Sedapnya Karipap Mini

Tak tau kenapa sekarang ni tekak rasa nak makan karipap. Dari minggu lepas lagi. Lepas tu ternampak pulak gambar Karipap Mini semasa aku blogwalking di blog EjamOthman.com.

Terus aku order 2 balang dengan dia. Harga 1 balang cuma RM8.00 dan mengandungi 50 biji karipap mini yang sedap.

karipap mini

Beli Karipap Mini

Karipap Mini yang aku order ni sampai pada hari Sabtu lepas tapi takde orang kat office sebab hari cuti. Posmen tinggalkan notis untuk pungutan je.

Semalam aku pergi ke pusat PosLaju untuk ambil Karipap Mini yang dihantar oleh bro Ejam Othman.

Terdapat 2 pilihan Karipap Mini disediakan iaitu dengan inti Kacang dan Serunding Ikan Bilis. Aku beli yang inti Serunding Ikan Bilis sebab tak berapa gemar sangat dengan kacang.

karipap mini sedap

Malam tadi aku dengan wife makan Karipap Mini sambil tengok TV. Layan jugak sampai tak sedar dah nak habis 1 balang. Nanti dah habis 2 balang yang aku beli ni boleh order lagi kot.

Wife aku cakap kalau ada inti ayam atau daging mesti lagi sedap.

Sape nak order Karipap Mini sedap ni boleh contact bro Ejam Othman atau boleh lawat Facebook page dia — Sedapnya Karipap Mini.

20 Comments

  1. kalau inti kacang macam mana ek rasanya… Huhu. Den pun biasa makan inti serunding, mungkin nanti boleh cuba order yang inti kacang pulak.. Hehe. :D

  2. terima kasih kerana membeli dan review ini bro. :)
    memang ramai tanya kalau ada serunding daging mesti lagi best tapi pengeluar belum hasilkan produk tersebut sebab kos daging mahal agaknya.

    InsyaAllah bulan depan akan ada produk lain pula di bawah jenama yang sama.

Leave a Reply