AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Sahur Elak Lapar di Bulan Ramadhan

Sahur Elak Lapar di Bulan Ramadhan

30/06/2014 Anarm 10 Comments

Facebook Twitter WhatsApp

Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2014 / 1435H kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Alhamdulillah semalam hari pertama menjalani ibadah puasa dengan berjaya. Cuma rasa sedikit penat dan mengantuk.

Perut tak rasa lapar langsung walaupun ada biskut raya Deqnoor kat sebelah, tapi dok tengok je, bukan boleh makan pun.

Hari ni hari kedua berpuasa. Pagi-pagi lagi dah diuji dengan kesesakan jalanraya semasa nak ke pejabat. Jalan jem yang teramat sangat. Dekat 2 jam jugak kot sangkut dalam jem pagi tadi.

Sabar jela. Harap-harap nak balik kejap lagi jalan tak jem sangat.

Puasa bulan Ramadhan 2014

Macam mana permulaan puasa korang? Ada yang pengsan ke? Haha. Sebab itulah kita disuruh bangun untuk makan sahur. Makan sedikit pun takpe untuk mengisi perut supaya tak rasa lapar semasa berpuasa.

Sabda Nabi SAW:

“Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Tips Sahur Elak Lapar di Bulan Ramadhan

  • Bersahur sebelum terbitnya fajar. Elakkan tidur yang berlebihan sehingga anda terlepas waktu sahur.
     
  • Elakkan minum minuman yang manis dan bergula kerana ianya akan membuatkan anda cepat dahaga.
     
  • Banyakkan minum air kosong atau air suam.
     
  • Elakkan makan makanan ringan ketika sahur seperti mee segera (maggi), snek ringan dan sebagainya kerana ianya mengandungi terlalu banyak garam. Garam yang berlebihan akan menyebabkan anda ternyah hidrat.
     
  • Wajib makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi atau roti, protein seperti ikan atau daging dan sayur-sayuran kerana ianya berkalori lebih tinggi.
     
  • Dinasihatkan makan 2 atau 3 biji kurma kerana kurma lambat dicerna atau dihadam. Kajian membuktikan bahawa kurma dapat menahan lapar di bulan puasa.
     
  • Elakkan terlalu banyak tidur di bulan puasa kerana anda akan lebih cepat rasa lapar dan dahaga.
     
  • Elakkan minum minuman berkafien tinggi seperti teh dan kopi kerana ianya akan menyebabkan lebih mudah ternyah hidrat.

Bila diamalkan tips bersahur dengan cara sihat ni, InsyaAllah ibadah puasa kita akan dipermudahkan dan dapat dihayati dengan baik.

Selain tu juga dapat dipenuhi dengan pelbagai amalan ibadah yang dianjurkan pada bulan Ramadhan.

Puasa bulan Ramadhan 2014

Waktu berbuka puasa pula waktu paling ditunggu-tunggu dengan juadah terhidang menanti masa untuk dijamah. Sambil menunggu azan Maghrib ada eloknya kita berdoa kerana waktu berbuka puasa adalah antara waktu paling baik untuk berdoa.

Semoga Ramadhan kali ni akan jadi Ramadhan terbaik kita. Aminnn…

Facebook Twitter WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Bin-Bin Rice Crackers dan Nestle Bliss Yogurt untuk Sahur

Kategori : Santai Keyword : biskut raya deqnoor, khasiat puasa, makan sahur, puasa ramadhan 2014, ramadhan al-mubarak 1435h, sahur elak lapar di bulan puasa, sahur ramadhan, tips sahur, tips sahur cara sihat, waktu buka puasa, waktu paling baik berdoa

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Cuci Kipas Laptop
Next article:
Pindah Rumah Sewa

10 Comments

  1. Junainah Mohamed says

    17/07/2014 at 11:00 PM

    Alhamdulillah. Setakat 20 hari puasa ni tak pernah lagi terlepas waktu sahur :-)

    Reply
  2. awgmursyidin says

    17/07/2014 at 5:16 AM

    sahur itu penting utk memulakan pekerjaan harian..

    Reply
  3. Raihanah Ahmad says

    11/07/2014 at 10:10 AM

    Dulu saya biasanya makan berat i.e nasi. Tapi tahun ni saya amik set puasa Shaklee. Alhamdulillah rasa lapar tu ada tp mmg perut tak berbunyi, rasa cergas sikit. Kalau nak cuba jom kontek saya k.

    Reply
  4. Yana says

    06/07/2014 at 10:44 PM

    dulu bujang tak pe la x bangun sahur… mkn siap2 sebelum tido… sekarang ni dah anak pun nak sahur sekali, mak wajib la bangun.. :)

    Reply
  5. Aishah Ahmad says

    05/07/2014 at 12:58 PM

    saya suka amek minuman tenaga semasa bersahur. memang tak lapar dan tak haus. malah bertenaga lagi

    Reply
  6. ogy says

    01/07/2014 at 8:39 PM

    seronok bangun sahur sebab tak sabar nak makan mak masak hehe

    Reply
  7. Noraizan says

    01/07/2014 at 5:34 PM

    Mesti sahur, kalau tak mak buyung tak leh posa sampai petang..

    Reply
  8. akubiomed says

    01/07/2014 at 1:38 PM

    Selamat berpuasa bro. Saya bersahur dengan Oat @ Cornflakes dengan air susu sahaja. Menu sahur yang sama seperti bulan puasa terdahulu. :-)

    Reply
  9. Hazman Fadzil says

    30/06/2014 at 5:38 PM

    Memang bulan pose nie rasa dahaga dan mengantuk jer maka kena rajin minum air suam la yea….

    Reply
  10. Ainaa Roseberry says

    30/06/2014 at 4:34 PM

    Terima kasih atas perkongsian. Boleh amalkan lepas ni. InsyaAllah. Selamat berbuka ye abang anarm dan sekeluarga

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy