Review Filem Sniper : Nyawa atau Nyawa

Isnin malam aku lepak di TGV Sunway Pyramid join Pra Tonton Filem SNIPER, sebuah filem arahan Pierre Andre yang diterbitkan oleh Metrowealth Pictures (David Teo).

SNIPER dibintangi oleh Fadlan Hazim, Mikael Andre, Pablo Amirul, Nina Iskandar, Adiba Yunus, Nabil Razali dan Delimawati.

Lokasi penggambaran “Sniper” dibuat di sebuah taman rekreasi terkenal pada era 80-an iaitu Mimaland dan sekitar Flat Pekeliling.

Filem Sniper arahan Pierre Andre, terbitan Metrowealth Pictures

Sinopsis filem SNIPER

SNIPER mengisahkan tentang Ahmad (Mikael Andre), seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat kerana masalah disiplin, Rafi (Fadhlan Hazim) yang merupakan atlet penembak tepat dan juga Jim (Pablo Amirul).

Mereka ni bertemu dalam satu permainan diberi nama “Bunuh” yang dicipta oleh seseorang yang tidak dikenali.

Dengan berbekalkan sepucuk sniper rifle dan beberapa butir peluru, mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing-masing.

Tak cukup dengan itu, ada mata-mata yang memerhatikan setiap gerak-geri mereka tanpa disedari dan menunggu peluang untuk menghapuskan mereka.

Deqnoor preview filem Sniper

Ulasan Filem Sniper

Pada pendapat aku, filem SNIPER ni satu filem aksi yang cukup menarik. Cuma ada beberapa perkara dalam filem tu kurang memuaskan hati aku.

Antaranya dari segi lakonan aku rasa Fadhlan Hazim agak kaku sedikit melakonkan watak Rafi. Berbanding Pablo Amirul yang melakonkan watak Jim dengan berkesan sekali walaupun hanya bermain dengan ekspresi muka.

Dari segi jalan cerita pulak ada sedikit kekeliruan dalam benak fikiran aku bila tengok filem Sniper ni. Macam apa yang berlaku tu kurang jelas. Jadi tertanya-tanya, “Kenapa?

Permulaan ceritanya juga agak membosankan sikit. Lama sangat nak kena tunggu habis bercakap sebelum mula babak yang penuh aksi tembak-menembak dan tumbuk-menumbuk.

Aksi bertumbuk dia memang best.

Pelakon filem Sniper - Pablo Amirul dan Fadlan Hazim

poster filem sniper

Secara keseluruhannya, filem Sniper ni boleh dikatakan best juga untuk ditonton (sambil makan popcorn). Tahniah Pierre Andre, MIG dan semua pelakon serta krew yang terlibat dalam menjayakan filem Sniper ni.

Filem Sniper akan ditayangkan di pawagam pada 24 April 2014. Siapa penggemar filem aksi sesuai tengok cerita Sniper ni. Boleh pergi serang pawagam berhampiran nanti. Sebelum tu kita layan dulu trailer filem Sniper.

Barisan pelakon filem Sniper arahan Pierre Andre

Malam pra tonton filem Sniper

9 Comments

  1. Satu je yang bagus David Teo nie sebab banyak beri peluang muka baru pegang watak utama dalam filem dia…. bagi aku apa filem kalau ada DEQNOOR mesti best… hehehehehe

  2. aku tgk poster dan juga aku tengok mamat yang pegang sniper tu pun aku rasa macam…erk?..pegang sniper..kulit licin kemain…gaya tadak..hahaa

    • Ada peluang nanti pergilah tengok kat pawagam.. Tengok wayang feel menonton tu lain macam sikit kalau bandingkan tengok kat TV atau laptop..

    • Kat Malaysia ni banyak cerita hantu, cinta, gengster, perang, lawak.. Genre filem main pusing2 benda sama je.. Sebab orang kita lebih suka filem jenis macam tu kot..

Leave a Reply