Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2014 / 1435H kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.
Alhamdulillah semalam hari pertama menjalani ibadah puasa dengan berjaya. Cuma rasa sedikit penat dan mengantuk.
Perut tak rasa lapar langsung walaupun ada biskut raya Deqnoor kat sebelah, tapi dok tengok je, bukan boleh makan pun.
Hari ni hari kedua berpuasa. Pagi-pagi lagi dah diuji dengan kesesakan jalanraya semasa nak ke pejabat. Jalan jem yang teramat sangat. Dekat 2 jam jugak kot sangkut dalam jem pagi tadi.
Sabar jela. Harap-harap nak balik kejap lagi jalan tak jem sangat.
Macam mana permulaan puasa korang? Ada yang pengsan ke? Haha. Sebab itulah kita disuruh bangun untuk makan sahur. Makan sedikit pun takpe untuk mengisi perut supaya tak rasa lapar semasa berpuasa.
Sabda Nabi SAW:
“Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”
– (riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Tips Sahur Elak Lapar di Bulan Ramadhan
- Bersahur sebelum terbitnya fajar. Elakkan tidur yang berlebihan sehingga anda terlepas waktu sahur.
- Elakkan minum minuman yang manis dan bergula kerana ianya akan membuatkan anda cepat dahaga.
- Banyakkan minum air kosong atau air suam.
- Elakkan makan makanan ringan ketika sahur seperti mee segera (maggi), snek ringan dan sebagainya kerana ianya mengandungi terlalu banyak garam. Garam yang berlebihan akan menyebabkan anda ternyah hidrat.
- Wajib makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi atau roti, protein seperti ikan atau daging dan sayur-sayuran kerana ianya berkalori lebih tinggi.
- Dinasihatkan makan 2 atau 3 biji kurma kerana kurma lambat dicerna atau dihadam. Kajian membuktikan bahawa kurma dapat menahan lapar di bulan puasa.
- Elakkan terlalu banyak tidur di bulan puasa kerana anda akan lebih cepat rasa lapar dan dahaga.
- Elakkan minum minuman berkafien tinggi seperti teh dan kopi kerana ianya akan menyebabkan lebih mudah ternyah hidrat.
Bila diamalkan tips bersahur dengan cara sihat ni, InsyaAllah ibadah puasa kita akan dipermudahkan dan dapat dihayati dengan baik.
Selain tu juga dapat dipenuhi dengan pelbagai amalan ibadah yang dianjurkan pada bulan Ramadhan.
Waktu berbuka puasa pula waktu paling ditunggu-tunggu dengan juadah terhidang menanti masa untuk dijamah. Sambil menunggu azan Maghrib ada eloknya kita berdoa kerana waktu berbuka puasa adalah antara waktu paling baik untuk berdoa.
Semoga Ramadhan kali ni akan jadi Ramadhan terbaik kita. Aminnn…
Alhamdulillah. Setakat 20 hari puasa ni tak pernah lagi terlepas waktu sahur :-)
sahur itu penting utk memulakan pekerjaan harian..
Dulu saya biasanya makan berat i.e nasi. Tapi tahun ni saya amik set puasa Shaklee. Alhamdulillah rasa lapar tu ada tp mmg perut tak berbunyi, rasa cergas sikit. Kalau nak cuba jom kontek saya k.
dulu bujang tak pe la x bangun sahur… mkn siap2 sebelum tido… sekarang ni dah anak pun nak sahur sekali, mak wajib la bangun.. :)
saya suka amek minuman tenaga semasa bersahur. memang tak lapar dan tak haus. malah bertenaga lagi
seronok bangun sahur sebab tak sabar nak makan mak masak hehe
Mesti sahur, kalau tak mak buyung tak leh posa sampai petang..
Selamat berpuasa bro. Saya bersahur dengan Oat @ Cornflakes dengan air susu sahaja. Menu sahur yang sama seperti bulan puasa terdahulu. :-)
Memang bulan pose nie rasa dahaga dan mengantuk jer maka kena rajin minum air suam la yea….
Terima kasih atas perkongsian. Boleh amalkan lepas ni. InsyaAllah. Selamat berbuka ye abang anarm dan sekeluarga