Salam Aidiladha 2019.. Raya Aidiladha tahun ni aku beraya dengan keluarga mertua di Pasir Mas, Kelantan.
Aku, isteri dan adik ipar balik kampung awal sikit sebab nak elakkan jem.
Kami bertolak dari Ampang pukul 9:00 pagi hari Jumaat. Sampai di Pasir Mas dalam pukul 6:30 petang.
Alhamdulillah, sepanjang perjalanan takda berlaku apa-apa perkara yang tak diingini. Perjalanan lancar je. Jalan raya pun tak jem sangat.
Ada juga sangkut jem tapi sekejap-sekejap je.
Dah masuk negeri Kelantan, kami sempat berhenti singgah di Lata Rek. Tak rancang pun nak pergi situ sebenarnya.
Kebetulan masa tengah lalu kawasan tak jauh dari Lata Rek, dapat tahu adik-beradik isteri (abang dan kakak ipar aku) ada di kawasan situ juga.
Diorang keluar jalan-jalan. Baru nak bertolak balik dari kebun durian.
Jadi, terus rancang pergi berkumpul ramai-ramai di Lata Rek tu untuk mandi-manda.
Aku tengok-tengok je. Tak mandi pun sebab malas nak salin pakaian.
Lepas singgah Lata Rek, kami sambung perjalanan terus ke Pasir Mas dan sampai dengan selamat. Alhamdulillah..
Malam hari Jumaat tu aku tengok ramai update status di media sosial bagitau jalan raya jem teruk.
Tengok gambar yang dikongsi pun nampak penuh dengan kenderaan yang nak balik beraya di kampung.
Nasib baik kami balik awal hari tu. Kalau tak, mesti stress. Boleh jadi berbelas-belas jam perjalanan baru sampai kampung.
Traffic jam sememangnya dah jadi perkara biasa bagi rakyat Malaysia setiap kali cuti perayaan dan cuti umum yang lain.
Bila entah nak selesai isu jalan jem ni. Daripada dulu sampai sekarang sama je. Takda perubahan.
Rasa macam teruk juga jem cuti raya Aidiladha tahun ni. Bukan setakat jalan nak ke Kelantan je. Kakak aku balik kampung di Perak pun kena hadap jem juga.
Sembelih Kambing Korban
Raya Aidiladha tahun ni 2 ekor kambing ditumbangkan dan disembelih untuk ibadah korban.
Korang buat korban tak tahun ni? Tempat korang berapa ekor lembu tumbang? Kambing pula berapa ekor?
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT.
Selamat Hari Raya Aidiladha 2019
Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan blogger, rakan media sosial, rakan niaga dan pelanggan ONEXOX, pembaca blog AnarmNet, dan sesiapa saja yang mengenali diri aku.
Mohon ampun dan maaf sekiranya aku ada terbuat salah dan silap selama ni, terkasar bahasa dalam percakapan mahupun dalam penulisan di blog dan juga media sosial.
Takut ada yang terguris hati je. Kalau ada berlaku, semuanya tak disengajakan.
Minta maaf banyak-banyak.
Bagi mereka yang baru nak pulang ke kampung halaman atau nak pergi ziarah sanak saudara, hati-hati memandu ye. Kalau jalan kaki, hati-hati berjalan.
Oooo, orang rumah pasir mas kelantan, kampung apa bro anarm? mertua aku kampung tendong :) ..