Beberapa hari lagi negara kita Malaysia akan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang ke-53. Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ni (2010) ialah “1Malaysia Menjana Transformasi“.
Hari Kemerdekaan kali ni jatuh pada bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Diharap semangat merdeka dalam diri kita semua tak luntur disebabkan lapar berpuasa.
Aktiviti Hari Kemerdekaan Malaysia
Seperti biasa, setiap kali sambutan hari kemerdekaan Malaysia, terdapat pelbagai aktiviti dan program yang dibuat untuk meraikan hari yang penuh gemilang ni.
Pembukaan bagi Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53 ini ialah pada 1 Ogos 2010 yang lalu di mana telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang diadakan di Stadium Utama, Kangar, Perlis.
Selain daripada itu, ada juga aktiviti dan program-program lain yang diadakan sepanjang bulan Ogos dan bulan September 2010. Antaranya:
Pameran Kemerdekaan "Wira Yang Tidak Dicanang" Tarikh: 17 Ogos 2010 – 17 September 2010 Tempat: Muzium Negara Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang Agensi Pelaksana : Jabatan Muzium Malaysia | |
• Pameran Memperingati Detik Sejarah Kemerdekaan • Pameran RTM Mengisi Kemerdekaan (Ruang legar muzium) • Tayangan Filem/Dokumentari/Drama • Kuiz Merdeka 53 • Tayangan khas/esklusif Tarikh: 23 Ogos 2010 hingga 30 September 2010 | |
• Peraduan Merekacipta Kad Hari Kemerdekaan • Peraduan Mencipta Pantun Kemerdekaan • Peraduan Mencipta Slogan atau Nama Baru Muzium Penyiaran Tarikh: 23 Ogos 2010 hingga 23 September 2010 | |
Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia Tarikh: 30 Ogos 2010 Masa: 6.15 petang – 10.00 malam Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan Agensi Pelaksana: Jabatan Arkib Negara | |
Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil Merdeka bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran KPKK Tarikh: 31 Ogos 2010 Masa: 6.00 petang Tempat: Masjid Putra, Putrajaya | |
Acara Perbarisan dan Perarakan Tarikh: 31 Ogos 2010 Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
Untuk aktiviti-aktiviti dan maklumat selanjutnya, korang bolehlah layari portal rasmi bagi sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-53 di http://malaysiamerdeka.my/.
Kat situ bermacam-macam jenis info tentang Malaysia ada dimasukkan. Tentang sejarah-sejarah kemerdekaan, pahlawan dan pejuang merdeka, peristiwa ke arah kemerdekaan Malaysia, mutiara kata daripada tokoh-tokoh Perdana Menteri Malaysia, dan banyak lagi. Tengok la sendiri. Web dia pon boleh tahan smart.
Iklan Merdeka
Biasanya bila time merdeka, banyak iklan menarik yang dikeluarkan. Kat bawah ni iklan merdeka yang terbaru daripada PETRONAS – “Kereta Buruk (Merdeka 2010)“. Iklan TM rasa macam kurang menarik je..
Akhir kata, AnarmNet mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 kepada semua rakyat Malaysia. Juga diucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan.
Semoga sambutan kemerdekaan yang jatuh pada bulan yang penuh rahmat ini akan memelihara kita semua daripada sebarang ancaman bahaya pada hari ini dan juga di masa hadapan.
Hidup 1Malaysia! Selamat Hari Merdeka!
Selamat hari MERDEKAA !!!!!!
:ermm:
Terlalu besar erti merdeka itu..
Persoalannya…….
Merdekakah kita dalam erti kata yang sebenarnya ??
salam merdeka dan salam 1 Malaysia..
Selamat menyambut kemerdekaan untuk kali yang ke 53 bro
Merdeka…Merdeka…Merdeka…
selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53…
salam 1 malaysia dan salam merdeka bro :)
selamat menyambut kemerdekaan yang ke 53 bro…semoga negara kita terus dirahmati allah.. :smile:
@hanif, amin.. amin.. amin.. Hidup Malaysia! semoga terus aman dan damai..
meriah juga kan walaupun dibulan ramadhan
P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?
@hans duta tomato, aku rasa macam kurang meriah.. mungkin sebab puasa kot.. tahun lepas pon kurang meriah jugak..
Kat Melaka ada buat perbarisan kat MITC.. Selamat Hari Merdeka
@zool, bro pegi tengok tak perbarisan tu nanti? ke layan tgk yang kat tv je? hehe
@Anarm,
ntahlah tengok le tahap kerajinan nanti
selamat menyambut hari kemerdekaan bro..muda mudi mcm ni la yg kita mahu..semangat patriotik tggi..tonggak negara pd masa akan dtg…
lawa jalur gemilang berkibar tu,.kuat angin kt blog ni.hehehe
@azizan4444, nak jadi tonggak negara kene main politik kot.. aku tak minat politik.. keh3..
angin memang kuat kt blog ni.. hhahahaa :lol:
Salam merdeka bro, dari kejauhan.. ehehe.. <3
@Khai, ekekeke.. iklan TM dah tengok? mcm tak best je..
salam ramdhan,dan merdeka
selamat hari kemerdekaan bro…moga hidup kita tadak terus dijajah… :biggrin:
@ashraf, minda pon kalo bleh jgn kene jajah.. hehe
banyak gak aktitvi tu…
n iklan petronas tu best..
:biggrin:
@saya_aRief, aktiviti memang byk.. tapi nape ntah macam takde nampak aktiviti tu.. slow je merdeka tahun ni.. tahun lepas pon slow jugak.. tak meriah sgt..
tak pernah lagi dapat tengok perbarisan hari merdeka secara live…tahun nie pun sama =[
pepehal pun…merdeka! merdeka! merdeka!
@Sir Marcello, tengok kt dalam tv pon ok gak.. tengok live, panas kot nk berhimpit2 ngan ramai org.. hehe
Selamat hari kemederkaan, semoga kita bukan sekadar menyambut, tetapi menghayati erti kemerdekaan hasil perjuangan orang-orang yang terdahulu.
@Eizil, merdeka nak kene keseluruhan.. baru btol2 merdeka.. ckp je merdeka merdeka tapi fikiran masih kene jajah.. bile entah nk berubah.. :ermm:
salam ramadhan dan salam kemerdekaan Malaysia ke 53…
@AMR, salam.. selamat berpuasa dan selamat menyambut merdeka.
Selamat menyambut bulan kemerdekaan.. Apasal tak terasa meriah merdeka tahun ni? Sebab puasa ke ek?
@fahmi ibrahim, mungkin jugak kot.. puasa2 ni penat skit nk berHuHaHuHa time merdeka..
selamat hari merdeka bro!!
@PenTulis, selamat merdeka dan selamat puasa..