Aku Kini Sah Menjadi Suami kepada Isteri Tercinta

Alhamdulillah.. Segalanya berjalan dengan lancar dan cepat. Aku kini dah sah menjadi suami kepada isteri tercinta.

Dengan hanya satu lafaz pernikahan kitorang disahkan oleh 2 orang saksi termasuk saksi-saksi tak formal yang turut hadir dalam upacara akad nikah tadi.

Senang sangat rupanya nak akad nikah. Memang betul la macam apa yang dikatakan oleh Zulseffort dan Eizil. Nikah di Kelantan proses dia senang je.

Takde pun jurunikah tanya macam-macam soalan yang boleh menambah debaran dalam dada. Sekejap je dah setel upacara akad nikah.

Seronok betul rasanya dah ada isteri yang akan jadi teman hidup.

Akad nikah sah menjadi suami isteri

Akad Nikah Menjadi Suami Isteri

First time aku dikerumun ramai orang macam tu sampai aku jadi berdebar-debar dibuatnya. Debaran bertambah-tambah bila jurunikah sebut nama aku dan aku sahut “Ya, saya“.

Lepas tu aku rasa sejuk satu badan. Giler ahh. First time rasa macam tu.

Patut la ada sesetengah orang cakap susah nak akad nikah. Nasib baik aku hebat dapat selesaikan akad nikah dengan hanya sekali lafaz. Bangga rasanya. Haha.

Petang sebelum upacara akad nikah aku ada call isteri aku (time tu belum nikah lagi). Dia tanya, “Dah praktis ke nak akad nikah nanti?” Aku jawab, “Takyah praktis. InsyaAllah boleh buat sekali lafaz je (dengan rasa penuh berlagak). Lagipun dah selalu sangat tengok babak akad nikah dalam drama Melayu. Follow jela“. Hehe.

Lepas tu dia cabar aku dan ugut sikit kalau tak dapat buat sekali lafaz je dia nak bagi penyepak. Hahaha. Sekarang dah jadi suami isteri dah takleh la main sepak-sepak. Kita main cium-cium pulak ye, cik isteri. ekekeke..

Esok pukul 12:00 tengahari majlis bersanding akan diadakan di rumah pengantin perempuan. So, kena tidur awal sikit malam ni. Esok bangun pagi selesaikan urusan yang selebihnya.

Sekarang ni aku rasa bosan betul tidur sorang-sorang. Takleh tidur dengan isteri lagi malam ni. Huu.. Tak sabar menanti hari esok. Esok mesti penat nak tunggu majlis selesai. Harap-harap majlis esok pun berjalan dengan lancar. InsyaAllah..

p.s. Terima kasih kepada Denaihati kerana telah berkongsi tips dan doa yang cukup berguna dalam kehidupan seharian termasuk untuk situasi yang mendebarkan macam akad nikah ni. Alhamdulillah akad nikah tadi telah dipermudahkan oleh Allah SWT.

79 Comments

  1. Klea Anaram, tahniah2 :smile: Selamat pengantin baru, Semoga berbahagia & berkekalan hingga ke anak cucu :biggrin:

    Mood honeymoon plak lepas nih :hehe.

  2. Tahniah Anarm! Saya juga baru melangsungkan perkahwinan pada 4 Syawal 1433 Hijriah, bersamaan 22 Ogos 2012. Alhamdulillah..

  3. Salam Bro..
    wahh..TAHNIAH..Selamat pengantin baru
    semoga Allah memberkati pernikahan anda
    dan pasangan hingga akhir hayat..

    saya suka ayat anda ni….
    “Senang sangat rupanya nak akad nikah”
    ps# jangan takut ada kuota 3 lagi untuk
    mengakad nikah lagi kali seterusnya…he he

  4. tahniah…. nampak penuh debaran… sekali lafaz… alhamdulilah……

    dup dap dup dap plak sy .. padahal bukan sy yg akad nikah.

  5. alhamdulillah, tahniah dah sah jadi suami, janji akak dah tepati ya lepas dapat tahu jer sah nikah, akak terus transfer ke mbb acc…. :D

    buat jaws, jangan simpan lama2 nanti lemau….

  6. Salam,

    Alhamdulillah tahniah Anarm dan Sue, moga berbahagia hingga ke akhir hayat dan cepat2 dikurniakan anak, insyaallah.

    Amboiii kemain dia tak sabar nak tido sama hahhaha, jangan gelojoh, kan hak milik kekal gak tu ekekeke :biggrin:

  7. Allhamdulillah ..

    kak bee ucapkan selamat pengantin baru , semoga berbahagia sampai ke akhir hayat …

    tak leh main sepak-sepak naaa lepas kawin nanti , guna cara lain pula … :tongue:

  8. Memang terbaiklah siap sempat buat entri lagi … tapi macam ada nada ghairah tak sabar je kih23x

    Selamat Penganti Baru.

    Nota : Jaws bila lagi??? Jangan sampai basi dah lah …. :biggrin:

    • @Denaihati, alamak.. ternampak ke nada ghairah tak sabar? hehe.. terima kasih bagi tips dan doa tu..

      jaws cakap dia nak kawin tahun depan.. dia dah start tanya2 dah berapa bajet, mana nak amik borang, dan lain2..

  9. Salam tahniah buat anarm dan isteri..selamat melayari bahtera rumahtangga..pahit manis harungi bersama..tolak ansur sesama suami isteti. .insya’ALLAH..rumahtangga yang baru dibina kurang 24jam ni..akan kekal hingga keakhirnya…AMIN….

  10. Tahniah, Jadi suami yang baik bro.

    Ini baru dikatakan blogger ! Terus update berdesup..

    p/s: Carikan aku calon isteri kelatan. Tak sabar plak rasanya nak kahwin :P

    • terima kasih. kebetulan rasa takleh tido lagi, bukak laptop kejap update blog.. tulis sebagai kenang kenangan peristiwa bersejarah ni..

      nak cari awek kelantan jugak ke? awek belah sana pun ok ape.. kalau ada jodoh, tak kisah awek negeri2 mana pon.. tetap pompuan jugak kan.. hehe..

  11. alhamdulillah… syukur dah bergelar suami isteri.
    aku dan keluarga mendoakan semoga kalian berbahagia
    sampai akhirat.

    p/s: bercakar tu adat la :D yang penting.. kene ingat… kalah atau menang, tadek piala pusingan bak kata Kak Kujie.

  12. ish3 en3 ni. gini rupanya perasaan orang laki masa akad nikah n selepas akad nikah. sabar ya en. anarm.

    Selamat pengantin baru. Moga kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat :D

    • terima kasih.. tak dapat nak bagitau gambaran sebenar mcm mana perasaan sebelum, semasa dan selepas akad nikah.. sebab rasa dia ada macam2.. tp alhamdulillah dah pun selesai diijab kabul..

  13. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah yer semoga berkekalan hingga ke akhir hayat :biggrin:

Leave a Reply