Minggu lepas aku luangkan masa bersama isteri tercinta pergi menonton filem RoboCop 2014 yang terbaru di GSC Alamanda.
Aku melangkah masuk dalam panggung wayang dengan harapan tinggi filem RoboCop yang baru ni lebih menarik daripada filem RoboCop versi asal. Tapi ternyata hasilnya aku rasa agak mengecewakan sikit.
Jalan cerita dan babak dalam filem RoboCop 2014 bagi aku biasa-biasa je. Tak berapa berjaya mencapai tahap sampai rasa nak ulang tengok banyak kali. Cerita RoboCop yang asal lagi best.
Sinopsis RoboCop (2014)
RoboCop (2014) mengisahkan tentang negara Amerika Syarikat memerlukan pasukan keselamatan yang lebih baik untuk membanteras jenayah dan melindungi rakyatnya.
Sebuah syarikat gergasi bernama OmniCorp mencadangkan polis robot digunakan namun mendapat bantahan keras daripada rakyat dan ahli politik kerana robot tak mempunyai perasaan seperti manusia dan mungkin lebih membahayakan rakyat.
Dari situ OmniCorp telah melahirkan idea untuk menggabungkan teknologi robot dengan manusia. Tujuan utama OmniCorp adalah untuk mengaut keuntungan besar melalui robot atau cyborg ciptaannya.
Pencarian manusia yang sesuai untuk dijadikan RoboCop akhirnya berjaya di mana seorang anggota polis bernama Alex Murphy dipilih menjadi RoboCop setelah cedera teruk akibat terkena letupan.
Isterinya, Clara Murphy bersetuju dengan rancangan tersebut demi menyelamatkan hidup Alex.
Sebelum insiden letupan tu berlaku, Alex dan rakannya menyiasat satu kes penyeludupan senjata dan korupsi dalaman yang akhirnya memakan dirinya sendiri.
Rancangan untuk membunuh Alex dibuat oleh ketua penjenayah, Antoine Vallon yang dibantu oleh 2 orang polis dengan meletakkan bom di dalam kereta Alex.
Walaupun mereka berjaya mencipta RoboCop, tetapi mereka gagal mengawal emosi dan naluri semulajadi manusia.
Alex (RoboCop) masih mengingati malam kejadian letupan yang menimpa dirinya dan menyimpan dendam untuk memburu suspek utama dalam kes tersebut.
Alex mula mengingkari arahan yang telah ditetapkan. Dengan menggunakan data jenayah yang telah dimasukkan ke dalam sistem RoboCop, Alex meninggalkan tugas untuk pergi memburu suspek utama kes letupan yang telah mencederakannya.
Macam mana jalan cerita seterusnya filem RoboCop terbaru ni? Korang tengoklah sendiri di pawagam berhampiran dengan rumah korang. Itu pun kalau rasa nak tengok.
Pada pendapat aku, permulaan jalan cerita RoboCop ni agak perlahan. Ceritanya lebih banyak memaparkan kisah keluarga antara Alex Murphy, isterinya Clara Murphy dan anaknya David Murphy.
Bosan jugaklah pada awal-awal cerita RoboCop ni. Masa banyak dihabiskan untuk tunjuk kisah keluarga dia je. Nak dekat hujung-hujung cerita tu barulah dapat tengok banyak sikit aksi.
‘Baju’ RoboCop baru yang warna hitam aku rasa sangat tak menarik. Kalau perhati betul-betul nampak macam baju Batman. Kadang-kadang nampak macam Iron Man pun ada.
Aku lebih suka design baju RoboCop yang asal warna chrome tu.
Lagi satu, ada babak yang kurang sesuai ditayangkan. Masa aku pergi menonton hari tu ada ramai juga budak kecil. Tak sesuai kot budak-budak tengok babak macam tu.
Setuju ngan pendapat bro… remake ni memang tak best.. banyak berlegar pasal personal life je..
belum tengok lagi cerita ini, kena tengok dengan isteri sahajalah macam ini
Dua je..? Hahaha memang tunggu bluray la..
Nasib tak pergi tengok Robocop haritu, membe ajak midnight..
Tapi ada kerja sikit, terus cancel. :D
2 bintang je aku bagi sebab tak best.. Cuma kagum sekejap masa mula2 tengok baju hitam dia.. Tapi bila dok perhati lama2 nampak Robocop tu macam Batman.. Apehal? Dah la jalan cerita pun tak best.. Haha..
2 bintang jer…mmg tak bestlah ni…tak jadi beli cd…hahaha
Yup, tak best.. Rugi beli CD.. Baik tunggu link donlod.. Nanti dah tengok boleh nilaikan sendiri.. Bagi aku cuma 2 bintang..
Aku tak sempat lagi pergi tengok..tengok iklan macam best..tapi biasalah..cerita fiksyen macam ni selalunya boleh agak jalan cerita.
bro cakap tak best malas la den nak pergi tengok..hehe
hehehe…power tu tulisan ni..ambe pun rasa camtuh…hahaha
adik aku dah p tgk & dia pon komen kurang best compare to Robocop dedulu =.=’
Kagum tengok kostum baru Robocop, tapi selepas baca banyak review negatif mengenai filem ini terus tak berapa berminat nak menonton
Nasib baiklah dapat tiket percuma. Kalau tidak memang terasa hati menonton babak awal di Tehran, Iran.
Ingat ke makin best, rupanya makin hambar. Cancel la plan nak download (Ops!) :P
Baik download RoboCop lama.. Lagi puas hati tengok..
wah pergi tak ajak kita pun huhu
Dating berdua dengan wife.. Takkan nak ajak orang lain kot.. Haha..
sekarang ni rasanya semua filem ada babak tak sesuai untuk ditonton… dan tak terhad kepada filem luar sahaja, filem tempatan pun taknak kalah dalam bab ni. Ish Ish
Robocop baru? Hmmm tak best sebab ini cerita baru dengan hero baru, takde langsung identiti Robocop yang original kecuali pada tajuk filem..
Betul tu.. Filem tempatan sekarang pun banyak babak yang tak sesuai untuk ditonton.. Tapi boleh lepas pulak ditayang kat pawagam..
nasib aku tak pergi tengok cerita ni.
Nasib baik.. Kalau tak mesti rasa boring giler tengok cerita ni..
tetiba potong lepas tengok gambar baju baru…ces! tak modern langsung
Baju robocop lama lagi lawa. Pasal jalan cerita tak boleh nak komen pasal tak tengok lagi.
Jalan cerita bagi aku agak membosankan.. Banyak sangat bercakap.. Pastu tunjuk RoboCop naik motor, tunjuk tembak-menembak sikit.. Pastu habis..
Lama dah x tengok wayangg.. :(
bab baju tu..memang setuju. suka baju lama. haha..
tapi mungkin sebab baju hitam ni senang sikit nak basuh. tu pasal diorang tukar.,
Tu la pasal.. Baju lama lagi sesuai dengan RoboCop.. Lagipun baju versi baru ni jadi tak berapa nampak robot.. Macam pakai kostum biasa.. Dah la macam baju Batman..
eh ingat yang baju merah tu RoboCop…konpius seketika..ehehehe
yang baju merah tu orang biasa.. Tak pernah terfikir pun nak jadi RoboCop.. Haha..
tak berkesempatan nak tengok ni..tapi kalau bro dah bg 2 daripada 5 bintang memang rasa macam tak best tu….
Memang tak best.. Aku rasa RoboCop lama lagi best..