya.
blog yang simple dan menarik. konsep 3 tone (3 warna) digunakan untuk menaikkan daya tarikan blog.
blog Anarm mestilah mantop. kadang2 segan saya nak tinggalkan komen.. huhu
nothing to criticize ;)
Asslam…
Sy dari segment yg sama..
Komen sy..Blog ni dh ok dh..
Simple & kemas.. :-)
Salam Jumaat dari Jaakechik. Jaa datang dari segmen yg sama jugak.
http://www.jaakechik.com/2013/09/segmen-saya-mahu-ditegur.html
bagi jaa log ni tak perlu nak komen apa dah. sumenya complete, cantik dan terbaikkk!!! takde salji, takde hujan, takde musim luruh bagai… keh keh keh…
Salam sdr. Anarm Khairul,
Blog ni memang dah menarik dan kemas. Rilex jer biji mata nak membaca. Kat side bar tu ok gak kalau letak kategori utk entri. Walaupun rasa tak layak nak tegur, tapi sekadar pandangan jerlah. :)
tak dapat tegur blog ini sebab aku baru berjinak dengan wordpress baru mulai belajar tak tahu apa yang kurang dengan blog ini
Assalam..
Blog ini sangat kemas dan tiada ruang untuk saya memberi komen negatif..
muja tak tahu nak comment apa kat blog ni,, hehehe,, i just love it,, everything is at suitable place cuma blog loading slow sikit but still tolerable.. good job!! :D
Salam, Nor pun join segmen ni :).
Komen daripada Nor :
1. Blog boleh tengok di mobile.
2. Penampilan di mobile sama dengan desktop.
3. Loading ok di desktop dan mobile.
Selamat bersegmen :)
Salam anarm..t.kasih teguran yg membina diblog sy.
teguran sy di sini : tiada cuma nak belajar camana nak dapatkan design sekemas blog ni.
p/s menjawab pertanyaan berkenaan 3 comment boxs berlainan adalah bersebab..
antaranya ialah memenuhi kehendak pembaca yg tak dpt komen guna widge g+, dan sy suka g+ yg begitu menyumbang kpd pv/uv ke blog sy. dan banyak g kelebihan g+ kpd blogger umumnya.
Waalaikumussalam. Terima kasih sebab buat kunjungan balas ke blog ni.
Design blog ni banyak rujuk pada contoh2 blog omputih. Tapi kadang2 main belasah jugak
hehe.
1# footer kool & sempoi ! bukan tegur, puji ni.hehe
2# tukar font je bro. aku suka font yang nipis.hehe
tu je :P
Terima kasih sebab puji. Hehe.. Font kat blog ni tebal ke? Font bahagian mana yang tebal? Rasanya cuma setting font tebal kat title entri je. Font kat content memang dah nipis, semua pakai standard sans-serif..
Jarang2 sempat datang blog ini, suka theme blog bro lebih2 lagi bahagia footer link tersusun rapi
homepage juga menarik ade first impression :)
Terima kasih atas pendapat yg diberi.. Footer blog ni kalau ikut design theme asal dia agak serabut sikit. Jenuh jugak nak edit code dia sebab pakai theme free, nak kena edit macam2.. Kalau theme berbayar mungkin senang sikit nak edit..
pada pandangan saya blog bro dah ok dah, saya setuju bab header tu, kcil tapi kalau design lawa dan memang boleh brandingkan blog bro ni memang cukup bagus dah.. Dari segi load memang superb..
Terima kasih. Header blog ni cuma letak logo je. Tapi logo yang betul-betul rasmi masih mencari. Tak dapat2 lagi idea nak design logo yg cantik.
Saya suka susun atur blog ni,nampak seperti blog Pro.Setakat ni tak nampak cacat cela blog ni. 5 star!
Wow!! Dapat 5 bintang. Tengkiu.. Tengkiu.. :D
salam..pendapat saya blog ni ohsem dan tak perlu ditegur dah :D
Waalaikumussalam.. Terima kasih atas pendapat tu..
Aku pun sokong dengan komen untuk ko update blog setiap hari sebab aku singgah hari-hari sebab suka gaya penulisan yang mudah difahami
Memang nak update blog hari2 cuma kadang2 tak sempat. InsyaAllah akan tingkatkan lagi usaha sampai dapat pastikan blog ni dikemaskini setiap hari..
Terima kasih atas komen yang diberikan..
assalamualaikum :D
Blog ni sebenarnya sedap mata memandang,
Penulisan yang mantap
tak tahu nak tegur apa :D
Teguran saya :
1) Blog agak kemas dan menarik. Cuma, header tiada?
2) Blog masih kurang promosi. Hehehe..
3) Kongsi2KAN entri untuk pembaca belajar..saya tahu bro banyak ilmu i.e. tutorial menghasilkan banner, tips dan perkongsian seorang suami, dan fulltime blogger….
Theme blog ni asalnya ada header besar, tapi kurang berminat dengan header besar dalam blog. Nak buat macam blog ProBlogger.net just pakai logo je. Cuma design logo belum ditetapkan lagi.
Blog ni memang kurang promosi. Hehe.. InsyaAllah akan diperkuatkan lagi promosi untuk buat blog ni jadi lebih dikenali.
Bab perkongsian entri jenis tutorial, tips dan sebagainya tu akan buat jugak. Sekarang ni main tulis je idea yg terlintas dalam fikiran.
Terima kasih sebab bagi teguran. Banyak lagi perlu diperbaiki blog ni..
Selamat petang..
Datang sini membalas teguran..
Since saya pun baru kenal blog ni, so tak tau nak komen apa..
So far, semua okay.. Susun atur kemas.. Loading pun laju..
Widget follower memang tak de ke?
Btw, terima kasih kerana sudi singgah dan komen di blog Mieza.. =)
Terima jugak sebab singgah dan komen di blog ni..
Widget follower maksudnya yang Google Friend Connect tu ke? Widget tu memang takde sebab Google dah stop service tu untuk blog selain Blogspot. Blog ni pakai WordPress. Widget tu boleh guna di Blogspot je.
Tapi ada option lain untuk follow.. Boleh langgan RSS Feed, follow di Google+ atau lain2..
alaaaa… tak tau nak komen apa :)
Salam..
Dari segmen yang sama.
Blog yang kemas dan tiada masalah.
Mempunyai informasi yang sangat berguna.
Keep it up :)
Waalaikumussalam.. Terima kasih atas komen yg diberikan..
Tak ada benda nak komen. almost perfect.
Terima kasih atas pandangan. Tapi rasa macam banyak kekurangan lagi kat blog ni..
Salam Singgah Kembali.
Tak banyak nak tegur. Dah baik blog bro dari segi design dan layout. Rasanya ni theme baru kan.
Waalaikumussalam.. Terima kasih sudi singgah.. Theme blog ni dah lama guna.. Dah 2-3 tahun tak pernah tukar lagi..
dah macam trademark dah…mmg setialah bro!
hehe
Ini kunjungan balas saya. Nak tegur saya tak berapa berani selepas membaca biodata tuam empunya blog.
1. Kemas susunatur blog ni, template putih kegemaran saya.
2. Saya nak cari artikel artikel lepas tak jumpa plak ARKIB blog ni.
3. Blog ni ada commentluv satu daya penarik dan PR nya 2. Boleh datang sini selalu dan komen.
all your best bro.
Terima kasih sebab sudi datang ke blog ni.. Kalau nak baca artikel2 lepas boleh klik pada menu “ARKIB” kat bahagian atas blog. Dah buat satu page khas untuk arkib, ada senarai artikel2 yang pernah ditulis dalam blog ni.. Semua boleh tengok kat page tu..
blog ni cukup puas hati rasanya, banyak boleh belajar kat sini :)
suka dengan paparan diblog ini..ia simple, ringan dan tak menyakitkan mata
blog ni pada pandangan pertama waktu pertama kali den jejak, den dah rasa sikit sikit kenal dengan penulis, thanks to widget about me, etc.
bab template den tak de nak komen, pada den sempoi tu best, senang nak baca entry.
navigation pun senang. den suko blog yang senang nak navigate ^^
“About Me” tu penting bagi sesebuah blog. Pelawat akan lebih berminat nak baca blog kita bila dia kenal siapa kita.
Tambah2 kalau tuan blog tu hensem (blogger lelaki) atau sangat cantik (blogger perempuan)..
hehe blogger comel comel selalu dapat perhatian bab ni :D
nak2 hensem dan kacak serta lagi tough macam bro anarm..terbiaklah!
payah nak tegur blog ni, cukup segala rencahnya, sesedap rasa… memang berpadanan dengan adminnya :)
Terima kasih. Kalau ada nampak mana2 yang kurang rencah, boleh la bagi teguran sikit. Anytime..
Saya suka blog ini pertamanya dari segi theme, kemas, basic dan mudah tidak berserabai…lambang keilmuan.
Dari segi penulisan pula santai dan tidak berat. Kira ok dan mudah difahami.
Terima kasih atas pandangan yang diberikan. :)
Salam bro..
Tiada apa yang dikomen sangat , blog bro dah hebat dah dari kacamata den…cuma mungkin perlu update blog selalu , pasti akan menjadi lebih hebat…:)
Bab update blog selalu tu yang ada masalah sikit. Hehe. Kadang2 tak sempat. Tapi InsyaAllah akan cuba. Kalau update blog hari2 memang blog boleh jadi lebih hebat. Tak dinafikan lagi.
Tempoh hari kena keteguran anak ikan Nuffang. Baru sekarang nampak hasilnya. Rezeki siapalah tahukan.
saya pun nak ditegurrrr
Perlu pertimbangkan dan sertai ni…bukan senang nak dapat pandangan org lama dunia blogging ni…
ramai juga yang join segmen nih ye.. :)
blog hang takde salji. Tu je yang kurang.
Bagus betullah segmen camni…boleh pertingkatkan mutu blog kita..
ambe takat ni takde cadangan lagi utk blog ni..nak kena datang lebih kerap…kot2 ada meggi ketam nanti..hehe
Yup, memang bagus segmen macam ni. Bila lagi nak mintak orang kritik blog kita. Takut syok sendiri je. Kalau ada yg tegur boleh la perbaiki serba sikit yg mana kurang.