Setiap kali hari cuti Sabtu dan Ahad, ini lah sarapan pagi aku (bila my wife tak sempat nak buatkan breakfast). Maklum sajalah, wife aku kerja Sabtu Ahad. Dia cuti hari Isnin Selasa je.
Dan aku pulak kalau buat breakfast sendiri memang failed! Haha. Lepas hantar wife ke stesen KTM, singgah kedai mamak berdekatan rumah bujang dulu untuk menikmati nasi lemak.
Hari ni sarapan makan nasi lemak dengan teh o ais. Tekak ni rasa nak minum ais pulak. Ada orang cakap, kalau dah kawin ni tak berapa elok minum minuman sejuk dan berais sebenarnya. Aku pun tak tau sangat kenapa.
Mungkin takut beri kesan kurang baik pada tenaga batin yang akan mengganggu ‘hubungan’ suami isteri. Agaknyee.. Hehe.
menyelerakan betul tambah lagi perut tengah berkeroncong ni,,,
ni kalau musim panas ni laju jek ais2 ni….
Hahaha..betul dah tu..tak elok diamalkn..sekali sekala ok jer..anarm muda lagi..tenaga batin harus dijaga sebaik-baiknya..hahahaha
@Hafizul, hahahahaha…kelakar :cool:
Kalau ikut kajian saintifik yang aku pernah baca, sebenarnya minuman berais/sejuk ini juga ada peranan positif yang tersendiri dalam badan kita, tapi orang kita dah terbiasa dengan petua atau pantang larang yang di ajar turun temurun.
minum aje..takde kaitan saintifik yang kata leh lemah tenaga batin minum ais. haha..
Arwah pak Mertua saya tak sah kalau pagi tidak minum air ais. Anak 10 orang dan hisap rokok gudang garam lagi. :-)
Akak memang jarang2 minum ais…jarang sangat. Terbiasa mungkin. Dulu2 pantang coz ada asthma so mak pantangkan betul le ais tu. Sekarang ni dah terbiasa ko, tengahari rembang pun still oder air panas.
Paling penting tak minum ais ni utk kesihatanlah kan. Tak kira le kesihatan yg cam ner…okeh :cool:
sebab tu dah betul, maka kurang-kurangkanlah yer ais tu.
ais juga melemahkan badan sebenarnya selain part yg batin2 tu.
@ejam, oo.. macam tu.. yang lain tak kisah.. part batin2 tu yang kena jaga.. boleh jadi punca krisis jugak tu.. hehe..