AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Movie » Review Filem Sniper : Nyawa atau Nyawa

Review Filem Sniper : Nyawa atau Nyawa

23/04/2014 Anarm 9 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Isnin malam aku lepak di TGV Sunway Pyramid join Pra Tonton Filem SNIPER, sebuah filem arahan Pierre Andre yang diterbitkan oleh Metrowealth Pictures (David Teo).

SNIPER dibintangi oleh Fadlan Hazim, Mikael Andre, Pablo Amirul, Nina Iskandar, Adiba Yunus, Nabil Razali dan Delimawati.

Lokasi penggambaran “Sniper” dibuat di sebuah taman rekreasi terkenal pada era 80-an iaitu Mimaland dan sekitar Flat Pekeliling.

Filem Sniper arahan Pierre Andre, terbitan Metrowealth Pictures

Sinopsis filem SNIPER

SNIPER mengisahkan tentang Ahmad (Mikael Andre), seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat kerana masalah disiplin, Rafi (Fadhlan Hazim) yang merupakan atlet penembak tepat dan juga Jim (Pablo Amirul).

Mereka ni bertemu dalam satu permainan diberi nama “Bunuh” yang dicipta oleh seseorang yang tidak dikenali.

Dengan berbekalkan sepucuk sniper rifle dan beberapa butir peluru, mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing-masing.

Tak cukup dengan itu, ada mata-mata yang memerhatikan setiap gerak-geri mereka tanpa disedari dan menunggu peluang untuk menghapuskan mereka.

Deqnoor preview filem Sniper

Ulasan Filem Sniper

Pada pendapat aku, filem SNIPER ni satu filem aksi yang cukup menarik. Cuma ada beberapa perkara dalam filem tu kurang memuaskan hati aku.

Antaranya dari segi lakonan aku rasa Fadhlan Hazim agak kaku sedikit melakonkan watak Rafi. Berbanding Pablo Amirul yang melakonkan watak Jim dengan berkesan sekali walaupun hanya bermain dengan ekspresi muka.

Dari segi jalan cerita pulak ada sedikit kekeliruan dalam benak fikiran aku bila tengok filem Sniper ni. Macam apa yang berlaku tu kurang jelas. Jadi tertanya-tanya, “Kenapa?”

Permulaan ceritanya juga agak membosankan sikit. Lama sangat nak kena tunggu habis bercakap sebelum mula babak yang penuh aksi tembak-menembak dan tumbuk-menumbuk.

Aksi bertumbuk dia memang best.

Pelakon filem Sniper - Pablo Amirul dan Fadlan Hazim

poster filem sniper

Secara keseluruhannya, filem Sniper ni boleh dikatakan best juga untuk ditonton (sambil makan popcorn). Tahniah Pierre Andre, MIG dan semua pelakon serta krew yang terlibat dalam menjayakan filem Sniper ni.

Filem Sniper akan ditayangkan di pawagam pada 24 April 2014. Siapa penggemar filem aksi sesuai tengok cerita Sniper ni. Boleh pergi serang pawagam berhampiran nanti. Sebelum tu kita layan dulu trailer filem Sniper.

Barisan pelakon filem Sniper arahan Pierre Andre

Malam pra tonton filem Sniper

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • P1 Sponsor Tiket Tayangan Perdana Batman The Dark Knight Rises

Kategori : Movie Keyword : david teo, flat tinggal pekeliling, metrowealth pictures, mig online, mig pictures, pierre andre, review filem sniper, sinopsis filem sniper, sniper, sniper 2014, sniper malaysia, sniper mimaland, tgv sunway pyramid, trailer filem sniper

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Bowling bersama Rakan Blogger di Plaza Alam Sentral
Next article:
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

9 Comments

  1. amirnawawi says

    13/05/2014 at 7:41 PM

    Rating 2.5/ 5 je bro? Await rendah benar? hehe

    Reply
  2. titan says

    25/04/2014 at 9:02 PM

    okehh..kena try tengok cite nih..

    Reply
  3. Hazman Fadzil says

    25/04/2014 at 12:53 PM

    Satu je yang bagus David Teo nie sebab banyak beri peluang muka baru pegang watak utama dalam filem dia…. bagi aku apa filem kalau ada DEQNOOR mesti best… hehehehehe

    Reply
  4. reezluv says

    24/04/2014 at 9:49 AM

    aku tgk poster dan juga aku tengok mamat yang pegang sniper tu pun aku rasa macam…erk?..pegang sniper..kulit licin kemain…gaya tadak..hahaa

    Reply
    • Anarm says

      24/04/2014 at 1:01 PM

      Tu la pasal.. Gaya “sniper” tu tadak.. Haha.. Kalau mamat rambut pendek tu aku rasa ada gaya.. Cuma scene dia sikit je..

      Reply
  5. Anuar says

    24/04/2014 at 9:33 AM

    Walaupun best cerita Sniper ni tetapi tetap tidak berpeluang untuk menontonnya di Pawagam… ;)

    Reply
    • Anarm says

      24/04/2014 at 12:58 PM

      Ada peluang nanti pergilah tengok kat pawagam.. Tengok wayang feel menonton tu lain macam sikit kalau bandingkan tengok kat TV atau laptop..

      Reply
  6. yusri says

    23/04/2014 at 10:59 PM

    Sekarang dah banyak filem perang dihasilkan di Malaysia. Kalau dulu asyik citer hantu, hantu, hantu. Dah naik muak dengan hantu.

    Reply
    • Anarm says

      24/04/2014 at 12:56 PM

      Kat Malaysia ni banyak cerita hantu, cinta, gengster, perang, lawak.. Genre filem main pusing2 benda sama je.. Sebab orang kita lebih suka filem jenis macam tu kot..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy