Hari ni isteri aku belanja makan Sate Kajang. Lepas ambil isteri balik kerja petang tadi terus pergi Restoran Sate Kajang Hj. Samuri yang kat Bangunan Dato’ Nazir dekat traffic light bandar Kajang.
2 kali pusing mencari parking kat bahagian luar. Semua penuh.
Lepas tu try masuk dalam pulak. Sementara aku pusing cari parking kereta, isteri pergi order sate yang nak bungkus bawa balik.
Selepas 2 kali pusingan lagi kat bahagian dalam akhirnya jumpa juga parking kosong. Ramai betul orang datang makan sate sampai tempat letak kereta luar dan dalam semua penuh.
Lepas isteri dah order sate, staf kat situ beritahu nak kena tunggu 45 minit sebab ramai yang order bungkus. Lama betul.
Aku dan isteri sempat jalan-jalan tengok kedai kat bahagian luar bangunan Sate Kajang. Kedai-kedai tu ada yang jual buah-buahan, jual mainan, beg, tudung, bantal, kain selimut, topi, spek mata RayBan, dan banyak lagi.
Lebih kurang 20 minit menunggu aku dah start rasa bosan. Aku pergi tanya kat kaunter tempat ambil sate yang diorder. Rupanya dah siap bungkus.
Masa nak ambil sate tu aku ternampak banyak kertas. Aku pun ambil satu dan bawa balik.
Servis Penghantaran Sate Kajang Hj. Samuri
Ini dia kertas yang aku ambil di Restoran Sate Kajang Hj. Samuri tadi. Sekarang dah ada servis hantar Sate Kajang terus ke rumah. Tak tau pula aku bila diorang start buat servis ni.
Macam ni dah kira sangat bagus. Senang sikit nak makan Sate Kajang nanti.
KAWASAN PENGHANTARAN SATE KAJANG HJ. SAMURI
Bangi, Kajang dan Putrajaya
WAKTU TEMPAHAN SATE KAJANG
10.30 pagi – 5.30 petang
WAKTU PENGHANTARAN SATE KAJANG
12.00 tengahari – 10.30 malam
(Hari Jumaat 4.30 petang – 10.30 malam)
Untuk penghantaran, sila hubungi 019-955 6318.
Next time aku nak cuba servis Sate Kajang Hj. Samuri Delivery ni. Tunggu kat rumah best sikit boleh santai-santai tengok TV atau main laptop sambil tunggu sate sampai. Tak payah nak berdiri dan beratur tunggu giliran sate siap.
Mmmm.. memang sedap sangat satay kajang ni.. tambah-tambah makan masa open house beramai-ramai dengan kawan-kawan memang lagi lah menyelerakan..
wahhh senang sangat la pasni. Aku memang suke makan sate. Pasni call je la. tak payah susah2 nak pegi kajang. Dah la x bape expert nak drive area situ.
yang di bangunan PKNS tu cawangan dia jugak ker
Dulu pernah kunjung sate haji samuri cawangan kat kl.. huhu.. orang mg ramai. mungkin terlalu ramai sampai x sempat nk masak daging tu betul2.. adoii liat. tapi kawan2 lain penah bgtaw kat tempat lain diorg pergi okay je.. mungkin hari tu nasib tak baik :-D
Wah ini sudah bagus. Xyah nk pegi dan beratur lagi nak makan sate. Order je dari rumah. Persaingan kpd mcd. Good!
Seriously? heheh bagus tu
Lepas ni boleh la buat yang frozen pulak hantar pos laju kat kami di Pantai Timur ni…sesekali nak juga merasa sate kajang..
Wow best nya dah ada delivery gini. Kena cuba try sekali macam mana. Sebab kalau tunggu kat kedai nya pun boleh mengambil 20-30 minit (bila ramai orang) so kalau delivery ni akan ambil masa atau tidak..
Kena luaskan lagi la kawasan penghantaran. Lagi best mana2 cawangan dia sekitar KL ni pun blh buat penghantaran.
Hj. Samuri kena buka cawangan baru tu. Barulah liputan meluas.
Senang ada penghantaran sampai ke pintu rumah.
harga yang delivery tu sama tak ngan makan kat kedai atau dia hanya caj tambahan delivery jer?
waa…dah lama tak pekena sate kajang hj. samuri ni. ades, xda hantar sampai perlis ka? :(
Nampaknya diorang dah buat inisiatif yang advance dari pengusaha sate lain… kena tanya jugak kan ada ke minimum order…. kalau setakat LIMA CUCUK diorang layan ke…?
Macam besar tempat restaurant sate tu. Ramai orang komform mesti makanan sedap.
lepas ni diorg dah kena buat pandu lalu jer…lagi mudah tak payah nak pusing2 cari parking kan. :)
Bagus la diorang dah buat delivery..kurang ckit orang pergi makan kat sana..hantar kat rumah terus. yang mana mengidam nak lepak kedai je pegi sana. hehehe
My faberet! Sedapnyaaa sate kajang, sate kajang memang terbaik bagi ena. Bila nak belanja ena ni?/ ekekekekekeke
segalanya di hujung jari.. ada lawan dengan home delivery yang lain
apa kata ko order dan hantar ke rumah aku.. tapi siap bayar lah. eh leh bayar maybank2u ke? hehehehe
Kalau dah hantar ke rumah hang..kira skali lalu la hantar ke rumah aku skali…
Bayar bila sate sampai kot.. COD..