Seperti yang telah digembar-gemburkan oleh blogger-blogger lain tentang tarikh melihat anak bulan, apa yang kita sedia maklum, Majlis Raja-Raja telah pun menetapkan tarikh melihat anak bulan untuk menentukan tarikh permulaan puasa bagi umat islam di seluruh malaysia adalah pada petang Selasa, 10 Ogos 2010 bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.
Tarikh tu adalah pada petang ini!!
Kalau petang ni boleh nampak anak bulan, bermakna esok bermulalah ibadah puasa yang diwajibkan ke atas kita sebagai umat Islam.
Dan sekiranya tak nampak anak bulan disebabkan terlindung dek awan ataupun mendung, maka bolehlah cukupkan bulan dengan 30 hari, sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi:
“Berpuasalah kamu apabila kamu melihatnya, dan berbukalah kamu apabila kamu melihatnya, dan jika ia berawan maka cukupkan bulan dengan 30 hari” – (hadith Muttafaq ‘alaih, al-Lu’Lu’ wa al-Marjan : 656)
Rukun Puasa
Rukun puasa ada 3 iaitu:
- Orang yang berpuasa
- Niat
- Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Keterangan Mengenai Niat Berpuasa
- Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardhu seperti Ramadhan, Nazar, Kifarah dan sebagainya
- Wajib dilakukan pada waktu malam bagi puasa wajib. Ada pun puasa sunat boleh diniatkan pada siang hari dengan 2 syarat:
- Masanya sebelum tergelincir matahari.
- Belum melakukan sesuatu yang membatalkan puasa
- Menurut Imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap malam. Imam Malik pula berpendapat, boleh niat puasa sekalian Ramadhan dengan sekali niat pada awal Ramadhan (malam pertama). Dan berhubung dengan pendapat Imam Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie adalah diharuskan bertaklid dengannya.
Lafaz Niat Puasa Ramadhan
“Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”
Diharap agar puasa tahun ini dapat kita laksanakan dengan penuh keimanan dan bersungguh-sungguh.
Berpuasa bukan sahaja menahan lapar semata-mata, malah perlu dielakkan juga perkara-perkara yang dilarang. Perkara-perkara yang makruh dilakukan juga perlu dijauhi.
Jangan asyik nak tidur je. Bangun tidur je terus boleh bukak puasa. Baik tak payah puasa terus!
Membeli makanan dan minuman untuk berbuka puasa pun perlu dikawal. Jangan terlalu boros. Kalau boleh nak beli semua benda yang ada kat bazar Ramadhan tu kan? Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ok..
Syaitan semua akan diikat pada bulan Ramadhan. Dah takde makhluk asing lagi dah yang akan menghasut kita. Cuma perlu berhati-hati dengan nafsu sendiri..
Bagi yang belum ada jadual waktu imsak dan berbuka puasa, bolehlah muat turun “Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Tahun 1431H/2010M” di laman web http://www.islam.gov.my/
Semoga puasa tahun ini mendapat berkat dan rahmat daripada-Nya. Amin.. Amin.. Amin..
selamat berpuasa. harap tak lewat nak ucap. :sideways:
@littleemsangel: selamat berpuasa.. boleh lagi nak ucap.. masih dalam bulan puasa kan.. :happy:
Salam Ramadhan bro, selamat berpuasa juga..
salam ramadhan anarm. ;)
selamat berpuasa sayam :”>
selamat berpuasa esok untuk hari ke 4 ;)
selamat berpuasa Cik Anarm
selamat berpuasa sahabat…Moga terus sukses dlm berblogging..
selamat berpuasa incik anam, tiap tiap buat blog post niat puasa eh. :w00t: baguih
hoh! selamat berpose.. ptg ni dating nga mek su la tu. :cool:
terus aku download buku panduan tarawih.. memang lupa..
Selamat Mnayambut Ramadhan bro dan selamat menunggu waktu bersahur… :biggrin:
Selamat berpuasa!!!!!!!! XD
p/s: Nanti nak duet raya tauuuu~ :P
puasa jangan tak puasa… kosong2 bro… :-)
waa!!!
sangat berilmiah laa ko punya entry..
siap niat puasa ag..
bagus ni..
ade bg buku percuma ag..
hahahahaah..
ni enrty ko tulis semalam erk?
dalam diam erk ko?
@Jaws, haha.. ni entri aku taip kat opis siang tadi.. yg aku taip smlm ade dlm draft.. tgh pikir2 lg nk publish ke x..
selamat menyambut ramadhan al-mubarak.jgn ada yang lubang2 ek.hahaah
ni la first time dpt berpose penuh dengan family kt kg hehe
selamat berpuasa anarm :D
Selamat berpuasa bro
waaaah..complete set entri puasa..bagus2..hehehe..slmt berpose boh ;)
@apiih, x complete lg ni.. dlm draft ado lg.. hahaha
:biggrin: terima kasih anarm, banyak info..menarik tu..
Selamat menunaikan ibadah pose untuk tahun ini.
@Mohzam, ok.. selamat berpuasa.. sahur jgn lupa.. berpahala tu.. hehe
IP anda telah direkodkan : 87.98.XXX.XXX hahaha gila gerun kotak komen kau ni LOL.
anyway,selamat berpuasa incik anarm :biggrin:
@yonna, hahahaha.. ape nk takut.. IP tu bkn bleh watpe pn.. hehe..
selamat berpuasa.. :happy:
selamat berpuasa..
jemput la sy kalo ade majlis bukak pose.
:biggrin:
@saya_aRief, ade.. ade.. kat masjid.. jom.. lepas makan boleh terus ber :happy: jemaah..
terima kasih berkongsi ILMU bolehlah referesh balik walaupun dah tahu.
@denaihati, memang tujuan utk refresh balik.. terutama sekali yg panduan solat terawih tu.. rasa macam dah lupa skit2.. solat setahun sekali je kan.. hehe..
slmt berpose bro…
erk menjalani…hihi
@syahrilhafiz, okeh.. selamat berpuasa.. mlm ni terawih jgn buat2 lupa.. keh3.. :tongue:
salam ramadhan almubarak~ :cool:
Ohho Petang nie!
Neway selamat Menyambut Ramadhan Anarm! :)
@Melz, pukul berape ah tengok anak bulan? happy puasa!! :cheerful:
selamat berpuasa anarm….
banyk info tu…maceh2..leh baca2..ilmu lom cukup ni..huhuhu..
@eiyda, selamat berpuasa.. bukak puasa nanti jgn makan byk2.. kang gemok.. hak3..
@Anarm, baju raya dah tempah 2 bulan sudah..ikut saiz semasa..kalau kurus nnt..dah bagi alasan nk cari baju baru..hahaha
menjana ekonomi negara tu namanya :biggrin: