AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Makan-Makan » Santapan 29 Malam – Buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort

Santapan 29 Malam – Buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort

02/06/2014 Anarm 8 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Malam hari Jumaat lepas sempat luangkan sedikit masa untuk penuhi jemputan makan buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort dengan beberapa orang rakan blogger.

Aku, Melastik Bintang dan Eizil naik satu kereta pergi ke lokasi Tropicana Golf & Country Resort. Pertama kali aku datang sini.

Tropicana Golf & Country Resort

Bila masuk dalam untuk register nama, tengok ruang makan kat situ sangat luas dan selesa. Boleh memuatkan lebih kurang 300 pengunjung dalam satu masa.

Kemudahan surau dan buggy pun ada disediakan bagi memudahkan pengunjung yang datang untuk makan kat sini serta kemudahan parking lebih kurang 600 parking disediakan.

Suasana di Tropicana Golf & Country Resort pun menarik. Siap ada live band. Dengan suasana macam tu rasanya sesuai datang bersama isteri, keluarga mahupun rakan-rakan untuk sama-sama nikmati pelbagai hidangan enak yang disediakan.

Buffet Ramadhan “Santapan 29 Malam”

Hidangan yang kitorang rasa malam tu diberi nama “Santapan 29 Malam” iaitu buffet sempena Ramadhan yang akan disediakan oleh Tropicana Golf & Country Resort, club house terbesar di Malaysia selama 29 malam sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Dewan buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort

Buffet Ramadhan "Santapan 29 Malam" di Tropicana Golf & Country Resort

Di Tropicana Golf & Country Resort ni, mereka menyediakan 23 gerai yang lengkap dengan pelbagai hidangan makanan, selain kaunter buffet untuk kuih-muih, buah-buahan termasuk hidangan-hidangan lain.

Main course menyediakan pelbagai juadah local, Chinese, Indian, Japanase dan Western Cuisine dengan juadah melalui ‘rotation basis’. Tak mampu rasanya aku nak cuba semua hidangan sebab terlalu banyak makanan yang ada.

Antara menu yang menarik minat aku adalah roti jala dengan kuah durian, makanan kegemaran aku sejak dari dulu lagi.

Roti Jala dengan Kuah Durian, hidangan buffet Ramadhan "Santapan 29 Malam"

Selain roti jala dan kuah durian, ada banyak lagi menu lain yang disediakan seperti Nasi Itik Panggang, Bakso, Sate, Roti Canai, Nan, Gulai Kawah Ayam Kampung, Nasi Goreng Taiwan, Kambing BBQ, Cekodok, Keropok Lekor, Cucur, Ubi Kayu, Sup Gear Box, Nasi Arab Kambing, Yong Tau Foo, Kacang Pool dan banyak lagilah.

Nasi Itik Panggang hidangan Santapan 29 Malam buffet Ramadhan

Menu itik panggang buffet Ramadhan Santapan 29 Malam

Itik Panggang, tak sempat rasa sebab ramai sangat orang beratur

Gulai Kawah Ayam Kampung Santapan 29 Malam Tropicana Golf & Country Resort

Gulai Kawah Ayam Kampung ni sempat rasa sikit. Memang sedap!

Yong Tau Foo buffet Ramadhan

Hidangan yang aku makan malam tu semuanya sedap belaka. Beberapa kali aku bangun dari kerusi untuk ambil makanan lain.

Cuma rasa kecewa sikit sebab hidangan Nasi Arab Kambing aku tak sempat makan sebab masa tu perut rasa dah terlampau penuh, dah tak boleh makan lagi.

Terpaksa tengok je orang lain makan dengan penuh berselera.

Air minuman Tropicana Golf & Country Resort

Air minuman sedap di Tropicana Golf & Country Resort

Tapi takpe, lain kali boleh datang makan lagi kat Tropicana Golf & Country Resort ni. Harga buffet dia pun tak mahal sangat.

Pre-Sales voucher pada harga istimewa RM60++ (dewasa) dan RM30++ (kanak-kanak) sehingga 20 June 2014. Selepas tu, harganya adalah RM80 – RM85 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak).

Sekiranya anda berminat untuk mencuba hidangan di sini, bolehlah berkunjung ke alamat berikut:

Tropicana Golf & Country Resort
Jalan Kelab Tropicana
47410 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel : + 603 7804 8888
Fax : + 603 7804 3688
Email : [email protected]
Web : tropicanagolf.com

Kway Teow Goreng Penang di Tropicana Golf Resort
Nasi Goreng Taiwan, buffet Ramadhan Santapan 29 Malam
Udang buffet ramadhan Santapan 29 Malam

Menu Santapan 29 malam (Buffet Ramadhan)
Roti canai Tropicana Golf & Country Resort
Nasi Goreng Taiwan Tropicana Golf & Country Resort

Sambal ikan bilis Tropicana Golf & Country Resort
Ayam masak merah Santapan 29 Malam
Menu buffet Santapan 29 malam Tropicana Golf Country Resort

*Kredit gambar : Eyriqazz

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • “Cheezy Rice Treasure” Menu Sedap di Kenny Rogers ROASTERS
  • Buffet Ramadhan di Shazana Pau Shop & Cafe
  • Buka Puasa Ayam Golek Lima Bintang Nara Seafood
  • Pais Tempoyak Ikan Patin di The Rodongs (Restoran Masakan Pahang)

Kategori : Makan-Makan Keyword : food review, gulai kawah ayam kampung, harga buffet ramadhan, kelab tropicana, makanan bulan ramadhan, menu buka puasa, roti jala kuah durian, santapan 29 malam, tropicana golf, tropicana golf country resort

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
WeChat Speed All Star – Lumba Kereta bersama Selebriti
Next article:
Servis Kereta Alza 40,000 km di Perodua Bangi

8 Comments

  1. yusri says

    08/06/2014 at 11:50 PM

    Roti jala je yang best, yang lain2 tu nampak macam xbest je :)

    Reply
  2. titan says

    05/06/2014 at 2:43 AM

    pehh..gua nampak roti jala tu maa..

    Reply
  3. Cetusan Suara says

    05/06/2014 at 12:15 AM

    macam best pulak tengok itik panggang tuh

    Reply
  4. Denaihati says

    04/06/2014 at 1:04 PM

    cukup banyak menu yang disediakan, memang best dan rambang mana nak cuba dulu.

    Reply
  5. Ahmad says

    03/06/2014 at 3:59 PM

    Fuh! Tengok je dah meleleh air liur. Boleh try ni.

    Reply
  6. Hazman Fadzil says

    03/06/2014 at 2:41 PM

    Wow….Nasi Itik , sesuatu yang jarang ada kat mana-mana bufet ramadan kat malaysia….

    Reply
  7. KiD says

    03/06/2014 at 12:55 PM

    tropicana memang salah satu tempat yang orang suka dan jadi pilihan berbuka puasa,..

    Reply
  8. bukharimalek says

    03/06/2014 at 2:00 AM

    best nye.. steambottttttttttttt perghhhhhhhhhhhhhhh nak.. sedap tuuu

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy