AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Telekomunikasi » Rumah Tiada Infrastruktur TM Streamyx

Rumah Tiada Infrastruktur TM Streamyx

20/08/2014 Anarm 29 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Kecewa rasanya bila dapat tahu rumah baru aku tiada infrastruktur TM Streamyx. Lepas berurusan di TMpoint hari tu, 2 minggu lebih aku tunggu untuk pindahkan line telefon dan Streamyx ke rumah baru aku.

Rupanya sampai sini saja aku gunakan perkhidmatan internet Streamyx daripada TM.

Tamat perkhidmatan TM Streamyx

Semasa buat permohonan untuk pindah Streamyx, staf TMpoint beritahu sistem tak dapat check liputan Streamyx di kawasan rumah aku.

Jadi, apa yang dibuat adalah pihak TM hantar orang untuk survey dulu kawasan perumahan aku dan check sama ada kawasan tu ada liputan Streamyx ataupun tidak.

Katanya dalam tempoh seminggu pihak TM akan call balik lepas dah survey dan check kawasan. Tapi senyap sunyi je, langsung tak call. Aku pulak yang berkali-kali kena call khidmat pelanggan TM untuk follow up.

Status Pindah TM Streamyx

Kat Twitter pun aku ada tweet @TMConnects untuk tanya status terkini permohonan pindah line tu.

@TMConnects nak tanya status pindah Streamyx ke rumah baru.. minggu lepas dah berurusan di TMPoint.. skrg blom dpt apa2 update dari TM

— Anarm Khairul (@anarmnet) August 15, 2014



Akhirnya semalam bila aku call talian TM sekali lagi baru dapat tahu perumahan tiada infrastruktur TM. Bermakna aku dah tak dapat teruskan guna perkhidmatan Streamyx.

Nanti kena pergi TMpoint lagi untuk tutup akaun Streamyx. Lepas tu nak kena cari internet broadband untuk kegunaan di rumah.

Nak harapkan pelan internet smartphone memang tak sesuai untuk tethering ke laptop. Guna sekejap je dah habis kuota. Speed pun tak berapa laju.

Sekarang tengah mencari-cari pelan internet terbaik. Ada banyak pilihan telco untuk langgan internet.

Kena fikir masak-masak dulu sebelum buat keputusan. Takut peristiwa lama berulang kembali. Buat sakit hati je.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Tutup Akaun Streamyx
  • Streamyx Ditukar Kepada Unifi Lite, Harga Langganan RM69 Sebulan
  • Permintaan Pasang Infra TM Unifi di Kediaman
  • Simkad Unifi Mobile Percuma dengan Data 2GB

Kategori : Telekomunikasi Keyword : celcom, internet broadband, pelan internet, pelan internet p1, pindah internet streamyx, streamyx, telekom malaysia, tmconnects, tmpoint ampang, tutup akaun streamyx

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Beli Simkad Altel
Next article:
2 Akaun WhatsApp dalam 1 Phone (Android)

29 Comments

  1. ira says

    08/12/2016 at 12:51 PM

    moga dipermudahkan urusan ye

    Reply
  2. Sani says

    30/08/2014 at 3:01 AM

    Pening kepala juga kalau takda. Susah nak buat kerja boleh naik angin satu badan. Sabor ajelah..

    Reply
  3. faizul says

    28/08/2014 at 10:05 AM

    mungkin tak lama lagi akan ada la infrstruktur tm tu. Besabo je dan layanlah broadband :)

    Reply
    • Anarm says

      28/08/2014 at 11:26 AM

      Nampaknya macam tu lah.. Kena layan broadband dulu.. Cuma guna internet broadband ni nikmat dia tak macam guna Streamyx / UniFi.. Broadband ada sekatan bandwidth internet.. Itu yang tak best tu..

      Reply
  4. ikhwan says

    26/08/2014 at 1:49 PM

    rugi juga, barang dah ada, line pulak takda

    Reply
  5. zool says

    25/08/2014 at 12:23 AM

    pelik pula tu bila takde infrastruktur TM.. ingat semua tempat ada

    Reply
    • Anarm says

      28/08/2014 at 11:22 AM

      Tu la pasal.. Ingatkan semua tempat seluruh Malaysia ni ada infra TM.. Rupanya banyak lagi tempat yang takde.. Nak kena tunggu TM sediakan.. Tak tahu bila..

      Reply
  6. ohcikgu says

    21/08/2014 at 9:59 PM

    Takpela. Mungkin satu hari nanti akan ada. Hehe..

    Reply
  7. Jia Rizaira says

    21/08/2014 at 9:46 PM

    Kalau streamyx best gak tak ada had limit kuota. TP tulah skrg streamyx asik ada masalah dgn DNS Server je.

    Reply
  8. Fadhil says

    21/08/2014 at 9:20 PM

    Kena cari alternatif lain la nampaknya. Sayang jugak tak dapat pakai streamyx.

    Reply
    • Anarm says

      28/08/2014 at 11:20 AM

      Ha’ah.. Kena pakai internet broadband je la lepas ni.. Tu je alternatif yang ada.. Cuma pening kepala nak pilih telco mana yang paling terbaik untuk internet..

      Reply
  9. Sky0ne says

    21/08/2014 at 5:53 PM

    Rumah aku pun diberi alasan takde free port. Entah bila nak free pun TM tak dapat bagi jawapan

    Reply
    • Anarm says

      21/08/2014 at 6:07 PM

      Kalau takde free port kena tunggu orang terminate akaun lah kot.. Baru ada free port..

      Reply
  10. Khairil Mazri says

    21/08/2014 at 8:47 AM

    Apa boleh buat kalau pot takde.

    *sambil putar lagu Sandiwara Cinta Repvblik*

    Reply
  11. sohoque says

    21/08/2014 at 8:25 AM

    celcom HULK..!

    Reply
    • Anarm says

      21/08/2014 at 9:34 AM

      HULK tu dah termasuk antara pilihan yang akan guna untuk internet..

      Reply
  12. Tudung Labuh Online says

    21/08/2014 at 6:05 AM

    Masih aada lagi tempat yang tak dapat liputan liputan ya.

    Semoga semua ini ada hikmah.

    Mana tahu dapat yang lagi bagus

    Reply
  13. Fyda Noh says

    21/08/2014 at 12:43 AM

    Tak best sangat kalau tak boleh guna streamyx untuk 24/7 online. Kalau sy balik kampung, cantu ler. pakai
    smart fon. 3 hari dah abis 5GB. Bateri lg cepat habis.

    Reply
    • hanglipur says

      04/12/2016 at 11:17 PM

      kalau sya terbalik. balik kg enjoy download sebab ada streamyx kat rumah. balik duk selangor takde coverage pulak area ni. igt KL selangor semua cover. adeyhh

      Reply
  14. Bro Framestone says

    20/08/2014 at 10:41 PM

    He…23x

    Meh Bro komen pula dekat sini ek.

    Masa bro dapat rumah sewa pertama lepas kahwin, rumah itu memang boleh pasang Streamyx. Tetapi penyewa lama-lama dulu buat hal, tak pasal-pasal rumah blacklist dan buat orang sebelum Bro tak boleh nk pasang Streamyx (ini apa yang orang tue kata la kan, bro dengar je)

    Kabel internet dornag tanam dalam dinding. Tapi hujung dia (dekat port cucuk, dah rosak n kena tukar baru)

    Rasa itu xde masalah. Boleh tarik kabel, dorang charge Rm50 untuk 10 meter kot (if xsalah)

    Sekali pergi TM Point, dorang boleh cakap, port penuh. Kena tunggu ada kekosongan port baru boleh apply.

    So tanya bila ada kekosongan. Dia cakap tunggu kalau ada orang terminate. Berjambang la kot. So terpaksa guna perkhidmatan broadband yang ada.

    Now dah pindah rumah lain. Tapi masih ada komitment 12 bulan dengan syarikat pembekal broadband td. So tunggu je la.

    Now, dah tamat. So boleh la apply Streamyx. Check online, rumah nie xde masalah untuk pasang Streamyx, malangnya tengah sengkek sekarang nie.

    Sekali akak sebelah rumah cakap, boleh share streamyx dia la la la la tengah fikirkan, nak ke xnak

    Reply
    • Anarm says

      20/08/2014 at 10:52 PM

      Untunglahh ada Streamyx.. Rumah aku ni langsung takde infra TM.. Kalau nak apply pun rasanya kena kumpul ramai2 penduduk2 perumahan ni yang nak guna internet baru boleh apply line telefon dan internet..

      Reply
      • Bro Framestone says

        21/08/2014 at 8:35 AM

        Dalam masa terdekat survey la kawasan sekeliling kot2 ada rumah sewa yang ada infra TM.

        Kena dapatkan rumah sewa yg mampu berikan pepuasan dan boleh duduk lama he..23x

        Reply
        • Anarm says

          21/08/2014 at 9:33 AM

          Tapi rumah sewa sekarang dah best dah.. Rasanya tak perlu cari rumah sewa lain.. Lagipun harga rumah sewa sekitar situ dalam RM800 ke atas kot.. Rumah sewa yang duduk sekarang ni dapat harga “kasih sayang”.. Jimat banyak duit.. Huhu..

          Takpe la takde infra TM.. Guna internet broadband pun ok kot.. Cuma kena control sikit lah penggunaan internet.. Dah tak boleh nak streaming movie..

          Reply
  15. akubiomed says

    20/08/2014 at 10:27 PM

    Masalah guna wireless broadband adalah kuota cepat habis. :-(

    Reply
    • Anarm says

      20/08/2014 at 10:35 PM

      Yang tu laa kelemahan broadband yang paling tak best.. Kuota cepat habis.. Kalau nak kuota yang besar / banyak sikit, harga pulak jadi mahal sangat..

      Reply
  16. KiD says

    20/08/2014 at 10:27 PM

    pelan internet kena pilih betul2 ikut keperluan, harga dan coverage.. kalau berbaloi.. apa salahnya.. :)

    Reply
    • Anarm says

      20/08/2014 at 10:33 PM

      Sekarang ni tengah survey pelan2 internet yang ada.. Susah jugak nak pilih.. Bila rasa pelan internet tu sesuai, harga pulak tak berapa berkenan..

      Reply
  17. Ainaa Roseberry says

    20/08/2014 at 10:22 PM

    Hurmm susah juga kalau tak ada line untuk TM Streamyx ni. Hurmm Hope abang anarm jumpa pengganti untuk streamyx. Amin!

    Reply
    • Anarm says

      20/08/2014 at 10:31 PM

      Betul tu.. Streamyx sesuai untuk orang yang 24/7 connect internet.. Line stabil dan ok jugak lah.. Kalau tukar ke broadband nanti terpaksa la control sikit guna internet takut kuota internet habis.. Nak tukar ke Unifi pun takde line jugak.. *sedih*

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy