Dah lama aku tak shopping online kat Superbuy. Kadang-kadang aku buka jugak website Superbuy nak tengok kalau ada offer menarik. Tapi biasanya takde yang menarik. Semua yang aku nak dah pun dibeli kat situ sebelum ni. Beli barang murah je, yang mahal memang takut sikit nak beli online.
Semalam terima email dari Superbuy katanya “We Miss You“. Haha. Lama sangat dah tak shopping kat situ sampai diorang rindu kat aku.. atau ‘rindu’ nak duit aku? Hehe..
Oleh sebab dah lama aku tak shopping di Superbuy, diorang bagi aku RM20 Shopping Credits. Nak suruh aku habiskan duit lagi kat situ. Tapi macam best pulak. Boleh guna credit tu untuk shopping. Malam nantilah tengok barang terbaru kat Superbuy kot-kot ada yang menarik minat aku nak membeli.
Tak pernah lagi terjah laman superbuy tu..hehe
bestnya..siapa nak bagi RM20 kan..:)
tak serik2 lagi ke membeli kat kt situ? ari tu punye la membebel2 barang lambat sampai.. huhu
setakat ni belum pernah dgr lagi superbuy
ada gak dapat…. tp macam tak berminat nak membeli…
kalu dr groupon ker, ilovediscount ker..best gak…hik3
Best ke Groupon dengan ilovediscount tu? Tak pernah shopping lagi kat situ..