Sedapnya Ketupat Sotong

Tengah melepak kat luar rumah petang semalam isteri tercinta bawakan santapan ketupat sotong dengan air kopi panas.

Best betul ada isteri. Dapat layanan macam raja. Yang belum kahwin tu cepat-cepat la kahwin. Couple lama-lama buat apa. Buang masa je. Hehe..

 sotong pulut air kopi

Entri ni bukan nak buat orang bujang jeles dengan orang dah berkahwin, tapi nak cerita tentang ketupat sotong iaitu sotong yang diisi pulut dalam perut dia.

Wife aku panggil Ketupat Sotong. Aku panggil Sotong Pulut. Tak penting apa pun nama dia, yang penting rasa sotong pulut ni sedap. Rasa dia manis-manis. Sedap dimakan pada waktu petang bersama dengan air kopi panas.

Resepi ketupat sotong atau sotong pulut ni aku biasa makan semasa berada di Kelantan je. Kat negeri-negeri lain tak pernah ternampak lagi. Tak tau resepi ni asal dari negeri mana.

Sesiapa nak cuba resepi ketupat sotong macam ni boleh cari di Google – “Resepi Ketupat Sotong“. Aku malas nak copy paste hakcipta orang lain.

19 Comments

  1. ooo…kaler dia lain sikit ngn ketupat sotong Ganu…tp rasenya pasti sodap!

    mengidam pulak rasanya… :biggrin:

  2. Ha..ha..sotong makanan kegemaran ku,walaupun dimasak dengan apa sekalipun,sotong memang sedap,apalagi kalau sotong bakar….huh…!!!

  3. waa..1st time gak dengar ni..nanti nak try jugak la kalau ada terjumpa…saya menyesal bro kahwin lambat..hahaha

  4. walaupun sy org Kelantan, selama hidup ni tak pernah jumpa pn lg ketupat sotong. Kt pasar malam pun mcm susah jumpa je. eventho mcm popular gak la. Selalu dgr. Haha

    • @akubiomed, Ha’ah.. Rasa dia manis.. Sesetengah orang tak suka sangat makanan manis.. Tekak orang Kelantan ni benda manis-manis tu la yg sedap.. Tapi kalau manis sangat tak sedap jugak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *