“Sampai bila nak jadi perokok?”
Soalan yang sering aku terfikir setiap kali menyedut asap yang mengandungi beribu bahan kimia di dalamnya. Dah bertahun-tahun aku hidup sebagai seorang perokok. Rasanya kalau scan organ dalam badan aku ni semua dah hitam legam agaknya.
Gigi pun dah berkarat. Kuning je sampai kena beli ubat gigi untuk perokok semata-mata nak putihkan balik gigi ni. Dah la harga mahal dari ubat gigi biasa. Kalau pergi cuci gigi kat klinik gigi pulak tak tau la kena berapa puluh ratus.
Cik tunang pun dah banyak kali bising setiap kali keluar dating sebab aku asyik hisap rokok je bila bersama dengan dia.
Dia punya membebel tu boleh berdarah telinga kalau dengar. Perit oo.. Hehe.
Fatwa Merokok
Tadi terbaca entri di blog Eyriqazz tentang fatwa merokok itu haram. Sebelum ni pun dah banyak kali aku dengar orang cakap merokok dari pandangan Islam hukumnya ialah HARAM.
Tapi masih degil taknak dengar kata.
Pernah dulu masa zaman sekolah lepak hisap rokok kat tangga cyber cafe. Tiba-tiba ada orang arab keluar dari CC tu. Bila dia lalu depan aku dia cakap “Haram! Haram!” sambil tangan dia tunjuk ke arah rokok yang terselit kat mulut aku.
Kenapa Islam mengharamkan rokok?
10 Sebab Kenapa Islam Mengharamkan Rokok
- Rokok menjejaskan akal fikiran (mental)
- Rokok membahayakan kesihatan fizikal
- Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
- Rokok membahayakan keturunan
- Rokok mengganggu manusia lain
- Rokok menimbulkan akhlak buruk
- Rokok mensia-siakan waktu hidup
- Rokok bercanggah dengan maruah keIslaman
- Rokok membazirkan harta (wang ringgit)
- Rokok mengandungi pelbagai jenis bahan kimia berbahaya
Nampaknya kena berusaha lebih lagi untuk berhenti merokok.
Bulan puasa pun dah semakin dekat. Bolehlah jadikan berpuasa sebagai usaha dan latihan untuk berhenti merokok. Di samping tu mengejar keberkatan yang Allah SWT bagi dalam bulan Ramadhan.
14 Tahun Sebagai Perokok
Aku mula merokok semasa di tingkatan 1. Kalau dikira sampai sekarang bermakna aku dah merokok selama 14 tahun. Lama betul.
Agaknya berapa banyak duit aku dah bazirkan untuk beli rokok? Jom kita kira sekejap.
Katakan aku guna RM10 sehari untuk beli sekotak rokok. Tak boleh nak kira harga sebenar sebab dah banyak kali harga rokok naik kan.. So, aku anggarkan RM10 sebagai jumlah harga sekotak rokok yang aku hisap setiap hari.
TEMPOH | KIRAAN | JUMLAH |
---|---|---|
1 hari | RM10 x 1 hari | RM10 |
1 bulan | RM10 x 30 hari | RM300 |
1 tahun | RM300 x 12 bulan | RM3,600 |
14 tahun | RM3,600 x 14 tahun | RM50,400 |
GILER AHH!! RM50,400 aku dah bazirkan untuk beli rokok selama ni.
Itu belum kira time aku beli rokok lain sebab terlupa rokok letak mana, rokok tercicir ke, stress sampai hisap rokok 3 kotak sehari ke. Beli lighter lagi. Lepas tu lighter kena rembat dengan member. Beli lagi lighter baru. Haha.
RM50,400 tu dah boleh buat belanja kawin besar-besaran! Nak beli kereta pun dah boleh sangat-sangat.
Terkejut betul. Lepas ni comfirm aku akan berhenti merokok. Katakan TAK NAK pada rokok!
Korang pula macam mana? Taknak berhenti merokok ke?
Walaupun fatwa dah menyatakan rokok itu haram, tapi masih ada lagi orang seperti ustaz, pak imam dan sebagainya yang masih merokok setiap hari. Macam mana tu?
aku bersyukur sebab tak bernafsu kat rokok nie..nafsu tang lain..haha..aku pernah try hisap dulu..rokok gulung atok aku :lol:
Assalam..
Memang susah nak berhenti merokok ni..
Dugaan pun kuat.
Sebab tu pak imam, pak ustaz tak dapat nak berhenti merokok,
mereka pun manusia biasa juga, tak tahan dugaan rokok..
@iza, Mungkin jugak. Tapi dah ramai yang dapat berhenti merokok. Rasanya kena kuatkan lagi azam dan semangat untuk berhenti merokok baru betul2 menjadi..
ko tanya tunang ko..dia ada simpan tak 50k tu dalam bank dia? hehe..
Klu nak brenti merokok bleh try cara ni, beli 6 – 7 kotak rokok berlainan jenama, isap sebatang rokok ‘a’, abis ambik rokok ‘b’ sebatang, abis ambik plak ‘c’, InsyaAllah bleh brenti dgn izinNya…… :smile:
@MrBlast, Yeke? Tapi nampak macam makin ligat je hisap rokok kalau ada banyak kotak. Lagi satu kalau bukak semua kotak rokok tu nanti masuk angin. Hehe.
psstt…anarm..
iklan dekat bawah post tu nak buat mcm mana??
guna plugin jugak ke??
@W.HabibuRahman, Iklan bawah post tu aku buat sendiri. Tak guna plugin. Aku create satu fail PHP, bagi nama fail contoh “iklanbawahpost.php”.. Dalam fail tu aku masukkan semua code iklan yang aku nak keluarkan bawah post. Lepas tu aku upload letak kat directory theme yang aku guna. Lepas tu buka fail single.php, masukkan sebaris code untuk ‘call’ fail “iklanbawahpost.php” tu. Mesti ko pening kan? haha..
Kalo nak plugin aku pernah guna WPads. Tapi kena manually jugak masukkan code kat fail single.php atau mana2 tempat ko nak letak iklan.
duit melayang kesihatan pun terjejas….
:unsure:
Memang Susah Nak berhenti Untuk Tidak Perokok :cwy: Saya Adalah salah Seorang Perokok Berat.. Sampai Saat Ini Susah Nak Di Kendalikan…
Bro lebih bimbangkan kos yang dibelanjakan untuk membeli rokok. Bagaimana kalau rokok boleh menjejaskan kesuburan lelaki?
@akubiomed, “Bagaimana KALAU rokok boleh menjejaskan kesuburan lelaki?” Perkataan KALAU tu sepatutnya dibuang sebab MEMANG menjejaskan kesuburan pun. Huhu..
Aku tak bimbang kos yang dibelanjakan. Cuma.. bimbang sikit la kos2 yang akan datang. Hehe.. Termasuk juga bimbang sebab kesihatan. Sebab tu nak usaha berhenti. InsyaAllah lepas dah kahwin nanti NO MORE ROKOK! Tapi nak berhenti rokok ni susah bro. Hanya perokok saja tahu bagaimana seksanya nak berhenti merokok. Orang yang bukan perokok memang takkan faham dan hanya pandai cakap je (jangan ada yang terasa plak. hee)
Harap2 Allah kuatkan semangat para perokok yang dah berniat untuk berhenti merokok. Aminn..
@Anarm, mmg susah nak berenti rokok ni,boh ambe time umo 50 barulah berenti 100%…
@Anarm, Saya tahu memang sukar hendak berhenti merokok. Kawan saya perokok tegar rokok Gudang Garam. Dia sendiri tidak percaya yang dia boleh berhenti merokok setelah membuat pemeriksaan sperm count kurang daripada yang dibenarkan.
nasib baik saya x merokok, hehe
masa tidur je dpt benti
hehe
dada dah sakit2 ni
@Terbelog, Kalau dada dah start sakit2 tu better berenti laa. Takut nanti makin teruk jadinya..
Bagsu la mcm tu bro….
Aku pun tak tahan duduk dengan perokok….
Mejoriti lelaki keliling aku ni, perokok…
Semoga berterusan……
rugi duit tu boleh carik..kalo org sekeliling kita kene kanser sbb asap rokok kita mmg x leh ganti nyawa mereka..fikir2kanlah.
merokok mmg merugikan, mmg xder faedah menghisap rokok..sbb tu diharamkan..
@Jebeng Otai™, Yes. Tu salah satu sebab kenapa rokok diharamkan.
Alhamdulillah.. lagi sekali niat nak stop merokok tu datang.. moga dengan semangat dan usaha yang gigih, dan dengan izin Nya dapatlah impian ni tercapai.. amin..
jangan jd mcm dulu dah la ye.. dh berpuluh2 kali agaknya pasang niat, azam cakap nk stop merokok tp xjugak kan.. huhu.. nanti dh kawin klu nk merokok dok luar umah! dalam rumah adalah kawasan “Larangan Merokok” :whistle:
@Suraya, Yelahh. Tau.. Dalam rumah zon Larangan Merokok. Huhu.. Nanti dah kawin boleh kot berenti hisap rokok. Hehe..
Aku dah berapa puluh kali cuba berhenti merokok,memang sangat susah,tapi kurangkan merokok tu berjaya juga.Tapi bila start buat entry (menulis) rokok itu mendatangkan ilham bila kita menghisapnya. – kena kuatkan dalaman baru boleh stop agaknya. :whistle:
@azman, Betul tu. Kadang2 bila merokok laju je ilham datang masa tengah menulis.
Nasib baik aku bukan perokok dapat jimat duit :)
@ProfHariz, Alhamdulillah. Bagus la kalo tak merokok. Banyak duit boleh jimat. Tapi jangan habiskan duit kat benda lain yang takde faedah pulak. Kalo tak sama jela membazir duit.. :biggrin:
Insyallah..sama-sama kita berusaha..nak Nicotin Patch tak? Kalo nak ,gua kasik try..tgh nak mula gak ni..huhu 30 tahun tuh
@JAI, 30 tahun bro hisap rokok? Lagi lama. Agak2 dah keluar duit dalam RM100K dah tu. Huu..
@Anarm,
mmg banyak 100k tu…tp kalo berenti skng lebih ‘mahal’ dri 100k yg ilang td :)
aku blh xisap tapi kena org sekeliling aku xisap gak la..kalo xmmg payah
@Haru, Itu la dugaan paling kuat yg perlu kita berdepan. Memang tak tahan kalau bau rokok, Rasa nak hisap jugak.
Sama lah kita, bro. Tengah berusaha untuk berhenti ni. Ada gak try gula-gula nikotin tu, tapi hampa. Haha. :pinch:
@Fadzmie, Haha. Sama la kita. Kalau dah jiwa perokok tu, nikotin dalam gula2 pun memang tak sama rasanya dengan rokok. Hisap rokok lagi best. Hehe..